Biasa kita denganr kisah-kisah dan cerita yang berkaitan dengan hidup dan peribadi serta tingkah-laku selebriti dan individu yang popular. Seringkali, ia berlaku dikalangan artis yang berstatus pelakon dan penyanyi.
Tentunya ia bukan lagi sesuatu yang asing. Bahkan ia seolah menjadi satu kebiasaan untuk kisah-kisah cerai-berai, nikah kahwin dan perebutan hak penjagaan anak disiarkan dan diceritakan kepada umum.
Hatta, umum juga kelihatan tidak kekok dan biasa-biasa saja apabila menerima, membaca dan mendengar berita dan cerita sumpama itu.
Bagi orang bisnes, mereka sebenarnya tergolong dalam kategori selebriti apabila mereka juga mempunyai ‘pengikut’ dan ‘peminat’. Sama ada mereka ini orang-orang yang mengkagumi, mendapat kebaikan daripada hasil yang diniagakan atau menjadi sebahagian daripada’ supply chain’ dalam perniagaan tersebut, mereka boleh dikategorikan sebagai ‘pengikut dan peminat’.
Meskipun begitu, dalam konteks bisnes, ‘pengikut dan peminat’ bukanlah satu kelompok manusia yang pasti menjadi pembeli atau pengguna barang dagangan orang bisnes tersebut.
Berbanding dengan artis yang berstatus pelakon dan penyanyi, peminat mereka biasanya adalah orang-orang yang akan memonton atau mendengar filem, drama atau album lagu yang diterbitkan.
Sekalipun tidak membeli bahan itu, menonton dan mendengarnya di talian televisyen dan radio membolehkan mereka dikategorikan sebagai ‘peminat dan pengikut’ yang dapat menghasilkan pendapatan sama ada secara langsung atau tidak.
Berbalik kepada kisah-kisah dan cerita yang banyak menonjolkan situasi rumah tangga, orang bisnes juga tidak dapat lari dari situasi yang agak serupa. Namun, cerita mereka bukanlah sesuatu yang mahu dibaca umum. Lalu, ianya lebih banyak tersebar dikalangan orang-orang bisnes sahaja.
Ada banyak kisah kerjasama (kahwin) dan putusnya kerjasama bisnes (cerai) serta kisah sailing (curang) dikalangan orang bisnes sendiri. Sama ada ia berlaku dalam syarikat yang sama melibatkan individu dan rakan kongsi di dalamnya, atau antara syarikat, ia masih menjadi satu kisah yang biasa digosipkan dikalangan orang bisnes.
Pernah satu ketika, salah seorang rakan bisnes mengadu.
“Aku sebenarnya tahu. Tapi, malas nak bising. Partner Aku tu. Channel yang Aku minta dia ‘follow-up’, dia guna untuk bisnes dia yang lain. Aku tak kisah. Tapi, kalau sampai channel Aku tu yang bagitahu dan komplen, Aku tak selesa.”
Seorang rakan kongsi lain pernah bercerita.
“Database pelanggan yang syarikat Aku ada, memang banyak. Tapi, Aku tak sempat nak uruskan. Jadi Aku ambillah seorang partner untuk fokuskan bab-bab marketing dan jualan dengan data yang ada.
Tup, tup Aku dengar, dia offer produk keluarga dia kepada pelanggan dalam database syarikat. Itupun Aku tahu bila staf bahagian tu cakap.”
Dalam kumpulan konsultan yang pernah saya temui pernah bercerita.
“Kerja-kerja konsultan dan ambil job dengan syarikat besar ni bukan kerja seorang. Kita saling sokong-menyokong. Yang pergi buat ‘pitch’ orang lain. Yang buat promosi orang lain. Yang close deal orang lain.
Sebolehnya, konsultan memang diminta fokus untuk pastikan deliverables delivered kepada client.
Bila konsultan yang kita bangunkan sama-sama, mula nak buat duit sendiri, nak buat duit lebih, dia mula offer client atas nama tim kita untuk servis yang katanya ‘on personal basis’, tak payah melalui company.
Kadang-kadang, bila difikirkan balik, konten dan modul yang dibangunkan pun sebenarnya atas nama syarikat. Lagi pun, kalau dia tak bersama syarikat sekarang, siapa pun tak akan ambil dan dengar apa yang dia cakap.”
Kisah-kisah begini juga ada didengar di kalangan orang bisnes dalam semua jenis, industri dan bidang.
Kisah-kisah ini dikategorikan sebagai ‘kisah-kisah kecurangan’ dalam bisnes.
