Beruntunglah!

Kumpulan orang bisnes yang saya lihat, adalah mereka yang sentiasa bergerak. Ada antara mereka yang menggelarkan cara mereka bergerak sebagai satu marathon.

 

Marathon yang biasa kita dengar adalah tentang satu jenis sukan yang mengandungi beberapa acara halangan dan beberapa pusingan sebelum tamat.

 

Namun, dalam marathon yang orang bisnes ini perkatakan, ia lebih kepada ‘marathon bisnes’ yang mereka lihat dan kategorikan mengikut musim, produk atau servis dan juga tahun berbisnes.

 

Ianya berbeza antara satu dengan yang lain. Pun begitu, saya lihat, mereka punya banyak persamaan. Mereka terus berlari!

 

Sama ada mereka menukar trek larian, menukar orang yang berlari, menukar baju sukan, menukar jenis bola, menukar padang atau lokasi, mereka masih terus berlari!

 

Ada juga ketikanya mereka menukar kelajuan. Ada yang menukar kelajuan larian hingga kelihatan seolah-olah mereka hanya berjalan.

 

Mereka yang menjadi penonton adakalanya lelah sendiri melihat gaya dan jenis larian yang dipilih oleh orang-orang bisnes ini. Nyatanya, larian yang beterusan biasanya dilihat mempunyai ramai pelari dengan pelbagai jenis dan trek larian.

 

Ya. Bagi orang di sekeliling, mereka hanya mahu tahu siapa yang menang dan apa manfaat yang mereka dapat. Pemenang mana yang mampu memberikan lebih manfaat dan kelebihan, itulah yang akan mereka tonton lebih lama. Itulah kumpulan yang mereka akan terus beri sokongan.

 

Nah, bukankah itu memang jelas jalan cerita orang bisnes?

 

Mereka yang sentiasa berjaya menawarkan penyelesaian baru kepada masalah sebenar penonton, merekalah yang dapat bertahan dalam ‘marathon’ ini.

 

Apakah orang bisnes seperti itu tiada rasa penat? Tidakkah mereka mahu berehat?

 

Lihat saja situasi marathon yang mereka lakukan. Adakalanya mereka menukar pelari dan menukar trek. Boleh dikatakan, apa sahaja yang dibenarkan untuk ditukar, mereka akan menukarnya.

Agak aneh marathon yang mereka sertai bukan?

 

Inilah realitinya. Orang bisnes menguruskan syarikat mereka dengan cara tertentu tanpa melanggar mana-mana undang-undang dan melakukan perubahan mengikut keperluan semasa.

 

CEO dan COO yang bertukar, bidang tugas yang berubah, syarikat yang disusunkan semula strukturnya, jenis bisnes yang dipilih dan diberhentikan operasinya dan apa sahaja yang melibatkan kemaslahatan kumpulan bisnes itu akan dilakukan dalam marathon mereka.

 

Dalam situasi yang melibatkan perubahan ekonomi dan sosial negara, lebih banyak perubahan dan penyusunan semula yang mesti dibuat oleh ketua-ketua syarikat. Sama ada syarikat ekcil atau besar, kesan ini dapat dilihat dengan jelas dalam operasi bisnes masing-masing.

 

Yang kecil, adakalanya terpaksa menutup terus beberapa bahagian bisnes termasuk mengecilkan operasi, menutup cawangan, mengurangkan premis bisnes, menurunkan kos perbelanjaan kepada staf dan banyak lagi.

 

Maka, apabila ada perubahan ini, banyaklah chaos dan konflik mudah timbul sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul. Persediaan yang utama ialah ‘mind set’ dan pemikiran ahli kumpulan bisnes itu.

 

Sekiranya situasi dalam syarikat dan timnya umpama kegembiraan di Disneyland, manakala bilik mesyuarat pengurus kanan syarikat umpama medan perang, keseimbangan segera perlu dilakukan.

 

Komunikasi yang lebih telus dengan memberikan maklumat yang betul akan dapat membolehkan kumpulan itu mengekalkan keharmonian dan mengurangkan kesan chaotic daripada perubahan yang berlaku.

 

Tidak puas hati, penat, pening, kesal dan banyak lagi emosi negatif amat mudah menular dalam situasi pengurusan yang memerlukan perubahan.

 

Barangkali ada yang menyangka, keputusan dibuat atas dasar arahan semata-mata. Bahkan, ada diantara orang bisnes yang bergerak dalam kumpulan, gugup apabila adanya perubahan.

 

Perubahan fungsi, tugas dan nama sebenarnya satu perkara yang biasa. Ketua mana-mana kumpulan sekalipun akan memastikan perjalanan kumpulannya dapat terus bertahan. Itu antara objektif utama.

 

Pun begitu, sudah menjadi lumrah bekerja dalam kumpulan. Sudah menjadi kebiasaan bekerja dalam sebuah syarikat, orang bisnes banyak mengalami kekalutan sementara menemui satu titik keseimbangan.

 

Kita sering diingatkan. Usah membuat keputusan yang kesannya bersifat kekal, atas sebab yang bersifat sementara. Tangguhkan keputusan jika perlu. Tidak membuat sebarang keputusan juga merupakan satu keputusan juga.

 

Bertuahlah mereka yang bersedia menanggung beban sementara itu.

Beruntunglah, mereka yang bertahan menunggu hutan tebal yang sudah dibersihkan hinggalah selesai bercucuk tanan dan menuai hasilnya.

 

Berbahagialah mereka yang kekal setia bekerjasama dalam satu kumpulan.

 

Beruntunglah…

 

Noraminah Omar

10.00 pagi

Oktober

Kajang

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.