PASCA KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 Bahagian 2 : UCAPAN PERASMIAN

PASCA KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 Bahagian 2 : UCAPAN PERASMIAN

12932739_1269788123051147_806090895133492190_n

.

Aturcara untuk Kongres 2016 kali ini sedikit berbeza. Seawal jam 9 pagi, ia dimulakan dengan sebuah FORUM.

.

Secara teknikalnya, saya melihat ini dapat memastikan mereka yang hadir mendapat intipati serta faham akan halatuju sebenar Kongres Sekolah Bisnes 2016.

.

Kali ini, saya lihat gagasan yang diletakkan merupakan satu tugas besar dan tanggungjawab yang berat kepada penganjur pada tahun-tahun akan datang.

Uapan pembukaan pada hari itu disampaikan oleh Tuan Hir Effendy Md Tahir selaku CEO ABS AINON HOLDINGS SDN BHD.

1916195_510288582488392_4954175363480744867_n

Kali ini, dengan kehadiran peserta seramai hampir 320 orang, Tuan Hir kelihatan berusaha untuk menjaga ‘pace’ ucapan beliau.

 

Nampak bersahaja, tetapi bagi saya yang duduk di hadapan sekali, saya dapat merasakan tekanan itu.  Beliau cuba mengawal gaya dan cara bercakap untuk menyebut satu persatu, perlahan-lahan dan jelas.

 

Alhamdulillah, meskipun dalam keadaan yang agak ‘tense’, mesej yang mahu disampaikan nyata sampai dengan selesa kepada ahli kongres.

.

Pada setiap susunan kandungan yang beliau baca, ahli kongres dapat menangkap intipatinya.

 

Secara peribadi, saya jelas bahawa ABS mempunyai strateginya yang mampan. Saya mendoakan agar apa yang dicita-citakan dan diusahakan oleh ABS dapat direalisasikan dengan penuh kesungguhan.

 

Dilampirkan dalam tulisan ini, TEKS UCAPAN PENUH sempana UPACARA PEMBUKAAN Kongres Sekolah Bisnes 2016.

.

ucapan perasmian
Tn Hir Effendy Md Tahir, CEO ABS AINON HOLDINGS SDN BHD.

 

.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

Selamat datang saya ucapkan. Hari ini, 2 April 2016, merupakan ‘Hari Raya’ bagi warga kerja ABS khususnya dan SEMUA ahli ABS amnya.

 

Kehadiran Tuan dan Puan hari ini, di Kongres Sekolah Bisnes 2016, menyaksikan ratusan individu yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang bisnes.

 

Tidak kiralah apa tujuan masing-masing, apa yang pasti semua yang hadir mahu membawakan kebaikan. Kebaikan kepada diri, syarikat bisnes, rakan-rakan bisnes dan kebaikan kepada seluruh alam.

 

Sebenarnya, persiapan Kongres bermula seawall Ogos tahun 2015. Namun, persediaan rancak bermula sejak 3 bulan lalu. Dan yang paling mendebarkan, ialah semalam, apabila kami di ABS sendiri menerima limpahan pendaftaran saat akhir.

 

Tuan dan Puan,

 

Kongres ABS bermula pada tahun 2014. Ia berlangsung apabila adanya keperluan dan permintaan oleh ahli ABS sendiri.

 

Idea perkongsian, penyampaian maklumat dan penerangan terus kepada ahli, menjadikan kongres 2014 berjalan dengan jayanya dengan membawa tema “Kaya dengan Mengkayakan”.

 

Waktu itu, kita sudah melalui satu fasa penetapan ‘mind set’. Kita mesti kaya bersama-sama. Kita berbisnes bukan seorang-seorang. Kita gunakan syarikat sebagai kenderaan membina kekayaan bersama.

 

Kongres ABS kedua, pada tahun 2015, membawa satu input berbentuk semasa. ABS sendiri berkongsi dengan ahlinya tentang bagaimana syarikat dan anak-anak syarikat di ABS, melalui “fasa survival 3 tahun dalam bisnes”.

