Bebas dalam Penjara

Apabila kebebasan menjadi penjara…

Baru-baru ini saya bertemu dengan beberapa rakan bisnes. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa. Maka banyaklah cerita dan gosip yang dikongsikan. Daripada kisah hidup masing-masing dan perkembangan bisnes, semuanya menjadi antara bahan ketawa dan menangis yang saya semat dalam jiwa.

 

Ramai menyangka menjalankan bisnes ini sama dengan kebebasan. Kebebasan daripada masa kerja dan kongkongan membuat keputusan oleh majikan. Ini antara satu kebebasan yang dilihat oleh kebanyakan mata biasa.

 

Ada juga yang melihatnya sebagai kebebasan untuk menguruskan sendiri. Mengurus bisnes, termasuklah mengurus masa dan membuat keputusan sendiri. Ini juga benar. Ini juga satu kebebasan bagi orang bisnes.

 

Seperti biasa, ini tentang hukum alam. Apa yang boleh membebaskan kita, ia juga boleh memenjarakan kita. Bisnes boleh membebaskan kita dalam banyak hal. Bisnes juga boleh memenjarakan kita dalam pelbagai perkara.
Dalam bisnes, kita boleh menentukan siapa pelanggan yang kita mahu. Kita tentukan nilai yang kita tawarkan. Pada masa yang sama, kita juga boleh terpenjara dalam kelompok pelanggan dengan nilai itu. Kita terpenjara dengan karenah dan tugas-tugas menjual serta mengutip hutang.

 

Dalam bisnes, kita boleh tentukan jam operasi dan cara kita menguruskan bisnes. Kita sendiri menentukan sama ada bisnes yang kita jalankan boleh dijalankan secara maya atau tidak. Pada masa yang sama, kita terpenjara dengan masa operasi bisnes dan cara yang kita tentukan.

 

Bisnes secara maya atau online, memenjarakan kita untuk berada di platform online. Meskipun kita mampu menggajikan pekerja, kita terus terpenjara dengan alam menguruskan hak-ehwal pekerja pula.

 

Orang berbisnes mahukan kebebasan. Tanpa sedar, ramai yang terpenjara dalam bisnes yang dibinanya. Mereka mahu bebas dari kekangan gaji dan kerja dengan majikan. Namun mereka terpenjara dengan komitmen hutang bisnes dan pengurusan kewangan syarikat.

 

Orang bisnes yang menjalankan bisnes tanpa tujuan yang jelas, umpama membina sendiri penjara untuk dirinya. Lalu, apakah sebenarnya kebebasan bagi orang bisnes?

 

Setiap orang bisnes punya falsafah dan cita-cita masing-masing. Ada yang mahu memperjuangkan sesuatu dan ada pula yang mencari jalan berjuang dengan berbisnes.

 

Apa juga tujuannya, orang bisnes yang tidak merancang perjalanan bisnesnya dengan baik, samalah seperti orang yang membina penjara dan memenjarakan dirinya sendiri.

 

Orang bisnes yang memulakan bisnes dengan berhutang, terpenjara dengan hutangnya.

Orang bisnes yang berbisnes kerana mahu menaikkan nama bangsa, terpenjara dengan kondisi bangsanya.

Orang bisnes yang berbisnes kerana menerima modal, terpenjara dalam terma pemodalnya.

Orang bisnes yang berbisnes kerana mahu bebas, terpenjara dengan harga kebebasan yang dibayarnya.

 

Orang bisnes itu, bebas menentukan apa yang mahu dicapainya. Bebas menentukan cara dan bagaimana mahu mencapainya. Mereka akan terpenjara, apabila mereka tidak jelas dengan tanggungjawab dan tugas orang bisnes.

 

Orang bisnes akan selamanya terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri, apabila mereka tidak dapat keluar daripada bisnesnya itu. Mereka terpenjara dalam bisnesnya, apabila bisnesnya tidak dapat diteruskan selepas ketiadaannya.

 

Orang bisnes terdorong untuk kekal dalam kebebasan yang memenjarakan integriti dan wibawa, melainkan mereka membina sebuah legasi. Legasi bisnes yang baik, yang membawakan kebaikan. Legasi bisnes yang membantu lebih ramai orang bebas dari penjara kewangan.

 

Kebebasan orang bisnes dapat dikecapi, apabila bisnesnya boleh diwariskan hasilnya. Kebebasan orang bisnes itu, tidak memaksanya untuk menentukan gaya hidup. Dia bebas mahu hidup mewah atau hidup biasa-biasa.

 

Kebebasan kewangan bagi orang bisnes dapat dikecapi, apabila ‘hutang bisnesnya’ boleh menjana wang yang lebih banyak daripada hutang itu.

Kebebasan orang bisnes dapat dilihat apabila kebebasannya tidak memenjarakannya.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.