Syarikat Suami Isteri

Hari itu saya mengendalikan satu lagi kelas pengurusan. Kali ini, kehadiran melebihi 30 orang. Manakala, pesertanya pula hampir 90% sudah berbisnes selama lebih 3 tahun. Uniknya, mereka masih menjalankan bisnes dengan lesen ‘enterprise’.

 

Sepasang suami isteri menemui saya. Kombinasi pasangan yang saya lihat cocok berbisnes. Seorang ansar dan seorang muhajirin.

 

“Puan ada terangkan tadi mengenai mencari partner dalam syarikat. Puan, apa ciri orang muhajiirn dan ansar ni sebenarnya. Saya rasa saya orang ansar. Tapi dalam bisnes ni, saya yang ‘lead’. Suami saya masih bekerja. Jadi dia tak boleh buat bisnes ni ‘full time’.” Seorang perempuan yang berbaju hitam berbunga putih bertanya saya selepas saya umumkan kelas berhenti rehat.

 

Saya senyum dan angguk perlahan. “Sebenarnya, ada ramai orang yang mempunyai kedua-dua ciri ‘muhajirin’ dan ‘ansar’. Biasanya, ramai juga yang boleh bertukar dan memegang kedua-dua posisi apabila berada dalam situasi tertentu.”

 

Puan itu masih memandang saya. Dia menyambung. “Itulah Puan. Bukan apa. Saya dan suami sudah lama berbisnes. Dalam syarikat ada 3 orang. Saya, suami dan seorang lagi partner. Saya sudah habis idea bagaimana mahu kembangkan syarikat.”

 

Saya bertanya kembali. “Puan masih mahu nama Puan dan suami ada dalam syarikat bersama, begitukah?”

 

“Ya. Itulah, Puan. Dalam penerangan syarikat tadi, kami difahamkan kami tidak boleh ada dalam satu syarikat. Macam mana Puan? Sebenarnya, saya ini ansar. Suami saya muhajirin. Cuma, sebab dia orang kerajaan, saya ambil peranan ansar dan muhajirin sekaligus.” Jelasnya lagi.

 

Saya faham. Ini antara situasi biasa bagi ramai perempuan yang berbisnes. Antara keperluan membuat keputusan untuk bisnes dan ‘masih terus bersama suami’ dalam syarikat.

 

Saya bertanya lagi. “Puan sudah jelas dengan senario dan situasi apabila nama kita sebagai suami dan isteri ada dalam satu syarikat?”

 

Sambil mengangguk dia berkata, “Ya. Saya jelas. Malah, tentang cara pegawai kerajaan berfikir dan membuat keputusan yang Puan sebut itu juga sangat benar!”

 

Saya diam. Dia masih memandang wajah saya dan berkata lagi. “Tapi, itulah Puan. Bagaimana saya boleh kekalkan nama kami suami isteri dalam syarikat , tanpa ada konflik itu? Jika tidak, memang susah saya mahu mengenbangkan syarikat.”

 

“Beginilah, Puan. Saya sendiri tidak tahu bisnes dan situasi Puan sebenar. Secara amnya, Puan dan suami boleh saja duduk dalam satu syarikat. Buat satu syarikat yang ada nama Puan dan suami sahaja. Tetapi fungsinya hanya untuk memegang saham dalam anak-anak syarikat.” Saya menarik nafas panjang.

 

Kemudian saya menyambung, “Dalam anak syarikat A yang mengkhusus kepada satu cabang bisnes, biar Puan yang ketuainya. Syarikat B pula, biar suami Puan yang ketuainya.”

 

Belum sempat saya menyambung dia berkata, “Tapi, Puan suami saya orang kerajaan. Dia biasa gunakan nama saya sebagai proksi.”

 

Saya senyum. Terus saya berkata, “Mudah saja. Dalam syarikat B, biar suami Puan cari proksi lain. Kuncinya, Tuan dan Puan mesti menguruskan syarikat dan membuat keputusan tanpa gangguan.”

 

Dia memandang saya dengan dahi berkerut. Lalu dia bertanya, “Gangguan? Gangguan apa yang Puan maksudkan?”

 

Spontan saya menyambung. “Gangguan perasaan dan rasa. Elakkan situasi kita rasa isteri mesti taat pada suami. Kemudian ada rasa pula bahawa suami itu ketua. Kita perlu ikut katanya. Begitu. Mengurus syarikat dengan kita suami dan isteri sama-sama ada kuasa membuat keputusan, terdorong diurus macam kita mengurus rumah tangga.”

 

Dia mengangguk. Serius, namun wajahnya masih terpancar kelembutan seorang ibu dan isteri. “Saya faham maksud Puan. Maknanya jika saya buka satu syarikat dengan suami, syarikat itu bukanlah syarikat yang menguruskan atau menjalankan operasi bisnes. Hanya pegang saham dalam anak syarikat. Jadi tidak perlulah saya banyak mesyuarat operasi bersama suami untuk buat keputusan.”

 

Teruja kerana melihat dia jelas, saya terus berkata, “Betul tu Puan! Tepat sekali! Syarikat A, Puan yang uruskan. Jika Puan perlukan orang muhajirin, bawa masuk rakan kongsi yang lain. Syarikat B, suami Puan uruskan. Jika beliau perlukan orang ansar, bawa masuk rakan kongsi baru.”

 

Saya kira, perkara yang mengganggu fikiran Puan itu, terlerai sedikit dengan penerangan yang saya berikan. Adakalanya, bahagian pelaksanaan ialah perkara yang paling mencabar dalam urusan menyusun tugas dalam syarikat.

 

Pun begitu, saya lihat sinar yakin bercahaya dalam bilik latihan pada hari itu.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.