Resign & Quit

Petang itu rakan sepejabat datang duduk di sebelah saya. Dia berkata, “Puan, saya sudah buat keputusan. Saya nak ‘resign’.”

 

Saya berhenti memandang laptop yang penuh dengan fail terbuka. “Puan betul-betul ni?”

 

“Betul. Saya sudah buat keputusan. Puan pernah tidak rasa macam takut mahu ‘quit’?”

 

Berfikir sejenak, saya menjawab. “Pernah.”

 

“Apa pengalaman Puan?” dia tertanya lagi.

 

Saya mengeluh. Memandangkan rakan saya itu benar-benar mahukan saya berkongsi, saya menyambung, “Begini, alkisahnya.”

 

Rakan saya itu tersengih. Belum sempat saya sambung dia berkata, “Puan macam mahu bercerita dongeng pula.”

 

Saya ketawa kecil. “Begini. Saya pernaha berasa sangat takut mahu ‘quit’. Pada masa itu, saya menguruskan bisnes sendiri. Masuk tahun keenam, saya sudah mula bertambah runsing. Selain daripada kesilapan dalam hal pengurusan, ada banyak perkara yang terlepas dari rekod.”

 

“Ini termasuk kes kewangan?”

 

“Ya. Ada perbelanjaan yang datang tiba-tiba dalam amaun yang besar. Tidak masuk dalam bajet. Ada pula, caj-caj tambahan yang saya tidak dimaklumkan lebih awal. Memang pendapatan syarikat besar. Memang saya boleh hidup senang. Tapi saya tahu. Saya tak akan ‘kaya’ dalam definisi yang saya mahukan.”

 

Rakan saya diam. Dia tiba-tiba bertanya, “Apa definisi ‘kaya’ pada Puan?”

 

Saya menarik nafas. Dalam dan panjang. “Saya ini umur semakin bertambah. Saya mahu hidup tanpa perlu menambah hutang. Itu saja. Lebih besar bisnes, sepatutnya hidup lebih mudah dan tenang.”

 

Memandang saya, dia berkata, “Habis, sekarang macam mana?”

 

Saya bertanya semula, “Macam mana apa?”

 

“Kerja Puan sekarang? Puan hidup lebih mudah dan tenangkah?” soalnya bersungguh-sungguh.

 

Saya senyum. Kelakar pun ada. “Sekarang, hidup saya lebih tenang. Tetapi masih susah.” Saya tanpa sengaja ketawa. Ketawa yang betul-betul ketawa.

 

“Puan ini…saya serius. Janganlah ketawa…” rakan sekerja saya mula mencebik.

 

“Ya, saya serius juga.”

 

“Puan, macam mana Puan buat keputusan ‘quit’ itu? Puan tak takut?” soalnya lagi.

 

“Memang takut. Macam-macam fikir. Apa nak buat selepas berhenti? Apa kata orang? Macam mana dengan hutang sedia ada? Kalau kawan sekarang lari macam mana? Macam-macamlah….” Panjang saya menerangkan.

 

Memang itulah hakikatnya. Semasa saya membuat keputusan untuk ‘quit’ daripada bisnes pertama, memang banyak ketakutan.

 

“Ha, yang Puan nak ‘quit’ sekarang apa halnya pula?” saya yang menahan rasa ingin tahu akhirnya tewas.

 

Wajah rakan saya berubah. “Itulah. Saya pun sudah fikir panjang. Saya rasa, saya memang tak akan dapat capai apa yang saya mahu dalam syarikat ini. Saya sudah hilang percaya.”

 

Kata-katanya jadi misteri. Spontan saya berkata, “Hilang percaya?”

 

“Puan, yang tinggal hanya rasa hormat. Tiada lagi percaya.”

 

Melihat rakan saya itu mula bersedih, saya menyambung, “Beginilah Puan. Sekiranya ia bersifat peribadi, saya cadangkan tangguhkan dahulu keputusan Puan. ‘Don’t make permanent decision based on temporary situation.’

 

Semak semula ‘the BIG WHY’ Puan masuk bekerja di sini. Tapi, sekiranya ia berkenaan konflik antara nilai peribadi dengan nilai syarikat, saya tidak halang. ”

 

Rakan saya itu diam. Saya juga tidak mahu menyambung bicara. Dalam situasi tempat kerja yang banyak bidang dan skop, situasi saya mungkin jauh sama sekali berbeza untuk dibandingkan dengan situasi beliau.

 

Malam itu, sampai di rumah, saya masih termenung. Tawa dan tangisan anak silih berganti, menemani rasa dan fikir, sepanjang 12 jam di rumah.

 

.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.