ADA TAPI TIADA. PENUH TAPI KOSONG.

ADA TAPI TIADA. PENUH TAPI KOSONG.

 

“Puan, saya ni dah 10 tahun berbisnes. Kalau setakat SOP macam ini, saya semua dah ada. Saya nak belajar yang advance.”

 

“Kami dah jalankan bisnes ni lebih 8 tahun. Setakat SOP macam ini, kami dah penat. Buat pun, bukan boleh guna.”

 

“Kami nak tahu macam mana nak urus staf. Setakat SOP macam mana nak urus bisnes ni kami tahu dah Puan!”

 

*********

 

Pertama kali, antara pengalaman yang saya kenang hingga hari ini, adalah komen-komen yang sebegini dari peserta kelas.

 

Biasanya ada beberapa situasi. Ini berlaku apabila:

1. Peserta mendaftar lewat. ‘Expectation’ kepada program tak sama seperti yang dinyatakan akibat tidak menerima maklumat.

 

  1. Penganjur tidak memberikan maklumat yang betul semasa mempromosikan program.

 

  1. Penganjur tidak menerima maklumat yang betul!

 

Merujuk kepada situasi di atas, saya tertarik mahu menulis satu artikel khusus tentang SOP. Namun, ianya ringkas dan denga mudah dapat difahami oleh yang membacanya.

 

  • SOP ini adalah satu kerja yang ‘leceh’ bagi orang bisnes, tetapi penting untuk kemaslahatan ahli tim dalam syarikat, termasuk staf.

 

  • SOP ini, benda yang ‘senang’ bagi orang bisnes, tetapi susah kepada bisnes jika tidak ada.

 

  • SOP ini umpama benda hidup. Makan dan menghasilkan najis yang perlu dibuang. Bermakna ia mesti berubah dan digunakan. Yang tidak bagus, buang, gantikan dengan yang lebih baik. Bukan hiasan sekadar disimpan cantik dalam pejabat.

 

  • SOP membolehkan bisnes berkembang. Sekiranya sudah berbisnes melebihi 5 tahun, tetapi masih mempunyai situasi pengurusan kewangan tercekik, bermakna ada SOP yang mati!

 

  • Apabila sah ada SOP dan bisnes sudah mencapai umur 8 tahun, tetapi masih tidak mampu membayar gaji diri sendiri, ada SOP yang lopong!

 

Mengurus bisnes banyak cabangnya. SOP yang memenuhi kriteria yang betul dapat menghasilkan satu sistem pengurusan yang baik.

 

Pengurusan bisnes yang sistematik, teratur dan adil. Ini menjadikan syarikat itu ‘baik hati’ kepada pekerjanya.

 

Meskipun mereka tidak suka kepada majikan (boss), tetapi mereka suka dan seronok bekerja dengan syarikat yang ‘baik hati’.

 

Apabila SOP pengurusan staf dibincangkan, ia bersangkut terus dengan status pengurusan syarikat. Ringkasnya begini.

 

  • Jika bisnes masih menggunakan lesen ‘enterprise’, sukar untuk berbincang tentang pengembangan bisnes.

 

  • Jika bisnes masih bersama suami dan isteri dalam syarikat yang sama sebagai ahli lembaga pengarah, ada kekangan untuk mencorak perjalanan jauh dalam bisnes.

 

  • Jika bisnes masih dengan SOP yang disediakan 10 tahun lalu, ada batu-batu pemikiran yang mesti dipecahkan untuk ‘sustain’ dalam bisnes.

 

  • Jika bisnes masih belum ada syarikat, memang payah mahu mencarta ‘career path’ untuk staf. Maka, sudah tentu staf yang kekal, yang bagus seperti kita saja. Tiada inovasi dan perkembangan baru.

 

 

Dalam bisnes, tiada yang betul atau salah. Keputusan untuk berbisnes atas lesen ‘enterprise’ atau bersyarikat, adalah keputusan orang bisnes. Ia banyak bergantung kepada tujuan dan objektif perjalanan bisnes itu.

 

  • Jika ia berbentuk kerja kebajikan dan sosial, lain petanya.
  • Jika ia dibentukkan untuk menjadi bisnes yang boleh diwariskan, lain jalannya.
  • Jika ia dirancangkan untuk menjadi penjana pendapatan pasif, lain caranya.

 

Ada baiknya kita luangkan masa untuk melihat semula, supaya penyusunan dan perancangan bisnes dapat diteruskan.

 

  • Apabila kita tidak boleh ‘adapt’ dengan cara bisnes terkini, SOP orang lain usah dibilang tidak bagus.

 

  • Apabila cara kita mengurus bisnes jauh berbeza dengan cara terkini, SOP orang lain usah dikutuk.
  • Apabila cara kita berbisnes menyebabkan kita sangkut dan terkurung, SOP orang lain itu, ambil jadikan panduan.
  • Apabila kita tidak faham kenapa SOP orang lain berbeza dengan SOP kita, kosongkan fikiran, buka kepada idea baru.
  • Apabila kita masih tidak dapat bergerak, ada kemungkinan kita perlu mengundur diri dan benarkan orang baru menjadi nakhoda bisnes kita.

 

SOP hanya menjadi salah satu bahagian dalam enjin sebuah kenderaan bisnes. Kenderaan bisnes itu namanya ‘syarikat’. Berbisnes tanpa syarikat masih memerlukan kita menyediakan SOP. Namun, ia umpama membeli barang untuk membina enjin tanpa ada kenderaannya.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.