Keterujaan dalam bisnes jualan.

Pernah satu petang, saya membawa anak-anak ke kedai untuk membeli basikal. Saya membawa kesemua 5 orang anak hanya untuk membeli sebuah basikal!

 

Ya. Memandangkan anak-anak ada yang sudah agak dewasa, keperluan berbasikal ke sekolah menjadi salah satu dalam senarai perbelanjaan tahunan. Bajet yang ada cukup untuk membeli sebuah basikal.

 

Waktu itu, anak-anak kelihatan sangat teruja. Teruja sehinggakan semua mahu ikut sama melihat basikal yang mahu dipilih. Semua teruja untuk ke kedai basikal!

Apabila tiba di sana, memang ada sebuah basikal dengan wang yang kami ada iaitu dengan harga RM260. Kami anggarkan harga tidak lebih dari RM300.

 

Oleh kerana jurujual itu pandai menjual, beliau menjualkan 3 buah lagi basikal 2nd hand (used bicycle) dengan harga borong RM70 dan RM40 mengikut saiz. Maklumlah anak-anak berderet dengan pelbagai saiz dan umur.

 

Dipendekkan cerita, kami balik dengan 4 buah basikal yang pelbagai saiz. Anak-anak teruja. Semua mahu belajar dan naik basikal ke sekolah. Tidak sampai 24 jam, ada anak yang menangis. Ada anak yang tidak mahu naik basikal lagi. Ada anak yang merajuk dan hanya melihat adik-beradik lain naik basikal.

 

Apabila saya bertanya, apa yang menyebabkan ada yang mahu ada yang tidak (walhal semasa membeli basikal semua kata mahu!), maka banyaklah ayat jawapan yang diberi.

 

“Saya penatlah nak kayuh.”

“Tadi jatuh. Saya sakit, tak mahu naik basikal dah!”

“Dia tak bagi saya naik. Basikal saya tinggi sangat. Saya nak naik basikal dia.”

“Saya takutlah nak naik. Macam nak jatuh.”

 

Semua itu antara jawapan anak-anak. Saya tersenyum mengingatkan situasi ini. Tidak banyak beza dengan keterujaan ramai orang yang baru masuk bisnes atau baru menceburi bisnes baru yang mereka belum pernah buat.

 

Melalui beberapa fasa awal dalam bisnes, banyak memberikan fokus kepada angka-angka jualan dan nombor wang masuk . Memang keterujaan itu ada. Malah, ada orang bisnes yang jatuh motivasi diri apabila tidak mencapai sasaran dalam bisnesnya.

 

Ada juga orang bisnes yang mengambil masa terlalu lama untuk mengadaptasi. Maklumlah banyak perkara baru. Apabila orang bisnes membuat keputusan untuk fokus kepada aktiviti menjual, ada banyak perubahan dan situasi yang perlu mereka beradaptasi.

Terutama apabila masuk ke dalam bisnes yang diuruskan secara bersyarikat.

 

  • Sebelum ini menjual produk orang dengan komisyen. Sekarang menjual produk syarikat sendiri dengan gaji dibayar syarikat.
  • Sebelum ini menjual dengan pelanggan yang tidak perlu diberikan maklumat. Produk senang jual. Sekarang menjual produk yang perlu dijual kepada orang bijak pandai. Bercakap dan menulis iklan pun mesti susun ayat yang bijaksana.
  • Sebelum ini becakap tidak perlu ada gaya bahasa. Jual sahaja fokusnya. Sekarang, perlu gunakan bahasa tinggi. Adakalanya, perlu gunakan bahasa Inggeris. Tidak boleh hentam keromo.
  • Sebelum ini jual dan hanya perlu kira apa yang masuk dalam akaun sendiri. Belian pukal ambil saja dari stokis. Sekarang, jual perlu ambil deposit. MAsuk wang dalam bank syarikat. Perlu rekodkan dengan resit. Maklumkan bahagian akaun. Maklumkan bahagian stor untuk keluar barang.

Bisnes bersyarikat dan menjual dalam kumpulan dengan pengurusan syarikat jauh bezanya dengan menjadi pegawai jualan sendiri.

  1. Jual produk syarikat
    1. Dapat gaji tetap.
    2. Perlu berurusan dengan prosedur syarikat.
    3. Database pelanggan perlu dikumpulkan. Jadi hak syarikat.
    4. Komisyen, bergantung kepada syarikat.
    5. Bekerja dalam kumpulan. Bertemu hari-hari dengan staf lain, bekerja.

2. Jadi jurujual produk orang lain atau sendiri.

  1. Perlu modal dahulu atau tanpa modal gaya dropship.
  2. Dapat komisyen yang besar, tiada gaji tetap.
  3. Perlu uruskan stok dan kutipan wang.
  4. Semua masuk akaun sendiri. RM10K hingga RM100K pun masuk akaun sendiri.
  5. Kerja sendiri, habuan sendiri. Jika ada pun, pertemuan dan gathering ejen-ejen.

 

Nah, saya senaraikan sedikit saja!

Adakalanya, nombor-nombor jualan menjadikan kita teruja. Isu banyak timbul apabila nombor-nombor ini BUKAN angka-angka yang sepatutnya. Apa bezanya?

Nombor hanyalah satu urutan kira-kira. Angka memberikan makna dan hasil daripada proses yang melibatkan nombor-nombor.

Nombor yang masuk ke dalam akaun jualan itu adalah hak banyak perkara lain.

Sudahkah semua kos dikira? Apabila menjual untuk pihak syarikat, bermakna kita bekerja dengan syarikat, ia banyak bergantung kepada pengurusan syarikat. Ramai jurujual yang diberikan gaji rendah dengan komisyen yang tinggi.

 

Ada juga jurujual yang dibayar dengan gaji tinggi tetapi komisyennya rendah.

Apakah antara kos yang terlibat apabila syarikat atau kita sendiri membuat jualan? Berikut adalah antaranya:

+ Gaji pekerja (termasuk diri sediri)

+ Kos petrol

+ Kos mengepos/ hantar

+ Kos penyelenggaraan

+ Kos bil elektrik dan air

+ Kos pembungkus

+ Kos alat tulis

 

Meskipun menjalankan bisnes dari rumah, ini semua mesti dikira. Sama ada bayaran dibuat atau tidak, semua perbelanjaan mesti direkodkan.

 

Bagi yang menjadi jurujual yang digajikan oleh syarikat, syarikat menanggung semua kos diatas. Jika menjual sebagai jurujual atau stokis daripada banyak syarikat, tanpa kita bekerja dan menerima gaji, kos di atas perlu diambil kira dan dimasukkan dalam kira-kira.

 

Seperti anak-anak saya yang mahukan basikal.

Apabila mendapat sebuah basikal baru tahu tanggungjawab dan risiko-risikonya. Orang bisnes tidaklah begitu. Mereka juah lebih bijak daripada anak-anak yang teruja mahu naik basikal, tetapi tidak faham kos dan risiko.

 

Biarlah selamat apabila teruja.

Usah menyangka untung semata-mata. Apabila bisnes bersyarikat, semua kos mesti dikira.

Jangan sampai komisyen banyak kepada diri sendiri, syarikat pula yang rugi!

 

 

Noraminah Omar

10.35 pagi
31 Oktober 2015

Kajang.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.