ANGKA-ANGKA DAN KEPUTUSAN BISNES

Ada banyak perkara teknikal yang dilalui dalam menjalankan bisnes. Mahu tidak mahu, ia sedikit sebanyak memberikan kesan emosi. Kesan ini khususnya kepada pendiri dan pengusaha bisnes, juga kepada orang di sekeliling mereka.

 

Saya pernah bertanya kepada ketua syarikat tempat saya bekerja. “Tuan. Apa Tuan buat jika ada keputusan yang susah untuk Tuan ambil? Susah betul saya mahu putuskan satu perkara ini.”

 

Beliau memandang saya seraya berkata, “Tangguhkan dahulu keputusan itu.”

 

Semenjak itu, saya mula melihat dengan sisi pandang yang baru tentang situasi membuat keputusan. Meskipun ia nampak ringkas dan biasa, pada masa itu ia memberikan saya banyak idea baru.

 

Ya, tangguhkan dahulu. Lakukan perkara lain, teliti dan lihat situasi lain yang perlu diberikan perhatian. Berikan diri masa bertenang. Meskipun pada kebanyakan masa kita mahu dan perlu menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa, masih kita perlukan masa bertenang.

 

Dalam satu situasi lain, “Puan, sebenarnya, tidak membuat keputusan juga satu keputusan.”

 

Memandangnya, saya berkata, “Tidak boleh begitu, Tuan. Kita akan menyebabkan banyak pihak tidak puas hati. Malah, mungkin ada yang teraniaya.”

 

Tidak membuat keputusan, memanglah satu keputusan. Namun, dalam bisnes, ia bukanlah satu perkara yan boleh dibuat pada setiap masa. Atau pada kebanyakan masa sekalipun.

 

Keputusan yang dibuat dalam bisnes sering melibatkan banyak pihak. Ia bukan sekadar diri sendiri. Ia membawa kesan kepada syarikat dan semua orang yang ada di dalamnya. Malah entiti dan pihak yang mempunyai hubungan bisnes dengan syarikat seperti pembekal dan pembeli juga terkesan dengan semua keputusan bisnes yang dibuat oleh setiap pendiri bisnes.

 

Pernah dalam satu mesyuarat, pembentangan laporan kewangan dibuat. “Puan, kita masih ada dua anak syarikat yang sehingga sekarang tidak pernah menghantar laporan kewangan. “

 

Kata seorang ahli mesyuarat, “Apa SOP kita dalam menguruskan situasi tidak patuh dan non-compliance dalam syarikat?”

 

Pegawai kewangan menyambung, “Saya sendiri sudah berjumpa dengan ketua setiap anak syarikat. Saya sudah tunjukkan laporan kewangan. Saya sudah terangkan kesan apabila input tidak diberikan, laporan kewangan yang betul tidak dapat disediakan?”

 

Ahli mesyuarat tadi menyoal semula, “Ya, kita tahu. Kemudian, jika sudah masuk hampir 10 bulan tiada sebarang input laporan kewangan dan hanya wang keluar saja yang ada, bagaimana? Apa tindakan kita?”

 

Kesemua 8 orang ahli mesyuarat senyap seketika. Ya, memang ada masanya sukar untuk membuat keputusan. Malah, ia lebih sukat apabila ketua-ketua anak-anak syarikat adalah antara pendiri bisnes yang awal.

 

Akhirnya, ketua syarikat menjawab, “Saya sendiri akan lihat perkara ini. Mahu tidak mahu, kita perlu pastikan semua anak syarikat diuruskan dengan betul. Kesannya kepada seluruh kumpulan syarikat. Bukan syarikat induk sahaja.”

 

Saya sendiri mendapati situasi pengurusan syarikat seperti ini, banyak yang mengambil masa. Bukan kerana ketua syarikt tidak mahu membuat keputusan. Lebih banyak ketua syarikat yang mahu memastikan keputusan yang diambil tidak memberikan kesan negatif.

 

Keputusan yang diambil oleh seorang ketua banyak melibatkan:
+ kedudukan kewangan syarikat

+ risiko atas nama baik syarikat dan jenama

+ morale dan maruah individu yang terlibat

 

Secara khusus, saya dapati, ketua-ketua syarikat dapat membuat keputusan dengan lebih mudah apabila mereka diberikan laporan dan maklumat yang objektif. Ia adalah laporan kewangan. Angka-angka yang sudah diproses dengan betul dan dianalisa. Ini memberikan gambaran serta asas kepada keputusan yang dibuat.

 

Pengalaman-pengalaman ini, bukanlah satu perkara yang dilalui sehari. Tetapi, bertahun-tahun. Bertabahlah, Teruskan menimba pengalaman dalam menjalankan bisnes.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.