Sungai yang tenang…

Sungai yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

 

Mana-mana perjalanan yang kita ambil, dengan apa juga jenis kenderaan yang kita pilih, mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Ada yang lebih suka mengambil keputusan menaiki bas sahaja, manakala ada yang lebih suka memandu sendiri.

 

Pilihan dalam menguruskan bisnes juga sering dibuat oleh orang bisnes. Pernah diceritakan bahawa pendiri bisnes sendiri perlu membuat keputusan sama ada meneruskan atau menutup sahaja bisnes sedia ada.

 

Ada situasi dimana mereka perlu memilih untuk fokus kepada satu-satu segmen pelanggan atas banyak sebab. Pada masa yang sama, ada juga pendiri bisnes yang terpaksa menambah segmen pelanggan atas banyak sebab lain.

 

“Puan bayangkan, jualan syarikat sudah hampir 50 juta. Tapi, mahu gajikan seorang eksekutif kewangan pun tak mahu. Semuanya outsource!” pernah seorang rakan bisnes menyatakan rasa kecewanya.

 

Menghormati beliau sebagai salah seorang kawan yang paling lama dalam bisnes saya diam sahaja.

 

“Kita buat bisnes, transaction cash. Hari-hari ada duit masuk. Macam mana nak tahu berapa duit ada dan berapa duit keluar kalau maklumat kena tunggu pihak luar beri. Saya bukan apa. Inilah susahnya. Dalam syarikat ni, kalau ketuanya suami isteri, susah nak bawa berbincang.

 

“Bila kita cadang A, katanya tunggu Tuan Suami luluskan. Bila bincang, Tuan Suami kata tunggu Puan Isteri luluskan. Lama-lama, duduk sajalah diam-diam.”

 

Saya angguk-angguk saja. Sebenarnya, ramai juga yang bergaduh tentang situasi di mana perlu atau tidak, baik atau buruknya sesebuah syarikat dikendalikan oleh pasangan suami isteri. Namun, inilah kali pertama saya mendengar situasi yang melibatkan syarikat dengan jualan tahunan yang besar dan masih dikendalikan oleh pasangan suami isteri.

 

“Sebenarnya, saya tak kisah.” Tiba-tiba beliau mengeluh. Ada riak kecewa yang dalam.

 

“Lagipun, saya cuma pegang saham kecil. Itupun diberinya hadiah. Saya tahu. Atas nasihat, mereka lantik saya sebagai pemegang saham ketiga dalam syarikat. Mana boleh ada 2 orang sahaja pemegang saham dan kedua-duanya pengarah, kan?”

 

Lagi sekali saya angguk-angguk. Saya tidak mahu menagguk di air yang sudah keruh.

 

“Tapi, Puan bayangkanlah. Dengan adanya cawangan bisnes seluruh Malaysia, rakan niaga yang ramai, pelanggan yang mencecah puluhan ribu sebulan, tak kanlah syarikat induk langsung tak mampu nak gajikan seorang CFO. Paling tidak, senior eksekutif. Barulah urusan kewangan bertambah telus.”

 

Sekali lagi saya teirngat kepada cerita seorang rakan lain yang membuka pusat pendidikan yang menawarkan kelas mengaji dan hafazan. Kisahnya, mereka bermua dengan enterprise saja.

 

Entah bagaimana, masuk tahun kedua berbisnes, pelajar sudah ramai, wang masuk sudah Nampak, selepas habis sahaja bulan-bulan mengutip yuran pendaftaran, rakannya itu lesap. Bersama dengan wang sekali!

 

Terpaksalah rakan saya ini bertungkuslumus meneruskan apa yang sudah ditinggalkan bersama adiknya.

 

Ini baru satu kisah pengurusan kewangan yang saya ingat. Barangkali, sebuah buku dengan saiz A5 dan dengan ketebalan 800 mukasurat boleh dihasilkan tentang kisah berkisar ‘pengurusan kewangan’ saja.

 

Hilangnya wang beribu-ribu dalam transaksi tunai, wang yang ada resit kutipan tetapi tidak masuk ke dalam bank, wang yang dikutip tetapi tidak direkod, petty cash yang bernilai RM10K sebulan juga ada.

 

Apabila disemak semula, isu pengurusan kewangan ini, bukanlah perkara baru. Tetapi, malangnya, yang lama dan buruk itu pula yang dijadikan kebiasaan.

 

“Puan bayangkan. Kita rasa kerja kuat, penat. Duit dah banyak buat. Tapi, ada saja isu duit tak cukup nak bayar perbelanjaan tetap bulanan. Sibuk asyik fokuskan macam mana nak cukupkan wang, mana nak tarik duit, mana nak letak duit. Tapi tak tengok akaun receivable. Kemudian, bila asyik tengok akaun receivable, lupakan terus akaun payable. Macam mana?”

 

Ya, akaun receivable bermaksud, siapa hutang kita dan akaun payable menunjukkan siapa yang kita berhutang. Ini maklumat penting dan paling utama diketahui oleh orang bisnes. Saya bukan akauntan. Tetapi, sedikit sebanyak terma yang digunakan dalam pengurusan kewangan, bolehlah saya tangkap dan faham.

 

Memang kebiasaaan dalam bisnes yang melibatkan tunai, pergerakan wang menjadi isu. Biasanya, syarikat besar, malah dengan pendapatan RM50 juta setahun, saya kira sudah tentulah mempunyai SOP kewangan yang lebih teratur.

 

Pun begitu, saya masih angguk-angguk dan mendengar dengan serius. Dengan hidangan semangkuk laksa dan segelas air limau, saya terus sahaja mendengar rakan saya ini meluahkan rasa kecewanya.

 

“Puan, saya juga tidak ada masalah jika suami isteri duduk dalam board. Tapi, bila mesyuarat, kita setuju lain. Esoknya, mereka tukar fikiran. Buat keputusan lain. Saya ni, memanglah orang ketiga yang sepatutnya me’neutral’kan apa yang bias.”

“Habis, apa keputusan yang Tuan mahu buat?” itu sahaja ayang yang terpacul daripada mulut saya setelah habis laksa semangkuk itu saya hirup kuahnya.

 

Bagi saya, setakat bercerita dan bercakap, mengeluh dan kecewa, tidak akan memberi apa-apa kesan. Malah, ia hanya menyiksakan.

 

“Saya ingat. Saya nak jual balik saham saya dalam syarikat tu. Lagipun, Puan tahu?”

 

“Apa dia?”

 

“Sebenarnya, saya tak perlu sibuk dengan saham yang dikatakan itu. Saya sudah semak di SSM. Nama saya tiada pun dalam syarikat itu.”

 

Saya tidak begitu terkejut dengan ayat yang menjadi penutup pertemuan kami untuk satu makan tengahari yang mengenyangkan.

 

Ya. Kita suka melihat sungai yang mengalir. Ada bunyi deruan yang nyaman dan menenangkan. Malah, kita memang sayangkan sungai itu. Sebaiknya, kita mahukan kebaikan daripadanya terus memberikan manfaat kepada semua orang.

 

Namun, bak kata orang tua, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

 

Kitalah yang bersangka-sangka.

Kitalah yang menentukan bagaimana mahu menguruskan ‘sangkaan-sangkaan’ itu, agar tidak menjadi kenyataan.

 

.

Noraminah Omar

5.48 pagi

Oktober 2015.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.