Bebas dalam kurungan.

KISAH ORANG BISNES : Bebas dalam kurungan.

 

Pernah satu ketika, orang yang bekerja dan makan gaji, dimomokkan dengan idea, “Be your own Boss!” Maka, ramailah yang datang dan turun mendengar, apakah sebenarnya falsafah dan model untuk bertukar kepada hidup dengan Boss dan menjadi Boss kepada diri sendiri.

 

Malah, saya merupakan salah seorang daripada orang bekerja dan makan gaji yang teruja dengan idea ini.

 

Pada masa yang sama, rata-rata menyangka bahawa menjadi boss kepada diri sendiri merupakan pilihan yang lebih baik. Ia menjamin ‘kebebasan’, dan kita punya banyak ruang untuk menentukan dan membuat keputusan sendiri.

 

Penat sudah orang tua berkata, “Hanya jauhari mengenal manikam. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.”

 

Begotulah hayat manusia. Penuh dengan hikayat dan rasa. Bahkan, bukankah itu yang menjadikan kita manusia?

 

Bebas itu mahal harganya. Hatta mahu bebas umpama burung sekalipun banyak bahayanya. Apatah lagi jika kita tidak mempunyai sayap untuk terbang. Bebas bukanlah satu perkataan yang asing. Malah bebas banyak dikaitkan dengan orang bisnes dalam konteks, bebas kewangan, bebas memilih gaya hidup, bebas dalam berkreativiti dan berinovasi.

 

Hakikatnya, dalam kehidupan orang bisnes, bebas itu ada kerangkanya sendiri. Bebas bukan bermakna lepas. Berdikari (independent) bukan bermakna sendiri. Malah, adakalanya bebas itu menjadikan mereka sunyi.

 

Orang bisnes yang bebas dalam kerangka sendiri banyak mencipta dunia sepinya sendiri. Mereka mengambil keputusan untuk bebas daripda banyak chaos.

 

Mereka mahu bebas daripada kekecohan mesyuarat, bebas daripada keriuhan menyediakan dan membaca laporan, bebas daripada kesibukan menghadiri sesi-sesi latihan, bebas daripada rutin menjalankan tugas operasi dan pemasaran. Mereka memilih untuk bebas begitu.

 

Masih ramai orang bisnes yang memilih kebebasan dalam kerangka dunia yang mereka pilih. Ada yang memilih dunia pendidikan, perkhidmatan, jualan, pemasaran dan pengedaran jualan sebagai satu bentuk kebebasan dalam kerangka yang tersendiri.

 

Bebas dalam istilah bisnes masih tertumpu kepada satu hasil dan output yang utama, iaitu menjadana pendapatan maksima dengan kos minima.

 

Kebebasan mereka tidak lari daripada trek pematuhan perundangan negara. Kebebasan mereka merupakan satu tukaran kepada sebuah kehidupan yang perlu dicagarkan.

 

Mereka mencagarkan maruah dan harga diri, nama baik dan masa depan untuk mendapatkan kebebasam dalam kerangka pematuhan dalam menjalankan bisnes.

 

Ada ramai yang menyifatkan orang bisnes sebagai mereka yang ‘mata duitan’.

 

Mata duitan yang hanya bermata, tidak sama dengan mata duitan yang mempunyai 7 deria rasa. Mata duitan yang mempunyai perjuagan tidak melihat hanya dengan mata.

 

Sebahagian besar orang bisnes mempunyai perjuangan mereka sendiri.

 

Ada yang memperjuangkan perniagaan agar dijalankan tanpa riba’.

Ada perniagaan yang memperjuangkan falsafah pengurusan dengan bersistem. Ada perniagaan yang memperjuangkan pembangunan peluang kepada usahawan dalam business chain sedia ada.

Ada perniagaan yang memperjuangkan hak pelanggannya.

Ada perniagaan yang dibangunkan untuk memperjuangan kepercayaan peribadi si pendiri bisnes.

 

Apa juga situasinya, ada juga ramai orang bisnes yang perjuangannya ialah untuk memastikan gaya hidup dan keperluan asas diperolehi dan dipenuhi. Ringkas baginya, kata mereka.

 

Pun begitu, kebebasan yang dikongsikan dalam tulisan kali ini berkisar kepada kebebasan yang subjektif. Ada sesetangah orang bisnes mendapat kebebasan dalam berbisnes apabila dia dapat menentukan sendiri hala tuju syarikat dan perjalanannya.

 

Ada juga ramai orang bisnes yang mendapat kebebasan untuk menentukan sendiri jumlah pendapatan dan masa yang digunakan untuk keperluan harian dengan keperluan bisnes.

 

Ada ramai yang mendapat kebebasam memilih dan menentukan sendiri siapa dan bagaimana mereka mahu berbisnes.

 

Kebenaran yang nyata tetap menunjukkan bahawa, tiada ‘kebebasan’ yang diperolehi secara percuma. Kebebasan yang ada didunia, masih dalam kerangka (kurungan) dunia. Undang-undang dan peraturan semasa dan juga yang paling utama, undang-undang Maha Pencipta.

 

Sesungguhnya, penulis juga tidak ‘bebas’. Bebasnya untuk menulis sekalipun, masih mempunyai kurungan yang dipilih.

 

Kurungan yang bernama harga diri, maruah dan integriti!

 

Noraminah Omar

1.12 tengah hari

Oktober, Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.