KUASA DAN KETUA

“Puan, saya tak boleh lah kerja dengan dia. Saya sudah beri makluman dan susun tugasan dengan tim.

 

Kemudian, dia beri arahan lain kepada timbalan saya. Bingung jadinya tim saya. Asalnya elok susunan kerja, jadi kucar-kacir!”

 

Saya terdiam. Saya sekadar diam dan mendengar ayat-ayat yang seumpama butiran peluru tanpa henti itu.

 

“Puan…kalau Puan macam mana?”

 

“Macam mana apanya?”

 

“Yalah. Kalau orang lain ‘over rule’ kita. Dia sudah lantik saya jadi ketua projek, sepatutnya biarlah saya yang jalankan kerja saya.”

 

Antara marah dan sedih, nampaknya 2 perkara sudah bercampur aduk. Saya menarik nafas panjang. Dalam banyak situasi pengurusan, memang begitu. Situasi kali ini ada perkara lain yang perlu pembaca ketahui.

 

Biasanya, dalam pengurusan sebuah syarikat, kita banyak menjalankan projek selain daripada tugasan yang khusus. Projek ini berbentuk kecil, sederhana atau besar bergantung kepada apa keperluan pada masa itu.

 

Ini menyebabkan banyak urusan dan susunan kerja seringkali bercampur-aduk. Malah ada masanya, orang yang sama perlu melakukan 3-5 tugasan. Ada juga yang menjadi ketua dan memegang tugasan khusus kepada beberapa projek secara serentak.

 

Situasi ini memungkinkan banyak perkara kecil yang boleh menggangu perjalanan pengurusan bisnes atau projek. Ini termasuklah:

 

+ situasi yang melibatkan rasa tidak puas hati

+ ahli tim yang terganggu dengan adanya konflik tugas dan arahan baru

+ penyelarasan maklumat yang lebih kerap diperlukan

 

Untuk yang paling mudah, berikut boleh dilakukan:

 

+ semak bidang tugas masing-masing

+ pastikan bercakap dan berkomunikasi dengan bahagian/unit/ketua yang betul

+ apabila ada maklumat/arahan yang berbeza daripada yang asal, dapatkan pengesahan daripada kedua-dua pihak (yang memberi maklumat asal dan baru)

+ pastikan rujukan dalam bentuk bertulis untuk memudahkan urusan

+ kendalikan dan hadir dalam perjumpaan dan mesyuarat berkaitan

 

Bagi seorang ketua pula, kita juga akan ada rasa risau, gusar dan bimbang. Ini sering menjadikan kita panik hanya dengan melihat satu perkara. Walhal, perkara yanag utama yang membolehkan perkara yang satu itu selesai sedang berjalan dengan lancar.

 

Memang sukar bagi seorang ketua untuk melepaskan sahaja tim atau ketua projek yang dilantik menjalankan tugasnya.

 

Namun, bagi seorang ketua, adakalanya pelajaran kepada ahli tim itu memerlukan kita bersedia menanggung kerugian. Masa, tenaga dan wang adalah antara kerugian yang mesti kita sanggup tanggung untuk membolehkan ahli tim mengembangkan kebolehan diri.

 

Meskipun begitu, sudah tentu ada cara untuk meminimakan kerugian, termasuklah dengan mengadakan perjumpaan untuk menyelenggara dan mengemaskinikan maklumat projek.

 

Situasi tidak puas hati begini biasa sahaja. Ia banyak bergantung kepada kita sebagai ketua dan ahli tim itu sendiri untuk memastikan mereka dapat melalui situasi bingung, banyak arahan dan keliru dalam menyelesaikan tugasa.

 

Yang pasti, setiap seorang merupakan individu yang penting dalam organisasi dan pengurusan.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.