Antara membeli orang dan membeli bisnes orang.

KISAH ORANG BISNES : Antara membeli orang dan membeli bisnes orang.

 

Jual beli merupakan antara aktiviti yang menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kita semua. Tidak ketinggalan walau seorang pun. Setiap hari kita membeli. Hatta pembaca yang sedang membaca tulisan ini juga sedang ‘membeli’.

 

Sama ada membeli dengan membayar yuran kepada pembekal talian internet atau membeli idea daripada apa yang ditulis oleh penulis, ia masih dikira satu proses jual beli (meski pun tiada transaksi wang dan akadnya yang jelas).

 

Kehidupan seharian memang nyata dan jelas. Kita membeli barang kepeluan asas seperti beras, minyak dan gula. Kita membeli khidmat asas seperti khidmat persekolahan, pembelajaran dan pengangkutan.

 

Apabila ada keperluannya, ada yang menyediakannya dan menjualnya, maka pembeli pun akan membeli.

 

Dalam pengurusan bisnes antara yang penting untuk dibeli ialah ‘orang yang betul’. Membeli orang dengan ‘otak dan kemahiran’ yang betul. Mereka membeli dengan pelbagai cara, gaya dan pilihan. Namun, ia masih termaktub dengan pematuhan pelbagai undang-undang termasuklah undang-undang persyarikatan dan Akta Kerja.

 

Membeli ‘otak dan kemahiran’ yang betul adalah antara aktiviti yang paling mahal atas dasar persetujuan bahawa pembelian ini akan memberikan pulangan yang berbaloi. Perdebatan antara membeli ‘otak dan kemahiran’ mendahului aktiviti membawa masuk duit masih juga berlarutan.

 

Namun, bagi ramai orang bisnes, mereka akan fokus kepada apa yang sudah diletakkan sebagai objektif bisnes dan road map bisnes syarikat mereka. Merka juga membuat keputusan. Hakikatnya, mereka manusia biasa, macam kita juga.

 

“Macam mana nak ambil staf kalau duit syarikat tak cukup? Sales tak banyak.”

“Macam mana nak naikkan sales kalau tak ada staf? Duit tak cukup.”

 

‘Beli orang’ dahulu untuk buat duit, atau buat duit untuk ‘beli orang’, samalah keadaannya berbalah mengenai telur dan ayam. Ayam atau telur yang patut didahulukan?

 

Pada masa yang sama, ada orang-orang bisnes yang bisnesnya ialah membeli bisnes orang lain. Mereka banyak melihat, meneliti dan membuat kira-kira untuk membuat keputusan akan bisnes mana yang mereka akan beli.

 

Sama ada bisnes itu bisnes yang berjalan dan berkembang dengan baik atau bisnes yang baik tetapi tidak dapat dikembangkan, ia merupakan sebahagian daripada keputusan yang mereka buat.

 

Objektif utama orang bisnes membeli bisnes lain susah tentu untuk membuat lebih banyak duit. Pada masa yang sama, ada beberapa tujuan lain termasuklah mendapatkan lebih banyak channel dan melengkapkan business chain yang sedia ada. Ada pula yang membelinya untuk menambah jenis dan portfolio bisnes sedia ada.

 

Sebuah Kolej Universiti mungkin membeli sebuah bisnes ‘private school’ untuk melengkapkan aliran murid ke dalam institusinya. Private school ini menjadi feeder kepada bisnes Kolej Universiti sedia ada.

 

Manakala, pembelian seterusnya pula mungkin akan diteruskan dengan institusi pendidikan awal kanak-kanak iaitu preschool centres untuk menjadi feeder kepada private school yang ada.

 

Selain dari membeli bisnes sedia ada atau disebut sebagai ‘business acquisition’, ‘merging’ juga merupakan salah satu cara orang bisnes membeli bisnes lain.

 

Mana-mana bisnes entiti yang manjalankan perniagaan yang sama, dan menghadapi situasi untuk berkembang dan mengekalkan diri dalam bisnes, merging atau penggabungan juga adalah sesuatu yang mungkin.

 

Inilah yang menghasilkan apa yang disebut sebagai business chain yang lengkap, untuk sebuah gugusan syarikat pengurusan bisnes berkembang.

