Antara “mind reading” dan membuat “inference”.

KISAH MANUSIA DALAM BISNES : Antara “mind reading” dan membuat “inference”

 

Sesiapapun sudah tentu mahu tahu banyak perkara. Perkara-perkara itu sahaja yang berbeza. Anak-anak mahu tahu banyak perkara. Hatta, Tuhan itu di mana, mereka bertanya.

 

Orang dewasa juga sering punya sifat ingin tahu. Apa yang menyebabkan sesuatu jadi begitu? Apa yang menyebabkan jadi macam itu? Malah, banyak perkara yang kita sentiasa ingin tahu.

 

Sifat ingin tahu ini jugalah yang menjadikan beberapa cerita menjadi viral di media sosial. Bagaimana dia buat duit online? Macam mana dia jual di facebook? Semua ini, merupakan soalan yang lahir daripada satu sifat iaitu ingin tahu.

 

Manusia tidak lari dari sifat ini. Tidak kira sama ada mereka anak-anak kecil, orang dewasa, orang bekerja atau tidak bekerja, berbisnes atau apa sahaja. Namun, dalam konteks penulisan kali ini, sifat ingin tahu yang mahu dibicarakan adalah rentetan daripada kesan yang jelas dilihat dalam tingkahlaku manusia dalam bisnes.

 

Manusia yang berbisnes juga manusia. Mereka mempunyai sifat dan tingkahlaku manusia. Ya, manusia biasa. Lalu, apa khususnya yang mahu dibicarakan?

 

Sifat ingin tahu ini membuat orang mempunyai banyak cara untuk memuaskan keinginannya. Dia mahu tahu. Dia ingin tahu. Dia mahu memuaskan kemahuan untuk tahu. Dia ingin memenuhi keinginan untuk tahu. Ini menjadikan manusia terdorong untuk membaca apa yang ada dalam fikiran manusia, “mind reading”.

 

Mind reading” dan membuat “inference” adalah dua perkara yang berbeza.

 

Mind reading melibatkan perkara yang kita lihat, baca dan sangka. Tiada perkara yang boleh kita semak atau “cross check”.

 

Apabila kita melihat rupa seseorang bermasam muka sahaja tanpa senyum kepada kita semasa datang ke pejabat pada pagi harinya, kita mula cuba meneka-neka apakah yang berlaku. Maka, kita mula berfikir dan cuba membaca apa yang ada dalam fikirannya.

 

Agaknya dia tak suka datang kerja.

Agaknya dia marah pada saya.

Semalam, saya ada usik dia, agaknya dia tak suka.

Otak kita mula cuba memikir apa yang ada dalam otak rakan kita.

 

Membuat inference pula berbeza. Dalam satu mesyuarat dibentangkan laporan kewangan. Namun, tiada laporan kewangan yang lengkap siap. Lalu, ahli mesyuarat bertanya,”Apakah yang menyebabkan laporan tidak dapat disiapkan pada masanya?”

Kemudian, pegawai kewangan menjawab, “Oh, saya tidak mendapat input pengesahan tentang perjalanan wang. Angka-angka semua ada, tetapi, kemasukannya ke dalam akaun syarikat yang mana satu, saya kena dapatkan pengesahan bahagian pengurusan, dan masih belum dapat.”

 

Maka, dalam situasi mesyuarat ini, ahli mesyuarat ada yang membuat inferense mudah. Bahagian pengurusan syarikat berkenaan tidak memberikan maklumat yang lengkap kepada pegawai kewangan. Perkara ini boleh dibuat semakan. Ada tingkahlaku dan ada rujukan boleh dibuat.

 

Inilah yang membezakan mind reading dan inference.

 

Apabila seorang staf menghantar surat perletakan jawatan, ramai rakan sekerja yang mind reading dan ada yang membuat inference.

 

Inference ialah semakan yang boleh dibuat dengan rujukan kepada tingkahlaku, rekod dan tindakan.

Mind reading berlaku hanya dengan membuat kesimpulan tanpa adanya sebarang butiran atau rujukan dibuat. Ini satu kesimpulan nyata.

 

Mind reading banyak menggunakan soalan-soalan berbentuk agakan, barangkali, rasanya macam itu dan seumpamanya.

 

“Aku rasa dia mesti marah pada engkau. Sebab itu dia resign.

Aku tahu, dia tak suka. Itu sebabnya dia msam saja.

Kau tak nampak macam mana dia tunduk saja masa mesyuarat? Mesti dia memang buat salah.”

 

Ini semua adalah antara ayat-ayat mind reading yang biasa didengar.

 

Inferense pula banyak dibuat dengan berdasarkan rujukan tingkahlaku, tindakan yang kita boleh buat rujukan.

 

“Aku tahu dia marah. Tapi emosi saja tu. Pagi dia masam saja, tapi tengahari waktu makan aku ajak, dia makan macam biasa saja.

 

Aku tahu dia memang marah. Cuba semak dalam emel dia. Kemudian, bila kita semak laporan mesyuarat, kan memang dia ada bangkitkan isu itu? Maknanya dia memang tak puas hati.”

 

Ini pula, adalah antara inference yang dibuat berdasarkan tingkahlaku dan semakan yang boleh dibuat.

 

Mind reading membuatkan ramai orang tertekan, syak wasangka dan buruk sangka.

Inference membolehkan kita lebih fokus kepada satu perkara yang sah dan dapat merancang apa yang perlu dilakukan seterusnya.

 

Maka, manakah pilihan hidup kita?

Membuat inferense yang memerlukan kita berfikir ATAU mind reading yang menyebabkan kita merana kerana berfikir?

 

Ya. Barangkali kita lama sedar hidup ini singkat.

Ya. Sudah tentu kita sedar banyak perkara kita belum buat dan capai dalam hidup.

Ya. Banyak sungguh perkara yang kita mahu selesaikan.

 

Namun, apakah ia menjadikan kita penat berfikir dan masih sesat ATAU kita sudah penat dan berhenti berfikir?

 

Manusia itu unik.

Berada dalam dunia bisnes yang pelik,  keunikan kita boleh jadi autentik atau jelek.

Kita sendiri yang menentukan.

 

 

Noraminah Omar

4.10 pagi

29 Oktober 2015

Kajang.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.