Ia bukanlah satu cerita yang disiarkan dimana-mana media atau berita. Kisah curang dan sailing macam ini, banyak berlegar di kalangan orang bisnes.
Malah, apa yang dilihat, kesinambungan dari situasi ini, mereka yang terlibat umpama pepatah orang lama. “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.” Bisnes dengan syarikat sedia ada tak tahan lama, yang dibuat sendiri tidak menjadi.
Barangkali, ada yang menyangka apabila melakukan sesuatu dalm kumpulan, melalui syarikat dengan SOP itu lambat dan sukar. Sedangkan, dengan menjalankannya sendiri, ia lebih mudah dan cepat. Malah, wang yang dikutip pun dapat terus sepenuhnya msuk dalam poket sendiri.
Sehubungan dengan itu, kisah curang dalam bisnes dilihat sebagai satu situasi yang tidak beretika. Bagi kedua-dua pihak, yang menawarkan servis dan yang menerimanya ATAU yang meminta servis dan yang memberikannya.
Bagi ramai orang, mereka mungkin melihatnya sebagai satu perkara yang biasa.
“Apa salahnya, Aku nak tolong kawan.”
“Kalau melalui syarikat, nanti cajnya mahal.”
“Kita deal antara kita-kita saja sudahlah. Harga kawan-kawan.”
Banyaklah ayat dan idea-idea yang dikemukakan untuk menyokong apa yang kita lakukan.
Mereka yang mampu bekerjasama dengan baik dalam sebuah kumpulan bisnes yang bersyarikat mempunyai jangka hayat yang lebih lama dalam usaha bisnes. Itu yang nyata dapat dilihat.
Meskipun banyak faktor lain yang mempengaruhi kerugian dalam bisnes, situasi curang begini merupakan salah satu faktor yang banyak didiamkan dan tidak diceritakan oleh ramai orang.
Apa yang berlaku, ramai yang mula menjauhkan diri daripada individu atau entiti yang bertanya dan menawarkan servis mereka dengan cara ini. Orang bisnes sesame mereka juga ada etikanya.
Sebaiknya, apabila ada situasi peribadi yang memerlukan bantuan daripada ahli kumpulan, berterus-terang dan berbincang adalah antara jalannya.
Malah, dalam kumpulan bisnes, kepentingan bersama dan kemajuan syarikat adalah menjadi keutamaan tanpa menidakkan kepentingan untuk memastikan keperluan asas setiap rakan kongsi dan ahli tim dapat dipenuhi.
Bagi syarikat atau individu yang baru bermula pula, soal harga bukanlah satu perkara yang menjadi isu. Apabila ada kebolehan berunding, memahami konsep ‘berkembang bersama dalam bisnes’, situasi curang seumpama ini tidak mungkin berlaku.
Berundinglah agar keperluan syarikat sendiri dan syarikat yang kita perlukan khidmatnya dapat sama-sama dijaga. ‘Win-win situastion’ bukanlah bermakna kedua-dua pihak mesti ‘menang’ atau dapat apa yang mereka mahu.
Ia lebih kepada membolehkan kedua-dua pihak bertolak-ansur dalam perundingan. Situasi ‘win-win’ pila, tidak semestinya membawa makna ‘kedua-dua pihak ‘mesti menang’. Ia pastinya lebih harmoni dilihat dengan kacamata semua pihak ‘berjaya’ dan mendapat ‘manfaat’nya.
Walaupun begitu, apa juga keperluan dan kerjasama antara orang bisnes, semuanya boleh dirundingkan. Dalam bisnes, semuanya boleh dijual boleh dirunding asalkan ianya kekal atas falsafah dan trek kepercayaan bisnes yang ‘syariah-compliant’
Curang dalam bisnes erring dikaitkan dengan etika, kepercayaan dan integrity sebagai orang bisnes.
Sesungguhnya, untuk berjaya dalam bisnes, ramai yang boleh mencapainya, Untuk sentiasa berjaya dan kekal lama, merupakan satu cabaran kepada mereka untuk terus mengekalkan etika dan menjaga nama di dalam urusan.
Memang kita tidak akan dapat memenuhi keperluan semua orang. Namun, kita pastinya boleh terus mengekalkan integriti dalam berbisnes.
Semuanya bermula dengan diri sendiri.
Sentiasa belajar dan memahami.
Bekerja sendirian, boleh membawa kita pergi laju.
Bekerja dalam kumpulan, boleh membawa kita pergi jauh.
Noraminah Omar
8.43 pagi
Oktober
Kajang.