“Unfair advantage.”

“Saya kagumlah dengan dia Puan.” Ujar seorang sahabat semasa satu perjumpaan alumni sekolah menengah. Seperti biasa, sesekali, saya akan hadir juga ke majlis sebegitu.

 

Saya senyum. “Itulah. Orang berusaha. Memang begitu.”

“Eh, saya pun berusaha Puan! Tapi masih tak dapat juga.” Katanya sambil tersenyum.

 

Saya teringat lagi dengan salah satu perbincangan bersama rakan bisnes di pejabat. Menguruskan bisnes yang sama dengan model yang sama, tidak semestinya dapat menjamin hasil yang sama.

 

Ada faktor luar yang mempengaruhi hasil apa yang kita usahakan. Ia dipanggil sebagai ‘unfair advantage’. Saya kira, semua orang ada ‘unfair advantage’ masing-masing. Yang membezakannya ialah cara masing-masing mengoptimakannya.

 

Ambil saja contoh untuk kita memulakan bisnes menjual nasi lemak. ‘Unfair advantage’ yang kita ada mesti membolehkan kita memulakan bisnes.

 

Ini termasuklah, nama kita yang sudah dikenali sebagai tukang masak. Maklumlah, sudah 10 tahun kita bekerja untuk sebuah caterer. Malah, ada yang ‘pre-order; nasi lemak setiap minggu. Inilah ‘unfair advantage’ yang ada.

 

Mungkin juga tentang lokasi yang kita pilih menjadi tumpuan pembeli. Ditakdirkan, kitalah penjual pertama dan satu-satunya yang menyediakan khidmat ‘drive through’ akibat kedudukan lokasi yang luas. Itulah ‘unfair advantage’nya.

 

Mungkin juga, kitalah satu-satunya penjual nasi lemak yang membungkus nasi dengan daun pisang. Maklumlah, kita punya kebun pisang sendiri. Itulah ‘unfair advantage’nya.

 

Adakalanya, pengalaman, kenalan, hubungan keluarga dan masyarakat, taraf pendidikan dan seumpamanya menjadi ‘unfair advantage’ kepada kita. Pernah saya diceritakan bahawa seorang pegawai Melayu yang bekerja di syarikat kepunyaan orang Taiwan.

 

Beliau diterima bekerja sehingga dilantik menjadi salah seorang pengurus senior dalam syarikat. Kebolehannya bertutur dan membaca dokumen dalam bahasa Mandarin menjadi ‘unfair advantage’ nya. Malah, pegawai berbangsa cina juga tidak dilantik dengan jawatan itu atas sebab ini.

 

Jadi, apabila kita asyik fokus kepada “saya juga berusaha”, “saya juga bersungguh”, “saya juga bekerja keras”, ia boleh menjadi fokus yang salah. Apabila hasilnya tidak sama seperti jangkaan, ada baiknya dilihat semula apakah ‘unfair advantage’ yang ada pada kita.

 

Berikanlah lebih peluang dan fokus dalam bidang atau usaha di mana kita punya ‘unfair advantage’ yang jelas dan signifikan.

 

Noraminah Omar
Taman Impian Kajang

17.12.2015

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.