Nakhoda dan anak kapal.

Rata-rata tidak ramai yang mahu bercakap tentang politik secara terbuka. Sama ada sudah malas atau lelah memperkatakannya, tidak pula dapat dipastikan. Sudah terlalu banyak pergaduhan dan perselisihan kata di platform media sosial terutamanya.

 

Yang muda yang sudah berusia, yang matang yang baru setahun jagung, semuanya terkena tempias situasi politik semasa. Walaupun tidak banyak kebisingan kedengaran, hakikatnya, keluhan dan rungutan yang menambah kasihan berleluasa dalam hati.

 

Pengurusan bisnes juga tidak lari jauh. Ada sepak terajang politiknya yang tersendiri. Ia banyak bergantung kepada budaya dan cara kerja serta ada kaitan dengan faktor dynamic syarikat berkenaan.

 

Sejujurnya, saya kurang berminat dengan situasi politik dalam organisasi bersyarikat. Politik yang dimainkan yang melibatkan jalinan kerjasama dan keharmonian dalam urusan-urusan yang melibatkan banyak pihak, saya lihat sebagai satu perkara yang merupakan satu kepentingan dalam semua hal.

 

Politik merebut kuasa, atau mengekalkan ha katas sesuatu perkara tidak dilihat satu perkara yang harmoni dalam syarikat. Dalam pengurusan bisnes, jarang sekali kita melihat seseorang kekal lama dalam satu-satu fungsi atau jawatan.

 

Malah, nama jawatan yang masih boleh dikekalkan pun, boleh diubah fungsinya. Hatta, seorang CEO dan Pengarah syarikat sendiri boleh dilucutkan jawatan atau dipecat sekiranya ada perkara-perkara tertentu yang dilanggar.

 

Apabila ada yang bercerita dan berkata tentang jawatan yang berbentuk ‘shadow’, sebenarnya ia tidak wujud. Yang ada biasanya ialah ‘proxy’ sahaja. Pun begitu, hakikat sesuatu tugas itu mesti dikekalkan bagi mengoptimumkan sumber dalam bisnes tersebut.

 

Bisnes banyak melibatkan hal-hal yang berkaitan langsung dengan nombor dan yang lebih penting angka-angka. Angka yang menunjukkan hasil, dijana daripada nombor-nombor biasa yang dimasukkan dalam sistem perjalanan bisnes.

 

Ini adalah antara perkara utama yang membuatkan penyusunan fungsi dan keputusan menyusun fungsi perlu mengetepikan hal-hal emosi.

 

‘Hati kering’ merupakan antara terma yang biasa dipakai dikalangan orang bisnes. Secara peribadi juga, saya melihat ada banyak sisi pandang tentang situasi ini.

 

Bagi mana-mana individu yang masuk ke dalam sebuah unit atau kumpulan bisnes bersyarikat, persediaan untuk menerima dan melalui hakikat yang pahit dalam bisnes mestilah cukup.

 

Dalam bisnes, tiada yang pasti. Hatta, untung rugi, wang masuk keluar, pekerja masuk berhenti, berlaku secara semulajadi. Maka, apakah yang dilakukan?

 

Ianya merujuk semula kepada perjalanan pengurusan syarikat dengan amalan lazim. Lalu, ada yang berkata. Ada banyak amalan lazim di dunia. Jadi, masih tiada satu yang ‘lazim’ sebenarnya.

 

Pun begitu, situasi-situasi ini sifatnya hanyalah sementara. Mahu atau tidak, mereka yang mahu berada dalam kumpulan bisnes bersyarikat, perlu memasakkan kaki agar tidak terbang melayang apabila tiupan hebat datang.

 

Sakit, parut, luka adalah lumrah dan perkara biasa. Yang penting, menjalankan bisnes bukan tentang merebut kuasa, mengekekalkannya atau demand to be given one.

 

Ya. Bila-bila masa saja kita boleh keluar dan dikeluarkan tanpa melanggar mana-mana perundangan. Hanya peraturan hati dan emosi yang kita cipta sendiri menjadi dindingnya.

 

Seorang rakan bisnes yang memecat dirinya sendiri sebagai CEO syarikatnya sendiri pernah berkata. “Jika saya tidak berani membuat keputusan ini, sama sahaja umpama saya tidak perlu berbisnes.”

 

Manakala, seorang rakan bisnes pernah berani mencabar dirinya dalam satu meyuarat Ahli Lembaga Pengarah apabila ditanya, “Apakah yang puan rancangkan selepas perancangan 3 bulan ini berjalan dan masih tidak berjaya?”

 

“Saya akan letak jawatan, dan lantiklah CEO baru!”

 

Beliau menyatakannya dengan serius, tanpa ada rasa gugup, risau, tertekan atau apa-apa sahaja yang negatif. Saya sendiri yang berada dalam mesyuarat itu, jadi bersemangat untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan syarikat.

 

Hakikatnya, nakhoda sebuah kapal tidak akan meninggalkan kapal yang sedang belayar di lautan dalam. Dia tidak akan membiarkan sahaja anak-anak kapal meneruskan pelayaran tanpa menjalankan tanggungjawab untuk menakhoda kapal itu.

 

Menukar nakhoda semasa perjalanan kapal di lautan dalam juga, tidak molek dilakukan. Apatah lagi jika situasi genting, rebut melanda dengan beberapa layar mula kelihatan koyak.

 

Nakhoda kapal merupakan orang pilihan. (biar sesiapa pun yang memilihnya)

 

Jiwa dan hati mereka, sekuat dan seunik bahan kayu yang membuatkan kapal itu boleh menampung berat yang besar dan masih terapung!

 

 

Noraminah Omar

6.14 pagi

Oktober 2015.

 

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.