Edisi Khas PASCA KONGRES 2016 : SOROTAN UMUM

kongres sekolah bisnes 2016
www.kongres.co

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan dan Puan pembaca blog www.noraminahomar.com.

Saya mengucapkan terima kasih, atas masa yang  Tuan dan Puan lapangkan untuk mengikuti dan membaca tulisan-tulisan yang saya terbitkan setiap ISNIN dan KHAMIS.

.

12809729_510812015769382_5612825600956976529_n
Sebahagian daripada AJK tim penganjur program bersama Puan Ainon Mohd.

 

.

Sepanjang 2 minggu ini, tulisan yang akan dipaparkan akan memberi ruang kepada konten dan juga catatan berkenaan KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 yang telah berlangsung pada 2-3 April 2016.

.

12472792_1251774348184805_589520255703399023_n
Saya bersama sebahagian Tim ABS Education.

.

Justeru, artikel dan tulisan yang berkenaan, saya sudah susunkan masa terbitannya sepanjang minggu bermula pada 4.4.2016.

Sorotan umum ini adalah yang pertama.

.

Tuan dan Puan pembaca sekelian.

.

bersama CEO ABS Holdings
Sebahagian ALP ABS Education bersama CEO ABS Ainon Holdings Sdn Bhd

.

Dalam banyak hal, kini saya lebih memahami tugas dan etika sebagai seorang penulis dan pencatat yang hadir sendiri dalam program dan acara, berbanding dengan mereka yang hadir separuh, sekali-sekala, dan yang langsung tidak wujud dalam program.

.

Kata orang, “Seeing is believing.”

Saya mahu sambung, “Don’t just see to believe, be fully present to apprehend.”

.

grup
Percayalah, senyuman itu hanya untuk bergambar. Badan penat, minda sarat dan jiwa berat. – “Only those who attend can apprehend.”

.

 

Secara amnya begini:

+ Mereka yang hadir, menerima input yang sama TETAPI mengambil ‘take-away’ yang berbeza.

+ Mereka yang hadir, mendengar semua penyampaian dan slot TETAPI memilih apa yang mereka mahu dengar dan apa yang mereka mahu lakukan.

+ Mereka yang hadir, mempunyai tujuan dan objektif bisnes yang khusus TETAPI mempunyai tujuan peribadi yang berbeza.

+ Mereka yang hadir, mendapat manfaat yang optimum HANYA apabila mereka bersedia.

.

kongres 2016
Antara Slot Utama pada 2.4.2016

.

Rata-rata newsfeed FB pada hari kejadian iaitu 2 – 3 April, dipenuhi dengan gambar, nota-nota catatan peribadi dan juga tulisan pendek yang sempat masing-masing rakamkan. Mereka yang hadir tanpa ‘power bank’, terpaksa diam-diam tanpa posting gambar dan nota.

.

booth education 2
Meja pameran Sekolah Bakat

.

Mereka yang lebih ‘power’, menulis terus di laman-laman peribadi tentang setiap slot dan program serta acara yang mereka hadiri.

.

booth education
Sebahagian daripada warga kerja meja pameran.

.

Secara amnya, KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 memang membawakan kelainan dari segi konten. Ada beberapa ‘highlight’ yang saya mahu ketengahkan.

 

Saya mengucapkan tahniah dan bangga dengan pencapaian semua pihak yang terlibat dalam pengenjuran program ini.

jelajah
Antara program Jelajah Bisnes sempena Kongres Sekolah Bisnes 2016

.

Bermula dengan perancangan dan inisiatif yang banyak, mereka berjaya menamatkan penganjuran program dengan lancar.

.

Persiapan Kongres 2016

14043_509862735864310_8754257727396692602_n12936717_510011159182801_465239973967746546_n

.

Berikut adalah perkara positif yang saya mahu kongsikan.