 

“Fasa Survival 3 tahun dalam Bisnes “ ini juga menjadi tema Kongres ABS untuk tahun 2015.

 

Tema yang berbentuk semasa ini, dilhat selari dengan keperluan perkembangan majoriti ahli ABS sendiri. Ada yang baru bermula, sedang dalam fasa validasi dan ada yang sedang berkembang.

 

Pada tahun itu juga, Kongres ABS membincangkan tentang persediaan untuk melalui situasi gawat yang dijangkakan.

 

Tuan dan Puan,

 

Tahun 2016 merupakan tahun kritikal bagi kebanyak bisnes. Tidak ketinggalam bagi ABS.

 

Dengan kesan GST dan isu-isu ekonomi dalam dan luar negara, semua sedia maklum, akan impaknya kepada bisnes kita.

 

Bagi syarikat kecil dan sederhana, tahun 2016 merupakan tahun getir yang perlu dilalui dengan tabah. ABS sendiri, banyak membuat keputusan bisnes demi memastikan survival mereka.

 

Ada syarikat ditutup, ada juga bisnes diberhentikan. Malah, ada staf yang terpaksa menerima gaji leih lambat daripada biasa.

 

Tetapi, pada masa yang sama, banyak juga inisiatif baru berjalan. Anak-anak syarikat baru dibuka, kemasukan rakan kongsi baru dalam syarikat-syarikat yang berkembang bertambah. Malah ada model bisnes baru diperkenalkan.

 

Tuan dan Puan,

 

Kongres 2016 kali ini, kita panggil sebagai “KONGRES SEKOLAH BISNES”.

 

Dengan mengekalkan konsep yang masih sama, perlaksanaan dan kontennya diberikan nafas baru. ‘Positioning’ Kongres ABS sudah melalui evolusi. DARIPADA kongres ABS kepada sebuah KONGRES SEKOLAH BISNES .

 

Tahun ini, KONGRES SEKOLAH BISNES, membawa tema “Membangun bersama Intrapreneur”.

Ia umpama, memberikan cahaya dengan warna baru kepada sebuah dewan yang sudah terang benderang.

 

Tuan dan Puan,

 

ABS sudah dikenali sebagai ‘Sekolah Bisnes yang Menjalankan Bisnes’. Sejak tahun 2013, ABS dibangunkan, itulah yang dipasakkan dalam pemikiran semua ahlinya.

 

Sedar atau tidak, KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 juga, merupakan salah satu aktiviti bisnes yang dijalankan oleh ABS.

 

Dengan erti kata lain, Tuan dan Puan, dengan sendirinya sudah menjadi sebahagian daripada ekosistem besar dalam ABS itu sendiri.

Itulah antara sebab, Puan Chairman kita sendiri, Puan Ainon, bersungguh-sungguh mahukan Tuan dan Puan hadir dalam kongres ini.

 

Malah, kita semua diminta bersedia dengan mentaliti bisnes apabila hadir dalam kongres hari ini.

 

Kita diminta tidak duduk dengan orang yang sama pada setiap slot.

 

Kita dinasihatkan agar membawa kad nama, memakai baju korporat, dan yang paling penting, kita BUKAN pokok krismas berjalan dalam kongres sekolah bisnes.

 

 

Tuan dan Puan,

 

Entreprenur dan Intraprenuer, merupakan 2 perkataan yang akan Tuan dan Puan dengar banyak diulang-ulang sepanjang hari ini dan esok.

 

Kewujudan dua DNA penting dalam ekosistem setiap syarikat yang menjalankan bisnes, menjadi topik perbincangan utama kita dalam masa 2 hari ini.

