Bodoh yang Bijak

Perubahan suasana kerja, memerlukan kita merubah cara kerja. Ini intipati beberapa situasi yang akan saya sentuh kali ini.

 

Saya yakin. Tuan dan Puan juga sudah tentu pernah melalui situasi yang memerlukan kita mengubah cara kita melakukan sesuatu perkara. Sama ada di tempat kerja atau di rumah, ianya masih boleh berlaku.

 

8 tahun lalu, saya pernah menerima rakan sekerja baru. Beliau merupakan salah seorang eksekutif korporat di salah sebuah bank tempatan. Atas situasi tertentu, beliau terpaksa berhenti. Selepas tiga tahun, beliau membuat keputusan untuk bekerja.

 

Pada masa itulah saya bertemu dengan beliau. Selepas 2 bulan, beliau memberi surat berhenti kerja kepada Bos. Dia pernah menerangkan kepada saya dengan jujur.

 

“Puan, saya sudah lama tidak bekerja. Sebelum ini pun, kerja saya lain. Agaknya, saya susah mahu ‘adapt’ dalam ‘environment’ ini.”

 

Kurang faham, saya bertanya, “Macam mana pula?”

 

Lalu, rakan saya itu menyambung. “Mula-mula saya sendiri tidak perasan. Suami saya pun ada tegur. Agaknya, dulu semasa di bank saya bekerja dalam suasana senang.”

 

Saya masih tidak faham. “Senang? Senang yang macam mana?”

 

“Yalah. Dulu semua ada. Ruang kerja luas. Privacy. Laptop, internet, bahan-bahan kerja semua yang ‘up to date’, semuanya ada. Di sini lain.”

 

Barulah saya mula faham. Bekerja di tadika, memanglah tidak mewah. Apatah lagi dengan kemudahan kerja. Biasanya, tadika tidak menyediakan laptop dan internet untuk pekerjanya. Malah, kami perlu banyak berkreativiti dengan apa yang ada saja.

 

Baru-baru ini pula, saya berjumpa dengan seorang rakan yang menjalankan bisnes. Juga bisnes tadika. Beliau juga ada mengalami situasi yang sama. Akhir-akhir ini, semenjak ramai orang diberikan pilihan berhenti kerja, ada saja permohonan kerja dari mereka yang mempunyai latar belakang korporat.

 

“Puan, dia memang banyak pengalaman. Maklumlah, akauntan. Pada mulanya, saya yakin dia akan menjadi salah seorang pengurus di tadika saya. Rupa-rupanya, tidak.”

 

Mendengar ceritanya, saya mula ingin tahu. “Dia berhenti kerjakah?”

 

“Bukan. Saya terpaksa berhentikan dia.”

 

“Oh…”

 

“Puan mahu tahu kenapa?”

 

“OK. Beritahulah. Apakah yang menyebabkan Puan berhentikan seorang akauntan daripada bekerja di tadika Puan?”

 

Sambil tersenyum dia mula menerangkan. “Ada kejutan budaya rasanya. Dia orang pandai Puan. Mahukan ‘perfection’ dalam hal penyusunan dan urusan tempat kerja. Rasanya, tidak sesuai untuk syarikat start-up macam syarikat saya.”

 

Saya angguk saja. Saya boleh membayangkan bagaimana sukarnya seorang akauntan yang biasa bekerja secara korporat mahu menyesuaikan diri dengan sebuah bisnes tadika yang masih terkial-kial memulakan bisnes.

 

Saya boleh bayangkan tentang sibuknya seorang pengurus baru yang perlu melakukan semua kerja sendirian. Maklumlah, Tadika baru dibuka.

 

Membayangkan itu, saya bertanya semula. “Bukankah Puan ada mengambil seorang guru?”

 

“Ya, betul. Memang ada 2 staf di tadika itu. Tetapi, biasalah Puan. Kelengkapan masih minima. Murid pun sedikit. Yuran yang dikutip hanya cukup untuk membayar gaji staf 2 orang itu.”

 

Saya angguk lagi. Sebenarnya, bisnes tadika ini memang banyak yang mengalami situasi murid yang sedikit pada tahun pertama. Ini berbeza, jika jenama tadika yang dijalankan sudah 5-10 tahun usianya. Malah, jika jenama yang berupa bentuk dan cara pengurusan baru, tidak semestinya diterima oleh masyarakat setempat.

 

Memandang saya, dia menyambung. “Puan, susah juga ya jika ambil orang yang pandai macam ini.” Saya senyum. Mengambil staf dikalangan ‘orang pandai’ ada cabarannya yang tersendiri.

 

“Apabila mengambil orang pandai bekerja, kita cuma perlu jadi lebih bijak. Kadang-kadang, buat-buat bodoh juga, adalah strategi orang bijak.”

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.