HAK dan RASA BERHAK

Adalah menjadi lumrah bagi manusia untuk menerima apa yang hak baginya. Ini banyak disebutkan dalam hal-hal yang melibatkan ‘human rights’. Hak bersuara, hak memilih dan macam-macam hak yang kita biasa dengar digunakan atas kapasiti individu.

 

Pada masa yang sama, menunaikan hak orang lain atau pihak lain juga menjadi satu keseimbangan apabila bercakap tentang hak individu dan perseorangan. Itulah kehidupan.

 

Rasa mempunyai hak dan berhak ini juga penting bagi seorang manusia untuk membina keyakinan diri. Ini yang banyak disebutkan sebagai ‘self-esteem’. Penting bagi setiap individu untuk merasakan haknya dalam sesuatu hal. Ini dapat meningkatkan daya percaya diri. Ini juga menjadikan seseorang sedar akan hak orang lain terhadap dirinya.

 

Sebagai seorang anak, kita tahu hak kita untuk menerima kasih sayang dan jagaan daripada ayah dan ibu kita. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa ibu dan ayah kita mempunyai hak-hak mereka yang perlu kita penuhi sebagai anak. Dalam sebuah keluarga, hak seorang suami dan isteri juga begitu.

 

Dalam konteks pengurusan organisasi, syarikat dan bisnes, situasi dan dan rasa berhak ini juga wujud. Pekerja tahu akan haknya menerima imbuhan atas tugas dan kerja yang dilaksanakan. Maka, majikan juga tahu mereka mempunyai hak menerima khidmat dan pelaksanaan tugas yang betul dengan pembayaran imbuhan tertentu.

 

Seorang pekongsi atau rakan kongsi dalam syarikat juga mempunyai hak dan berhak atas banyak perkara. Malah, dalam situasi pengurusan syarikat, banyak hal ehwal hak dan perkara yang sangkut-paut dengan siapa yang berhak dimaktubkan dalam perundangan tertentu.

 

Ambil contoh seorang pemegang saham dalam sebuah syarikat. Beliau berhak menerima dividen, menerima laporan tahunan syarikat, hadir mesyuarat dan mengundi dalam hal keputusan tertentu.

 

Pada masa yang sama, syarikat juga mempunyai hak tertentu seperti menerima modal daripada pemegang saham, diberikan kuasa pengurusan kepada kumpulan yang dilantik dan seumpamanya. Syarikat ini umpama satu entity dan jasad yang hidup juga.

 

Rasa berhak ini penting untuk menjadikan kita lebih yakin dan terus menjalankan tugas serta komitmen tertentu.

 

Namun, rasa berhak yang melampau dengan ‘expectation’ yang tidak diurus akan menjadikan seseorang kacau-bilau. Malah, sebuah syarikat juga boleh runtuh akibat perkara ini.

 

Ambil satu contoh mudah. Apabila seorang staf bekerja, mereka berhak menerima imbuhan gaji yang dijanjikan. Apabila mereka melakukan kerja yang melangkaui bidang tugas, mereka mudah terdorong untuk memikirkan bahawa mereka berhak untuk mendapat bayaran lebih dan kenaikan gaji.

 

Rasa berhak ini, apabila tidak diselarasakan dengan realiti (termasuklah polisi syarikat), akan mengakibatkan situasi yang menekan. Staf berkenaan dengan sendirinya akan mudah kecewa dan tidak berpuas hati.

 

Dalam situasi keluarga juga, banyak berlaku. Apabila seorang isteri melakukan kerja rumah dengan baik, beliau dengan sendirinya memikirkan bahawa beliau berhak untuk dipuji. Apabila rasa berhak ini menjadi keutamaan baginya, apabila tiada yang memuji kerjanya itu, beliau dengan sendirinya kecewa.

 

Seorang ketua syarikat yang merasakan dirinya berhak diikuti, sudah tentu mengharapkan ketaatan dan hasil yang maksima daripada ahli timnya. Beliau juga biasnaya akan menjangkakan bahawa semua staf dan ahli tim akan sentiasa patuh dan mengikut kata.

 

Sebaiknya, semua perkara mestilah mudah diuruskan. Pengurusan mesyuarat yang mudah, kerjasama yang tidak perlukan banyak pemantauan adalah antara perkara yang ideal. Beliau yakin, itu adalah haknya sebagai ketua.

 

Rasa berhak yang tidakselaras dengan realiti pengurusan syarikat cukup menyakitkan. Apabila staf dan ahli tim tidak memberikan kerjasama, beliau dengan mudah akan rasa kecewa dan tidak puas hati. Malah, ada sesetengah situasi boleh menyebabkan ketua syarikat melakukan perkara yang lebih memburukkan keadaan. Ini juga boleh menyebabkan ahli timnya tidak selesa bekerja dan berhenti kerja.

 

Rasa berhak atas hak seperti ini, mesti dikendalikan dengan betul. Ianya perlu bagi setiap orang untuk terus yakin dalam kehidupan. Pada masa yang sama ia, mesti dikawal dan diselaraskan dengan realiti semasa agar ianya tidak menjadi satu kekcewaan diluar kawalan.

 

Seorang rakan kongsi syarikat merasakan dirinya berhak untuk menjadi ketua. Namun, nama beliau tidak dicalonkan. Dengan sendirinya, rakan kongsi yang merasakan jawatan itu adalah haknya, akan mengalami tekanan. Situasi ini banyak berlaku apabila rasa berhak mengatasi rasional dan keperluan yang lebih utama.

 

Ini menjadikan beliau tidak mahu menjalankan tugas sedia ada dengan sebaiknya. Malah, beliau mula mengasingkan diri, rasa tersisih dan situasi menjadi lebih buruk apabila beliau mula menyemai rasa hasad dan dengki.

 

Sebagai individu yang mahukan kebaikan, kita mempunyai tugas dan berhak menjalankan tugas ini bersama-sama. Rasa berhak dan menjaga hak ini, merupakan tugas kita semua. Tidak kira sama ada dalam kehidupan peribadi, kerjaya atau bisnes, ia sentiasa ada.

 

Selain daripada hak, menuntuk hak masing-masing dan mendapatkan apa yang berhak kita dapat, ‘ihsan’ merupakan satu lagi perkara yang perlu didalami.

.
NORAMINAH OMAR
15.3.2016
Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.