Salah seorang Boss untuk salah sebuah anak syarikat bisnes berjumpa dengan saya. “Puan, staf yang saya ambil ini ‘slow’ sangat.”
Saya memusingkan badan dan bertanya, “Slow yang macam mana?”
Mengeluh panjang, Boss berkata, “Yalah. Masa mula-mula masuk, saya nampak potensinya. Bagus. Tetapi sekarang, macam dia dah tak boleh perform.”
Saya kira, saya perlukan maklumat lanjut. “Sudah berapa bulan staf itu masuk?”
Mengira-ngira dalam kepala, Boss itu menjawab. “Bulan ini, bulan kedua”
Dua bulan masih belum cukup lama. Seingat saya, bulan Disember sahaja, banyak hari cuti berbanding kerja. “Beginilah. Puan berikan input. Apa sasaran Puan kepada kerja staf itu dan apa situasinya sekarang. Minggu hadapan saya akan berjumpa staf itu.”
Ada sedikit nada kesal dalam tutur kata Bo situ. “Itulah…saya sudah tidak boleh bercakap dengan dia. Nanti marah sahaja jadinya.”
Dalam situasi kali ini, staf yang dinilai sebagai intrapreneur oleh Boss rupanya mempunyai ciri entrepreneur. Itu saja. Namun, memandangkan Boss punya banyak urusan lain, perlu ada bantuan dari bahagian lain. Ini dapat membantu staf baru yang masih dalam fasa mengenalpasti ini betul-betul mencapai sasarannya.
Sebaik sahaja staf itu duduk di hadapan saya, saya bertanya. “Tuan apa khabar?”
Senyum dengan tenag, rileks dan bersahaja dia menjawab, “Baik, Alhamdulillah.”
“Khabarnya Tuan bakal menyambut cahayamata?”
Matanya bercahaya. “Ya, yang pertama, Puan. Sekarang, saya tinggalkan isteri saya di rumah mertua. Maklumlah, masanya sudah dekat.”
“Oh…Tuan tinggal bersama mertualah ya? Dari Semenyih ke KL tidak jauhkah? Tuan memandu setiap hari? ”
“Ya. Sudah biasa, Puan.”
“Baik. Bagaimana dengan tugas Tuan sekarang?”
“Itulah…Bos saya baru sahaja berbincang minggu lepas untuk susunkan semula kerja saya. Sebelum ini saya dalam bahagian operasi, sekarang disusunkan semua bahagian inisiatif bisnes.”
”Macam mana perkembangannya?”
“Ya, Itu lah Puan. Saya sudah rancangkan. Saya sudah bertemu dengan beberapa syarikat luar. Saya sudah tawarkan pakej perkhidmatan kita. Begini….”
Mendapatai saya berada dalam penerangan bagaimana beliau menjalankan kerja, saya perlu kembali kepada objektif pertemuan.
“Tuan, beginilah. Saya tidak perlu tahu bagaimana dan apa cara yang Tuan akan tentukan untuk menjalankan kerja. Itu, Tuan boleh terus bincangkan dengan bahagian operasi dan Boss.
Saya sudah dimaklumkan yang Tuan sudah ada rancangan yang bagus. Sekarang, perlu jalankan. Buat terus!
Pertemuan saya hari ini dengan Tuan, atas kapasiti HR. Saya hanya merujuk kepada hasil. Sudah masuk minggu ketiga dalam bulan kedua Tuan bekerja. Saya lihat akaun syarikat tidak banyak bergerak. Maknanya, aktiviti bisnes masih belum ada.”
“Eh, Puan..bukankah duit dimasukkan ke dalam syarikat setiap 30 haribulan?”
“Tidak. Apabila Tuan jalankan sebarang transaksi, semua wang mestilah dimasukkan oleh pelanggan atau Tuan sendiri dalam akaun bank. Semak semua SOP kewangan. Ini, Tuan rujuk bahagian operasi.”
“ Itulah Puan. Saya perlu banyak belajar dengan Puan.”
“Tuan mahu belajar dengan saya? Bukan. Ini bukan tentang belajar. Sekarang perlu jalan dan buat. Belajar perkara baru dan dalam masa yang sama buat apa yang Tuan sudah tahu.
Dalam urusan membangunkan bisnes, tugas tuan yang khusus ialah memastikan adanya jualan khidmat dan pakej baru kepada pelanggan baru dan sedia ada. Saya dimaklumkan, perbincangan dan beberapa bisnes model yang bagus sudah ada. Sekarang Tuan perlu jalankan saja. Betul atau salah, untukng atau rugi, itu kemudian.”
Staf itu menganggukkan kepala. Saya tahu. Saya perlu berhentikan mana-mana bahagian perbincangan yang ada berunsur alasan dan penerangan. Mesti lebihkan kepada hal dan jalan penyelesaian.
Malah, Boss sudah mengingatkan saya untuk kekal dengan tempoh 3 bulan percubaan. Jika tidak ada perubahan, laporan beliau seterusnya akan membolehkan saya menamatkan khidmat staf ini.
Saya menarik nafas panjang. “Begini, Tuan. Tempoh tiga bulan pertama ini penting. Tuan masih ada sekitar lima minggu sahaja. Semakan saya terhadap prestasi Tuan, adalah berdasarkan rekod kewangan akaun syarikat untuk bahagian jualan servis tambahan.”
Dengan wajah serius, staf itu berkata, “Saya faham , Puan. Baiklah. Saya akan jalankan semua rancangan yang ada. Memang sudah ada banyak.”
Saya tahu saya perlu memaklumkan beberapa perkara yang agak menyakitkan. “Tuan, saya dmaklumkan Tuan sudah berbincang dengan Boss. Terma dalam semua surat tawaran Tuan hanya akan sah selepas tiga bulan. Dalam tempoh ini, kedua-dua belah pihak, Tuan dan syarikat masing-masing boleh membuat keputusan. Berhenti dan terus bekerja ATAU memberhentikan dan menamatkan terma pekerjaan.”
Memandang wajah saya yang masih serius staf itu menganggukkan kepala. “Ya, saya faham Puan.”
Lega melihat pemahaman staf itu, saya mahu menutup sesi. “Baiklah, Tuan. Ada apa-apa soalan tentang terma pekerjaan atau seumpamanya?”
Tersenyum melihat saya senyum, staf itu menjawab, “Buat masa ini tidak ada. Terima kasih, Puan.”