Rompakan dan Bisnes

Sambil menunggu, rakan sekerja yang bekerja di tadika menyapa. “Puan ada dengar cerita?”

 

“Cerita apa?”

 

“Ada tadika kawan kita kena pecah masuk?”

 

“Oh ya? Bila?”

 

“Pagi tadi. Katanya, laptop dan wang tadika dilarikan. Bahaya juga ya Puan. Bisnes tadika macam ini pun ada yang mahu rompak.”

 

“Perompak itu, objektifnya tepat. Dia fokus.”

 

“Eh, Puan ini!”

 

“Yalah. Fokusnya mahu dapatkan wang dengan merompak. Jadi, tidak kira jenis bisnes dan barang apa. Asalkan dilihatnya ada nilai wang, dirompaknyalah! Tadika pun boleh.”

 

“Puan, kalau itu berlaku macam mana ya?”

 

“Kes-kes macam ini banyak. Sama ada diceritakan atau tidak sahaja. Pastikan laporan polis dibuat. Semak semua barang yang hilang. Senaraikan. Pastikan dimasukkan dalam laporan polis.”

 

“Kalau macam ini, ada tuntutan insurankah yang boleh dibuat?”

 

“Bergantung jugalah. Jika ada ambil insuran sekalipun, perlu semak juga terma dan pakej ‘coverage’nya. Sekiranya sekadar sebuah laptop dan RM200, biasanya tiada tuntutan insurans.

 

Laporan polis itu penting. Serahkan kepada bahagian akaun. Tahulah mereka bagaimana mahu rekodkan. Apabila ada wang tunai dan aset dirompak, ia mesti didokumenkan.”

 

“Puan pernah kena rompak?”

 

“Kes rompak dan pecah masuk tadika kah?”

 

“Ya.”

 

Saya diam. Susah juga mahu menjawab. “Ada juga. Bab-bab begini, ada banyak situasi. Oh ya, tadika yang katanya dirompak tadi bagaimana? Semuanya merea selesaikan?”

 

“Puan, itulah…menurut laporan, tiada kesan pecah dan umpil pada mana-mana bahagian untuk masuk tadika. Semua barang dan alat pun tidak terusik. Seolah perompak itu tahu dimana wang dan aset kita disimpan.”

 

“Emmmm….ini umpama kerja orang dalam, atau orang yang pernah dan biasa dengan kawasan tadika. Tidak boleh juga dikatakan pecah masuk.”

 

“Puan pernah ada pengalaman macam ini?”

 

“Ada juga. Tetapi berbeza-beza situasi. Beginilah. Ini pengalaman dulu.

 

Pertama, pernah tadika yang sedang direnovasi dipecah masuk. Habis semua barang kepunyaan kontraktor hilang. Waktu itu, tadika tiada wang dan aset di premis. Kerugian kontraktor hampir RM11,000. Banyak yang hilang termasuklah ‘copper pipe’ untuk aircond dan barang-barang besi.

 

Kedua, pernah kejadian premis dimasuki orang. Wang yang hilang. Kebetulan tiada laptop di premis. Tiada kesan pecah masuk. Yang ini dilaporkan sebagai kes pecah amanah. Ada situasi yang dilihat umpama orang dalam yang buat. Tetapi, tidak ada sebarang tahanan atau sesiapa yang disabitkan kesalahan.

 

Ketiga, pernah di pejabat 3 buah laptop hilang. Kecuaian staf keluar tidak kunci ofis. Besar juga kerugian. Semua fail dalam laptop juga hilang.

 

Keempat, van tadika di bawah jagaan pemandu, dicuri dari rumah pemandu sendiri. Kes difailkan sebagai kes curi. Yang ini, tuntutan insuran dibuat hingga selesai.

 

Kelima, van tadika dibawa keluar kawasan oleh staf dan tidak dipulangkan. Kes difailkan sebagai kes curi. Tuntutan insuran gagal, atas sebab staf yang bawa. Seolah atas keizinan. Jadi, tidak boleh dijadikan kes curi.

 

Keenam, kes curi barang-barang kecil. Ini termasuklah suis meter dan meter air besi. Ini dulu. Sekarang, meter air semua sudah guna bahan lain. Kes macam ini, masih perlu difailkan. Sekarang sudah jarang berlaku.

 

Ketujuh, pernah sekali 2 biji tayar van tadika diambil orang. Van itu, kita parkir di depan pemis tadika. Tayar kita yang baru diambilnya, dan digantikan dengan tayar yang botak. Yang ini, tidaklah saya failkan. Terpaksa tanggung saja kerugian menggantikan tayar baru. Walhal, tayar baru saja dipakai 6 bulan. ”

 

“Banyaknya, Puan! Berapa kali Puan naik turun balai polis dalam setahun?”

 

Saya ketawa. Gelihati juga. “Banyak juga. Minima 3 kali setahun.”

 

“Puan, jika hilang begitu, siapa yang tanggung?”

 

“Biasanya, dalam rekod kewangan, akan ada cara perekodan. Jadi syarikat akan rugi. Dalam kes kecurian besar macam kenderaan, susah sikit.”

 

“Susah macam mana?”

 

“Pengarah yang jadi ‘guarantor loan hire purchase’ yang kena tanggung. Biasanya bank akan kejar guarantor loan.”

 

Sambil mengangguk, rakan saya berkata, “Banyak juga yang saya tidak pernah dengar. Betullah. Semua bisnes ada risiko. Apabila sudah melaluinya, baru saya faham.”

 

Melihat wajahnya yang serius, saya menyambung. “Ada kes rompak yang lebih dahsyat sebenarnya.”

 

“Ya kah Puan? Kes apa?”

 

“Kes dimana, pengusaha bisnes sendiri merompak syarikatnya!”

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.