Mengosongkan Gelas

Sesekali, pembaca akan menadapati penulisan saya banyak bercerita saja. Sesekali, banyak bermonolog. Pada kebanyakan masa, ia umpama cakap-cakap biasa, sekadar melapangkan minda dan rasa.

 

Kali ini, semasa saya mengendalikan program latihan untuk sekumpulan guru, ada beberapa situasi berlaku. Meskipun saya mengendalikan program menggantikan pegawai bertugas, saya melihat perkara ini merupakan satu tanggungjawab dan ada keperluan yang perlu diteliti.

 

Orang kata, nak belajar perlu bersedia. Mengosongkan gelas tidak semudah yang disangka. Ia mudah apabila kita ada gelas ditangan. Tuangkan sahaja isinya. Namun, situasinya berbeza dalam pembelajaran orang dewasa.

 

Ramai yang menggunakan analogi mengosongkan gelas untuk mendorong individu untuk hadir ke kelas dan sesi pembelajaran. Ini biasa digunakan untuk orang dewasa.

 

Ini biasa dilakukan apabila kita perlu meluangkan masa untuk belajar perkara yang sudah diketahui. Apatah lagi apabila ianya datang dari orang lain yang tidak dikenali. Kebiasaannya, ia tidaklah semudah yang disangka.

 

Semua ini perlukan latihan. Apakah yang dilatih?

Diri sendirilah jawapannya. Sekiranya saya ditanya, “Apakah caranya untuk melatih diri supaya boleh sentiasa dilatih?”

 

Sudah tentu saya jawab, “Hanya yang empunya diri yang tahu caranya.”

Saya melihat situasi semasa hampir 80 orang peserta yang hadir dalam sebuah program latihan. Secara amnya, mereka boleh dibahagikan kepada 3 kategori.

 

  1. Mereka yang baru tanpa pengalaman
  2. Mereka yang sudah ada pengalaman antara 6- 18 bulan dalam bidang
  3. Mereka yang sudah lama dalam bidang

Setiap kumpulan peserta menunjukkan reaksi yang berbeza apabila berada dalam program. Ia jelas menunjukkan karakter dan persepsi mereka terhadap penerimaan kepada konten program itu sendiri.

 

Dalam tiga kumpulan peserta itu juga, ia banyak berkaitan dengan umur. Apabila peserta yang sudah berumur, biasanya mereka berada dalam kategori 1 dan 2. Reaksi mereka juga tidak sama dengan mereka yang lebih muda usianya tetapi berada dalam kategori 3.

 

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan, kita yang berada dalam bisnes, sudah jelas tentang keperluan untuk kita sentiasa belajar. Meskipun hanya memerhatikan bagaimana cara jurulatih menyampaikan kandungan kelasnya, ia juga dikira sebagai sesi pembelajaran.

 

Bagi mereka yang berpengalaman, sudah pasti mereka mempunyai idea dan cadangan untuk mengelola dan mengendalikan kelas dengan lebih baik.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.