 

Walaubagaimanapun, tidak semua orang bisnes mahu mengambil pendekatan membeli bisnes sedia ada. Mereka lebih suka mencipta sesuatu yang baru. Mereka membuka sendiri sekolah, universiti dan pusat pengajian tanpa mahu membeli atau bergabung dengan apa yang ada.

 

Semuanya bergantung kepada rancangan dan keupayaan kewangan syarikat dalam berbisnes.

 

Antara ‘membeli orang’ dan ‘membeli bisnes orang lain’, kedua-duanya mempunyai persamaan. Setiap satu ada due diligence nya. Objektif yang sama masih kekal, ‘membeli dengan betul’.

 

Bagi sesetengah orang bisnes, mereka mahu ‘membeli yang baik’. Baik tidak semestinya betul. Adakalanya bisnes pendidikan yang baik, bukanlah satu jenis bisnes yang betul untuk dibeli. Adakalanya bisnes pakaian yang betul, bukan satu model bisnes yang baik. Begitulah adanya.

 

Barangkali pembaca melihat sisi pandang tulisan kali ini agak kabur. Umpama falsafah yang tidak jelas.

 

Antara membeli orang dan membeli bisnes orang lain, kedua-duanya perlu dilakukan dengan betul. Pernah satu ketika, semasa saya berjumpa dengan seorang rakan bisnes yang sudah menjual bisnesnya mengeluh akibat tekanan.

 

“Saya tertekan. Banyak sangat gosip dalam bisnes ni.”

 

“Gosip yang macam mana?”

“Ya lah. Selepas saya jual bisnes saya tu, ada pulak keluar cerita macam-macam?”

 

“Cerita?”

 

“Ya, cerita. Ada yang kata sebab saya tak bayar hutang, orang beli bisnes saya. Ada pulak yang sebarkan fitnah, sebab saya langgar perjanjian lalu saya dihukum. Tak boleh buat bisnes tu. Saya kena jual bisnes tu.”

 

“Apa yang betul?”

 

“Ada syarikat ‘jerung’ yang nak kuasai kawasan bisnes. Kemudian, mahu pastikan pelanggan sedia ada dalam bisnes saya ‘merge’ dalam senarai pelanggan bisnes dia.”

 

“Oh…begitu.”

 

“Ya, betul. Sebulan selepas syarikat itu beli bisnes saya, dia buka cawangan bisnes baru dalam lokasi itu. Sudah tentu tak jadi masalah, kerana ianya cawangan syarikat yang sama.

 

Jika saya masih memegang bisnes itu di situ, dia tak boleh buat macam itu.”

 

Fahamlah saya akan situasinya. Gosip dalam bisnes memang tidak dapat dielakkan. Namun jika gosip bukan datang dari kalangan orang bisnes, bagi saya tidaklah mejadi hal.

 

Orang awam yang tidak berada dalam perjalanan aliran business chain sedia ada, tidak melihat situasi ini sebagai satu strategi bisnes. Maka, macam-macam andaian dan sebab yang direkacipta.

 

Seumpama kita di daratan yang memandang kapal di lautan dengan stetoskop. Kelihatannya seumpama kapal bergerak begitu perlahan dan lambat. Kelihatan kapal itu kecil dan mudah sahaja gerakannya. Lurus kehadapan. Itu saja.

 

Hakikatnya, kapal yang besar itu, perlu menongkah arus dan juga tiupan angin yang tidak dapat dilihat. Kelajuannya tinggi supaya dapat menentang arus lautan yang besar itu. Semuanya, kita yang didaratan tidak tahu!

 

Begitulah manusia. Sama ada membeli atau dibeli, semuanya mempunyai persepsi. Gosip dan cerita hanyalah satu cara bagaimana ianya dizahirkan.

 

Tulisan ini juga mempunyai satu persepsi.

Persepsi bahawa pembaca tulisan ini mempunyai situasi bisnes yang mereka tidak sedar akan keperluan memberi orang dan membeli bisnes orang lain.

 

Ini juga satu persepsi!

 

 

Noraminah Omar

10.48 pagi

 

Oktober 2015

 

 

 

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.