Berbudayakah kita?

KISAH MANUSIA DALAM BISNES : Berbudayakah kita?

 

Setiap bahagian dan pelosok dunia mempunyai budaya masing-masing yang dapat dilihat jelas daripada gaya dan cara hidup orang-orangnya. Masyarakat setempat sesuatu lokasi juga dapat dikenali daripada bahasa pertuturan dan cara mereka bercakap.

 

Malaysia tidak ketinggalan dalam senarai. Wujudnya masyarakat majmuk dengan kepelbagaian budaya ia menjadi salah satu daya penarik kepada Negara kita.

 

Tentang masyarakat, budaya dan bisnes, ia merupakan satu topik menarik untuk diperkatakan. Masyarakat bukan sahaja dilihat sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal dalam satu kawasan, taman, bandar atau kampung. Budaya pula bukan sekadar berkisar tentang pakaian atau tarian dan muzik tradisional.

 

Jika diteliti semula kehidupan orang-orang lama, budaya bekerjasama, gotong-royong, berkumpulan dan hormat kepada ketua dan orang tua dalah antara yang paling jelas dapat dilihat.

 

Setiap kali adanya kelahiran, kematian dan perkahwinan, ada sahaja gotong-royong yang akan dilakukan. Berkumpul, menjemput jiran tetangga yang tua dan yang muda semuanya saling kenal-mengenal dan menyokong antara satu dengan yang lain.

 

Ya, memang kita dibesarkan dalam satu budaya yang begini. Tidak kira apa juga bangsa, bahasa dan menu makanan yang kita hidangkan pada waktu tengahari, budaya ini wujud hampir dalam setiap keluarga dalam masyarakat.

 

Hari ini mungkin sedikit berbeza. Namun, budayanya masih kekal bersama mereka yang dibesarkan dalam kerangka pembangunan yang sedia ada.

 

Dalam kelompok orang bisnes, ada juga budaya-budaya yang tertentu yang dapat kita lihat. Ia bukan sahaja dikalangan mereka yang menjalankan bisnes, tetapi mereka yang menerima dan menawarkan apa-apa transaksi sesame mereka.

 

Ada yang mengatakan bahawa berbisnes ialah satu jenis aktivii untuk ‘buat lebih banyak duit’. Namun, ada sesetengah orang bisnes yang hanya berbisnes untuk memenuhi keperluan hidup sahaja.

 

Apa juga tujuan berbisnes, transaksi antara satu pihak dengan yang lain dengan tukaran antara nilai yang dipersetujui sudah dikategorikan sebagai transaksi bisnes.

 

Maka, pelanggan yang menerima servis juga sudah menjadi sebahagian daripada kelompok aliran bisnes itu sendiri. Mereka juga ada budaya masing-masing. Gaya bercakap dan juga cara berunding.

 

Apabila platform yang digunakan berbeza, biasanya mereka akan berubah mengikut situasi platform. Dalam konteks ini online dan offline adalah sama. Pernah satu ketika saya diceritakan oleh seorang anak muda yang masih belajar dan sudah mula menjalankan bisnes secara online.

 

Fokusnya ialah barang keperluan wanita. Meskipun beliau seorang pelajar lelaki, beliau akan bercakap (menulis) dan menggunakan lenggok bahasa pelanggan yang ada di platform itu. Antara platform yang biasa ialah instagram, facebook, whatsapp dan beberapa platform online lain selain daripada blog dan web jualan.

 

Salah satu budaya barat yang kini banyak terbawa-bawa oleh orang kita ialah budaya ‘saman-menyaman’. Khabarnya, budaya ini sudah mula menular dan banyak berlaku atas dasar ‘memperjuangkan hak’.

 

Bagi orang bisnes, situasi ini bukanlah satu situasi yang membawa pendapatan, tetapi merugikan. Menyaman dan disaman bukanlah satu budaya yang biasa bagi orang kita. Kebanyakannya, lebih menerima dan hanya menyifaatkan perkara yang berlaku sebagai ‘ujian’.

 

Walaupun begitu, saman-menyaman bukanlah satu-satunya cara untuk mempertahan hak. Bagi orang bisnes, ia merupakan antara jalan terakhir yang diambil untuk memastikan yang benar tetap benar.

 

Banyak juga kedengaran kisah-kisah orang bisnes disaman oleh pelanggan, pembekal atau pemodal. Sesiapa sahaja yang ada dalan ‘chain of business’ itu, ada saja peluang untuk menyaman dan disaman.

 

Pernah satu ketika salah seorang rakan bisnes pendidikan disaman sejumlah RM230,000 oleh salah seorang pelanggannya. Punca; kemalangan yang mengakibatkan kesan lebam pada anaknya dan perincian saman adalah termasuk perkara-perkara yang ‘dibimbangkan’ menjejaskan perkembangan anak untuk tempoh 3 tahun akan datang.

 

Seperti biasa, prosedur seperti ini memakan masa. Peguam pula memberikan nasihat kepada keda-dua pihak. Bergantung kepada budaya kerja peguam juga. Bukankah peguam juga sebahagian dalam business chain dalam situasi ini?

 

Tidak perlulah dikongsikan panjang pendeknya prosedur tersebut.

 

Dalam satu situasi lain, ada anak yang cedera hingga melibatkan kemasukan ke hospital dan pembedahan, tetapi tidak pula ada sebarang saman dikelurakan oleh pelanggan terhadap institusi pendidikan.

 

Dua situasi yang saya sebutkan ini hanya ada satu perbezaa. Anggaran pendapatan bisnes itu.

 

Apabila tuntutan saman yang dibuat adalah genuine, tidak sukar bagi kedua-dua belah pihak menyelesaikannya. Malah, saya pernah mendengar bahawa ada pihak tertentu yang sebenarnya untung besar atas kes-kes saman yang mereka kendalikan.

 

Apakah benar wujudnya budaya menyaman di Malaysia atas dasar mendapatkan wang mudah atas kesilapan orang lain?

 

Yang lebih utama, apakah ini menjadi satu budaya yang diterima oleh masyarakat hari ini?

 

Lebih dari itu, di mana hilangnya budaya kerjasama, saling tolong-menolong dan memaafkan antara satu dengan yang lain?

 

Orang bisnes, pelanggan, pembekal, peguam dan professional lain…
Barangkali, wang itu sudah umpama raja dalam business chain hari ini.

 

 

Noraminah Omar

3.00 petang

Oktober

Kajang.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.