      1. Kongres sentiasa membawakan topik yang memberikan cabaran baru.
      2. Pengurusan program di lokasi yang sama dengan model yang serupa membolehkan penganjur dan peserta lebih selesa membawa diri masing-masing.
      3. Kepelbagaian latar belakang peserta menjadikan program lebih meriah dan memberi makna untuk proses membina jaringan berjalan.
      4. Konten yang pelbagai dan luas, memberikan semua jenis bisnes dan semua fasa bisnes ‘blend in’ dengan selesa.
      5. Pengulangan kehadiran peserta juga dilihat agak signifikan. Ada yang hadir 3 tahun berturut-turut dan ada yang pernah hadir Kongres 1, terlepas kongres 2. Ada yang tidak hadir Kongres 1, tetapi hadir Kongres 2.

.

key person
Bersama Tuan Zusuff Kan, ALP ABs Ainon Holdings Sdn Bhd dan Tuan Hisham, Rakan Bisnes TABS Johor

.

Walaupun begitu, ada beberapa situasi yang perlu dan wajar dilihat semula oleh penganjur dan peserta kongres.

1. Dengan kepelbagaian konten termasuk 5 forum, 4 sesi khas, 3 slot utama, dan 16 sesi selari, apakah mereka yang hadir ke kongres memberikan fokus yang betul kepada konten serta acara yang mereka pilih untuk hadiri?

2. Apakah ahli kongres dapat menerima dan memproses input yang berbentuk teknikal, terkini dan analitikal daripada semua pembentang?

3. Dengan susunan program yang padat, iaitu konten yang banyak dalam masa yang pendek untuk setiap satu topik, apakah ahli kongres benar-benar mendapat input dengan impak yang maksima?

.

strategic facilitating
Bersama Tuan Yusry, ALP ABS Ainon Holdings Sdn Bhd yang penuh idea dan seorang fasilitator bisnes.

.

.

Saya mengetengahkan ini, apabila mendapati sebahagian daripada ahli kongres yang hadir, memilih untuk tidak hadir secara fizikal di dalam dewan program.

    • Sebahagiannya pula hadir dengan versi ‘I take what I want, I leave the rest behind.’
    • Sebahagian pula duduk dengan wajah, ‘How does this relate to my business? It doesn’t make sense.”
    • Sebahagian pula memberi ‘look’ yang berkata, “Penatnya. Tapi tak apalah, duduk sini sejuk, ada air-cond.

.

Adalah tidak adil untuk saya secara peribadi menghukum dan melabelkan ahli kongres yang hadir dalam program 2-3 April 2016.

.

bersama ALP
Bersama Puan Irnee, CFO ABS dan Tuan Redzuan, ALP ABS Ainon Holdings.

.

Pun begitu, kepada mereka yang benar-benar hadir dengan tubuh, nyawa dan jiwa (physically, emotionally and spiritually) sepenuhnya sepanjang program, sudah tentu mereka pulang dengan badan yang letih, minda yang sarat dan jiwa yang berat.

.

tim education
Bersama Penasihat BBMT, Prof Abdullah Hassan dan Penulis , Cikpuan Azzah

.

Antara fakta Kongres ABS:

          • Kongres SEKOLAH BISNES 2016 membawakan konten yang lebih berat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
          • Kongres SEKOLAH BISNES 2016 membawakan objektif yang kekal sama semenjak ia dijalankan pada tahun 2014.
          • Kongres SEKOLAH BISNES 2016 melalui evolusi yang perlu diadaptasi oleh ahli-ahlinya.

.

Andai mereka hanya ‘pick and choose’, ‘present yet absent’, apakah objektif kongres dapat dicapai sebagaimana yang dimahukan?

.

santai
Santai semasa waktu rehat.

.

Andai begitu, bagaimanakah pula pendekatan KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 yang bakal diambil untuk menyahut cabaran baru untuk tahun 2017?

.
Apakah kerja-kerja menyatukan ‘pelbagai kumpulan pemegang bendera yang berbeza’ agar terus dikumpulkan dalam satu kafilah yang sama untuk membina ekosistem bisnes dapat diteruskan?

Apakah cabaran ini, hanya semata-mata dilihat oleh pihak penganjur?

 

Saya tutup catatan saya ini dengan satu soalan:

 

Apakah ahli kongres bersedia untuk hadir semula pada tahun 2017 dan berkongsi kesan baik, pencapaian dan hasil daripada Kongres 2016?

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.