Sebuah rancangan radio ke udara dengan segmen nasihat. Seorang pendengar meminta nasihat daripada jemputan program. Selesai sahaja mendengar cadangan yang diberikan, pendengar itu memberikan komen. “Ok. Ya. Terima kasih Doktor. But, it is easy said than done.”
Apabila mendengarnya, kita ajuga hairan. Apabila meminta nasihat, sewajarnyalah kita mendengar. Tidak usah mempersoal. Pakar yang dijemput bersiaran menjawab, “But remember, it is easier done than thought.”
Menginatkan situasi segmen di radio itu, saya juga terfikir akan satu perkara. Agaknya memang begitulah hidup ini. Apa yang kita mahu, apabila kita dapat, tiada yang datang dengan percuma. Semuanya ada ‘harga’. Sama ada dengan nilaian matawang, komitmen, tugas, masa dan tenaga, semuanya melibatkan satu nilai.
Nilai ini perlu diberi atau digantikan untuk mendapatkan apa yang kita mahu itu. Biasa bukan? Ada yang sanggup membayar nilai itu dan ada yang tidak. Semuanya pilihan.
Adakalanya, orang yang bercakap dan memberi nasihat itu, tidak menujukan nasihatnya kepada kita. Namun, kita masih berkira-kira seumpama kita perlu mengambil nasihatnya.
Adakalanya, orang yang bergumam, komplen dan marah-marah, bukan ditujukan kepada kita. Namun, kita masih berasa dan terasa seumpama kita yang dimarahnya.
Akibatnya, kita melenting atas nasihat yang bukan diberikan kepada kita.
Akibatnya, kita mendegus dan menuduh orang memarahi kita.
Akibatnya, kita menjadikan orang yang sudah sedih bertambah sedih. Orang yang marah bertambah marah. Orang yang stress bertambah stress.
Setiap dari kita punya ego sendiri. Kata orang kampung saya, “ikut kepala masing-masing”. Secara peribadi, hakikat melakukan kesalahan itu adalah normal bagi seorang manusia.
Ada juga rakan yang menyebut akan kekurangan orang perempuan berbanding lelaki apabila bekerja. Banyak emosi katanya. Itu statement biasa.
Bagi saya, perempuan yang tidak emosi lebih bahaya.
Perempuan yang dilihat ‘cool’, tidak pernah marah lebih sukar menanganinya. Perempuan yang tidak pernah menangis, lebih keras kepalanya.
Perempuan yang nampak menurut sepanjang masa, ada kiasnya.
Masing-masing punya pandangan. Malah, lelaki yang beremosi lebih parah menanganinya daripada perempuan yang beremosi.
Mengingatkan kembali situasi di segmen radio itu, saya kira kita mesti sama-sama mengerti. “Easier done than thought.” Kata ‘Mem Besar’ di ABS, jalan terus!
Noraminah Omar
Kajang
Disember 2015