Emosi dan Stress.

Petang itu saya duduk bersama salah seorang rakan sekerja. Seperti biasa, hanya pada masa lapang sahaja rakan saya itu berbual-bual.

 

“Puan, puan pernah rasa stress tak?”

Stress?”

“Ya, stress.”

“Yang macam mana?”

“Eh, yang macam mana pulak? Stress yang menekanlah Puan.”
“Memanglah. Stress memang menekan. Tapi, ada stress positif dan ada yang negatif. Yang Puan maksudkan yang mana?”

“Oh…Begitu. Apa-apa pun tetap stress lah kan Puan?”

 

Saya angguk-angguk. Segelas teh ais yang saya pesan tiba. Dia hanya memesan segelas ais kosong. Saya menyambung. “Saya juga sesekali stress juga.”

 

Rakan saya itu mengerutkan dahinya. “Nampak Puan OK saja.” Senyum rakan saya itu meleret.

 

Saya menatik nafas panjang. “Sebolehnya, kita semua mahu yang OK. Kita semua mahu orang sabar. Kita semua mahu dilayan baik-baik. Kita semua mahu yang elok dan gembira saja.”

 

Rakan saya itu diam saja. Kemudian dia menyambung. “Puan, jika Puanlah…stress yang macam mana yang jadi negatif?”

 

“Saya?” Terkejut juga saya dengan pertanyaan itu.

“Yalah. Antara perkara di tempat kerja dengan yang di rumah. Yang mana lebih menekan?” Dia menyambung.

 

Pertanyaannya macam hujan turun. Hujan yang turun lebat tetapi sekejap. Hujan yang menyebabkan banjir kilat. Macam yang selalu berlaku di Kajang.

 

Hakikat menangani dan menghadapai tekanan ini banyak dibincangkan. Saya kira, di semua peringkat. Tidak kira di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja kita ada ruang berkomunikasi dengan pihak kedua, ada saja peluang stress itu muncul.

 

Apabila kita melihat konteks pengurusan bersyarikat, stress juga muncul dari banyak sudut. Banyak pihak dan ramai orang. Sebagai manusia, masing-masing mempunyai kapasiti tertentu. Setiap orang ada had tertentu.

 

Ia umpama belon. Bergantung kepada bahan getah yang digunakan untuk menghasilkan belon itu. Sesetengah jenis belon, dibuat agak tebal. Maka, angin yang ditiup masuk lebih banyak diperlukan. Maklumlah. Apabila bahan getah berkualiti yang digunakan, kadar tegangan kulit belon lebih tinggi.

 

Saya kira, manusia juga begitu. Setiap daripada kita punya belon masing-masing. Bukan satu. Banyak. Itu sebabnya ramai yang masih bertahan. Apabila satu belon kesabaran pecah akibat tiupan angin stress, belon satu lagi akan diambil.

 

Belon baru ditiup. Stress yang positif akan mengekalkan belon itu. Belon yang berisi akan membentuk bulat atau lonjong. Bergantung kepada bentuknya.

 

 

Selepas panjang berbual, dia bertanya lagi. “Puan, mengapa belon?” Saya senyum. Adakalanya, saya juga hairan. Barangkali, latarbelakang keluarga saya membuatkan saya sering dikaitkan dengan kanak-kanak.

 

Saya mempunyai sebuah keluarga besar. Anak-anak yang bersama saya, ada sepuluh orang. Empat orang sebapa dan enam orang seibu. Yang tinggal bersama saya, lapan orang. Tambahan pula, kerjaya pertama yang saya ceburi ialah pendidikan. Bisnes pertama yang saya jalankan pendidikan juga.

 

Belon sering dikaitkan dengan kegembiraan. Belon yang menggembirakan kanak-kanak. Puaslah kanak-kanak bermain dengan belon itu. Dibaling. Disepak. Ditolak. Apa sahaja asalkan ianya berada di udara.

 

Hidup kita punya banyak cerita. Pelbagai kisah dan gaya. Hakikatnya, emosi dan stress adalah situasi sejagat.

 

Dia masih memandang saya sambil memegang gelas ais kosong yang sudah habis. Straw yang dipegangnya itu dipusing-pusingkan. Ketulan ais yang ada berbunyi apabila saling berlanggar di dalam gelas itu.

 

“Paling teruk, apabila stress, apa Puan buat?” Nampaknya, dia masih belum habis. Masih ada yang mahu ditanya.

 

Saya senyum. “Biasalah, Puan. Saya dulu digelar ‘ratu air mata’.”

“Jadi, Puan menangislah?”

“Kenapa? Ada salahnya menangis?”

“Tidaklah. Puan kan tough.”

 

Saya ketawa. Dia juga ketawa. Kami sama-sama ketawa. Kami serentak bangun meninggalkan meja makan di gerai bawah pokok kegemaran.

 

Tidak semena-mena, 5 biji belon berwarna-warni kelihatan terbang diudara. Sekitar tujuh kaki tingginya dari kepala. Kami berpandangan. Kami berdua masih tersenyum hingga ke pintu pejabat.

 

 

Noraminah Omar

7.29 malam

15 Disember 2015

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.