 

Daripada isu asas siapa mereka, di mana mereka berada, bagaimana mereka bekerja, bagaimana mengumpulkan mereka, apa yang menyebabkan kejayaan di capai dan semua persoalan berkaitan bisnes bersama intraprenuer dan entrepreneur akan dibincangkan.

 

Pada hari kedua pula, Tuan dan Puan akan berpeluang, mendengar, bergaul dan memilih maklumat untuk mendapatkan pendedahan yang betul tentang bisnes yangs esuai.

 

Pemilihannya kelak, boleh Tuan dan Puan ambil tindakan berdasarkan ciri DNA bisnes yang Tuan sudah kenalpasti.

 

Tuan dan Puan,

 

KONGRES SKOLEH BISNES ini juga bakal menjadi platform utama yang menjadi pilihan. Tempat dimana, berkumpulnya orang-orang bisnes setahun sekali.

 

Sama ada intrapreneur atau intrapreneur,

lama atau baru,

 

semuanya dapat bersama-sama,

saling berkongsi dan berkenalan antara satu sama lain.

 

Semuanya dapat bersama-sama, menjadi satu ekosistem dan kafilah bisnes yang besar.

 

Meskipun dengan mengibarkan bendera yang berbeza, kita tetap dalam sebuah ‘perang’ yang sama.

 

Tuan dan Puan,

 

ABS melihat, KONGRES SEKOLAH BISNES kali ini dan akan datang, akan menjadi satu perkumpulan tahunan yang membawa agenda besar.

 

Punya agenda berbentuk global, regional dan industry. Punya agenda yang membawa fokus yang khusus.

 

KONGRES SEKOLAH BISNES pada masa akan datang, dilihat mampu menjalankan program & ‘events’ yang mengetengahkan pelbagai entiti dan ejensi, untuk berkongsi dapatan dan idea terkini dalam bisnes.

 

KONGRES SEKOLAH BISNES pada masa akan datang, dilihat mampu menjana reports dan laporan-laporan kajian yang berasaskan perkembangan ekosistem dan kafilah bisnes yang pelbagai latar belakang.

 

KONGRES SEKOLAH BISNES pada masa akan datang, dilihat mampu menjalankan projek-projek bisnes dengan inisiatif baru yang membawakan kebaikan.

 

Tuan dan Puan,

 

Kehadiran kita di KONGRES SEKOLAH BISNES ini, mempunyai seribu satu macam tujuan dan impian.

 

SAMA ADA kita ini entrepreneur ATAU intraprenuer, kita mempunyai peranan dan tugas yang signifikan.

 

Ia bukan bergantung kepada saiz bisnes, saiz syarikat atau saiz badan kita.

 

Tugas kita yang kecil dan memberikan impak besar itulah yang menjadikannya signifikan.

 

Besarlah harapan saya sendiri mewakili kumpulan bisnes ABS agar Tuan dan Puan, melalui 2 hari KONGRES SEKOLAH BISNES ini secara optimum.

 

Berkenalankah, berkongsilah, berbual-buallah, berbincanglah…

 

Marilah kita, sama-sama menjadikan KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 kali ini, sebagai satu TAPAK untuk kita memulakan, meneruskan dan mengembangkan bisnes berekosistem dan berkafilah.

 

BIARLAH kita terus meraikan perbezaan.

 

MARILAH kita hargai persaudaraan dalam bisnes sebagai kerjasama berterusan.

 

Kita sama-sama mahu berjaya, menjadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Sekian.

.

(Teks ucapan penuh, Tuan Hir effendy Md Tahir, CEO ABS AINON HOLDINGS SDN BHD, KONGRES SEKOLAH BISNES 2016, 2-3 April 2016)

Sebahagian daripada gambar yang di’tag’ pada wall Tn Hir Effendy sepanjang Kongres.

bersama CEO ABS Holdings

 

12924328_1184747324883217_7312662864573197935_n

 

12919811_1401387723220702_6053375022387389805_n

 

12936624_10209100086684360_8230836584820757933_n

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.