Tuan berbaju biru mengangkat tangan. Dari hadapan kelas, saya menganggukkan kepala dan berkata, “Ya, Tuan.”
Lelaki itu berkata, “Puan, syarikat pun belum saya ada. Bisnes sekarang masih kecil-kecilan. Takkanlah saya sudah perlu rancang untuk ‘exit’?”
Saya senyum. Memandang kepada semua 35 orang peserta kelas dalam bilik itu, saya menyambung.
“Tuan dan Puan biasa pergi membeli-belah?”
“Biasa…!” Hampir 90% peserta menyahut dengan senyuman dan sedikit ketawa.
Saya menyambung lagi, “ Saya yakin, setiap kali Tuan merancang masuk ke Mall, Tuan sudah tentu akan perhatikan di mana pintu masuknya dan secara automatic, Tuan akan melihat dan memastikan yang Tuan tahu jalan keluarnya nanti. Betul?”
Seluruh bilik kelas itu agak sunyi seketika. Saya menarik nafas dan menyambung, “Apabila kita mempunyai objektif bisnes yang jelas mahu dicapai, maka begitulah juga. Secara automatic, apabila kita masuk bisnes, kita juga memikir dan merancang jalan mana yang kita akan ambil untuk keluar.”
Melihat beberapa orang peserta mengangguk-anggukkan kepala saya berhenti sebentar. Saya masih dipandang terus dengan 35 pasang mata yang sebahagian besarnya seperti mahu menelan saya.
Saya berkata lagi, “Kita juga akan menentukan bila masanya kita akan keluar. Objektif dan tujuan bisnes yang biasa kita sebut “the BIG WHY” ini akan menentukan bagaimana kita membawa syarikat bisnes kita ini nanti.”
“Puan, maknanya nanti macam mana? Saya dah tak jalankan bisnes itu lagi ya? ‘Exit’ plan itu macam mana?” Seorang peserta yang memakai baju kemeja berjalur merah dan biru bersuara.
Saya senyum. Gembira kerana tahu peserta sudah nampak apa yang dimaksudkan. “ Begini, Tuan. We are not working in the business but working on the business. Dengan kata lain yang mudah, kita tidak lagi menjalankan kerja operasi bisnes, tetapi membina dan mengembangkan syarikat.”
Saya bergerak ke kanan bahagian kelas. Memberikan sedikit gerakan kepad amata peserta dan pada masa yang sama meregangkan otot kaki yang sudah lama berdiri.
Saya menyambung. “Sudah tentu kita mahukan bisnes ini berjalan dan berlangsung lebih lama daripada usia kita sendiri. Tetapi, biasanya ada 3 cara yang diambil untuk ‘exit’ dalam satu-satu bisnes.
Pertama, jual saja bisnes itu. Ramai yang melakukan ini dan mereka mulakan bisnes atau menjalankan aktiviti bisnes lain dengan wang yang ada.
Kedua, besarkan bisnes itu. Maknanya, orang lain akan menguruskan bisnes itu untuk kita.
Ketiga, miliki secara pasif. Bermakna pegang saham sahaja dalam syarikat bisnes itu. “
Seorang peserta berbaju kemeja bunga-bunga mengangkat tangan. “Puan, macam bisnes kecil yang saya buat sekarang. Saya nak anak-anak saya yang mewarisinya. Boleh?”
Saya senyum. Saya tahu. Ini banyak ada dalam fikiran semua peserta. Mahu berbisnes agar anak-anak mereka tidak perlu cari kerja. Boleh kerja terus dalam syarikat ayah dan ibu mereka.
Saya menjawab, “Boleh saja, Tuan. Ia bergantung kepada “the bIG WHY” tadi. Apabila memang Tuan sudah rancang ianya sebagai bisnes yang dijalankan oleh keluarga, persediaannya juga mesti ada.”
Memandang jam yang terpapar pada komputer yang saya gunakan sebagai alat bantu, saya menyambung. “Tuan dan Puan. Saya kira kita rehat dahulu 5 minit sebelum kita sambng perbincangan.
Kelas berehat sebentar…