Ikat Perut.

KISAH ORANG BISNES : “Ikat perut”.

 

Apabila menyentuh tentang situasi ‘ikat perut’, ramai yang mengaitkannya dengan ‘founder’ syarikat. Ia juga dikaitkan dengan ‘partner yang bekerja’ iaitu pemegang saham syarikat yang juga mengambil gaji daripada syarikatnya sendiri apabila menjalankan fungsi tertentu dalam syarikatnya sendiri.

 

Hari ini, ramai yang bercakap tentang membuka bisnes. Buka syarikat. Pegang saham syarikat sana-sini. Masing-masing mula mendengar tentang bagaimana modal-modal yang dimasukkan bukan sahaja wang, malah nama baik dan juga kepakaran.

 

Barangkali, ramai menyangka bahawa semua perkara mesti melibatkan wang. Ya, memang ada pilihan untuk menjadi pemegang saham syarikat meskipun tanpa wang.

 

Meskipun begitu, modal yang tidak berbentuk wang itu, sudah tentu mesti ada nilainya yang boleh dipadankan dengan nilai wang. Ambil saja contoh kepakaran seorang pegawai pemasaran internet yang sudah pun menjana jualan RM500K sebulan. Sudah tentu kepakarannya itu dinilai berdasarkan hasil kerja kini, ‘track record’ dan beberapa faktor lain termasuk nama baik.

 

Dalam banyak hal seumpama penerbitan kreatif seperti filem dan buku, itu sebabnya ada yang menyebutkan, “DRAMA KOTA dihasilkan oleh penerbit filem ABC” atau “KARYA AGUNG ditulis oleh penulis buku XYX”.

 

Menyorot kembali situasi apabila sekumpulan individu yang bersetuju untuk sama-sama berbisnes, mengingatkan penulis banyak kisah dan peristiwa baik dan buruk yang dilalui dalam tempoh 3 tahun pertama dalam bisnes.

 

“Ikat perut” banyak ditafsirkan mengikut ‘kepandaian’ masing-masing. Malah, ada yang dilihat bahawa ‘ikat perut’ juga mempunyai tahap yang berbeza antara satu dengan yang lain.

 

Ada sesetengah individu yang ‘ikat perut’ daripada membelanjakan RM50 di klinik swasta dengan bertukar kepada klinik kerajaan yang memerlukan mereka mengambil cuti separuh hari daripada kerja bisnes.

 

Manakala, ada yang melihat ikat perut itu, sebagai peralihan daripada makan-makan direstoran berjenama kepada makan-makan di restoran tiada jenama.

 

Walau apa pun, disini penulis sekadar mahu berkongsi satu sisi pandang yang agak menyakitkan. Hatta, ada yang sengaja menolak dan tidak mahu mengambil pandang.

 

‘Ikat perut’ bukan hanya sekadar rasa atau kata bicara dari orang bisnes. Ia termasuk dalam senarai tindakan, aplikasi dan hasil serta impaknya dapat dilihat oleh orang sekeliling dalam organisasinya.

 

Apabila seorang rakan kongsi iaitu pemegang saham dalam syarikat terpaksa ‘ikat perut’ sehingga tidak dapat pergi ke pejabat kerana tiada wang untuk membayar kereta dan petrol, ia bukanlah satu petanda yang baik.

 

‘Ikat perut’ tidak seharusnya menyebabkan rakan kongsi bisnes yang bekerja tidak dapat menjalankan kerjanya. Ada sesetengah rakan kongsi yang tidak mahu menyatakan duduk perkara sebenar, atas alasan mahu menjaga nama baik atau tidak mahu menyusahkan orang lain.

 

Penulis berpandangan bahawa, ini akan menambah buruk keadaan terutama jika rakan kongsi itu memainkan peranan yang signifikan dalam perjalanan bisnesnya. Lainlah sekiranya rakan kongsi itu masuk dalam kategori ‘non performing partner’.

 

Pada masa yang sama, ‘ikat perut’ seharusnya dilihat sebagai satu cara meminimakan kos, menambah alternatif yang lebih efisyen, dan mengoptimakan sumber yang ada.

 

Mahu tidak mahu, rakan kongsi yang bekerja perlu menerima hakikat akan perlunya perubahan hidup yang drastik.

 

Sehinggakan, jika sebelum ini 4 kilo gula digunakan untuk satu isirumah, sekarang mungkin perlu dijadikan 3 kilo sahaja. Malah, sekiranya perlu, perbelanjaan perubatan anak yang sebelum ini RM200 sebulan diturunkan kepada ‘percuma’ di klinik kerajaan.

 

Bagaimana mungkin rakan kongsi yang bekerja dapat melihat rakan kongsi yang lain atau para pekerja berjimat sehingga tidak makan semasa waktu makan tengahari.

 

Waktu makan pun, menyorok dalam ruang pejabat kerana malu membawa makanan baki daripada makan tengahari yang dimasak isteri di rumah semalam. Lebih malu sekiranya langsung tiada baki makanan untuk dibawa ke pejabat memandangkan keperluan anak-anak di rumah lebih berat.

 

Pemilihan cara dan gaya ‘ikat perut’ ini memang berbeza daripada satu dengan yang lain. Jika sebelum ini, rakan kongsi itu hidup dengan gaya belanja gaji RM20K sebulan, kini bertukar menjadi RM10K sebulan sudah ‘ikat perut’ baginya.

Tetapi, tidak bagi rakan kongsi yang sebelum ini hidup dengan gaya belanja gaji RM5K. Beliau mungkin sahaja akan sanggup ‘ikat perut’ sehingga RM1K sahaja sebulan.

 

Kita fikirkanlah..

 

Meskipun kita hanya sekadar bekerja tanpa memegang saham mana-mana syarikat, apakah kita layak untuk terus ‘bermain game’ menggunakan fasiliti syarikat meskipun selepas waktu bekerja?

Apakah kita boleh terus berjimat tidak membeli makanan harian tetapi berbelanja ‘sakan’ secara online dengan menggunakan fasiliti pejabat?

 

Sisi pandang ini, penulis kemukakan dengan melihat keadaan hari ini. Mengurus sebahagian daripada unit kecil dalam sebuah syarikat besar, umpama seekor burung merpati yang diberikan peluang melihat dunia dari kacamata si helang.

 

Tugas mengurus dalam mana-mana bahagian syarikat merupakan satu ‘survival’ juga.

Benar sekali kata pepatah lama: “Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.”

 

Noraminah Omar

6.50 pagi

Oktober 2015

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.