PASCA KONGRES SEKOLAH BISNES 2016 Bahagian 3 : Rumusan 3 Slot Utama
Sejujurnya, saya sebagai salah seorang pembentang slot, sedikit bimbang. Bimbang sama ada konten yang disampaikan nanti, sampai dan memberikan manfaat.
Seperti biasa, saya yakin. Apabila saya bimbang, saya akan lebih bersedia.

.
3 Slot utama yang dibentangkan membawa 3 tajuk yang berjujuk.
- Bakat sebagai Modal Ekonomi Baru
- Mengurus dan Membangunkan Bakat
- Intrapreneurship @ INSKEN
Slot utama pertama (1) disampaikan oleh Tuan Ahmad Naim Jaafar, Pengasas kepada Foresight.
.

.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Tuan Ahmad Naim Jaafar membawakan konten yang berat, kritikal dan meminta kita menjadi pemikir di luar kotak.
Konten kali ini, saya ingin memberi ‘highlight’ kepada apa yang beliau sebut sebagai “bakat” yang diperlukan dalam ekonomi kini.
Sehingga hari ini, mentalit bakat dikalangan usahawan sendiri banyak melihat kepada bakat menjual, bakat bercakap, bakat meyakinkan pelanggan dan yang serupa dalam spektrum itu.
Slot utama pertama, mengetengahkan 3 jenis bakat yang Tuan Ahmad Naim kongsikan. Beliau menyebut antara 3 bakat yang PENTING dalam model ekonomi baru ialah:
- Bakat untuk merealisasikan idea dan mimpi. Bakat ini membolehkan orang itu “make things happpen”.
- Bakat yang pandai bekerjasama.
- Bakat untuk menggandakan apa yang ada.
.
Dalam sesi ini juga, Tuan Ahmad Naim menyeru agar usahawan dan orang-orang bisnes sentiasa berfikir , mampu menjadi influencer yang mengubah budaya dan sentiasa membentuk bakat-bakat baru.
.

.
Dalam slot utama kedua, saya sendiri membawakan topik yang saya dapati agak berat untuk disampaikan.
Semasa memulakan slot, saya memaklumkan kepada ahli kongres, bahawa saya akan mengambil contoh yang dekat iaitu apa yang berlaku dalam The Vocket dan juga ABS Education.
.
Secara amnya, saya membawa situasi orang bisnes dalam sebuah kumpulan atau syarikat start-up dan kemudiannya berkembang (scale-up).
.
Dalam proses ini, ada banyak cabaran yang dilalui dalam menyusun semula bakat setelah mengenalpasti bakat yang ada.
.
Penyusunan semula struktur syarikat, pembahagian tugas dan susunan kerja melibatkan banyak perkara yang melibatkan 3 bakat utama yang disebut oleh Tuan Ahmad Naim iaitu bakat untuk merealisasikan idea dan mimpi, membolehkan orang itu “make things happpen”, bakat yang pandai bekerjasama dan bakat untuk menggandakan apa yang ada.
.
Memandangkan topik berat rentetan daripada konten Tuan Ahmad Naim, secara semulajadi saya menyasarkan agar konten yang saya bawa menjadi satu konten yang lebih praktikal dan dekat dengan situasi para peserta, ahli kongres.
.

.
Dalam slot utama yang ketiga, Tuan Norizan berkongsi bagaimana cara-cara intrapreneur bekejer di susunkan dalam organisasi beliau.
Beliau berkongsi tentang bagaimana mindset tim beliau di INSKEN yang dibentuk seumpama kucing yang berfikir macam singa. Mereka juga jelas dengan objektif, ‘to facilitate entrepreneurship in learning what they need’.
INSKEN juga melihat kepentingan tim mereka sebagai intraprenuer dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
.

.
.
Secara keseluruhan, 3 slot utama itu memberikan beberapa perkara dan input kepada ahli kongres:
1. Sebagai seorang entreprenuer, bakat-bakat intraprenuer menjadi signifikan untuk memastikan kejayaan kepada apa yang mereka rancangkan.
.
2. Ramai founder atau pekongsi utama syarikat start-up, tidak pernah meneliti bakata masing-masing. Kini, apabila masuk fasa membangunkan syarikat, keperluan meneliti, mengenalpasti dan menyusun bakat masing-masing menjadi penting kepada kejayaan bisnes mereka.
.
3. Apabila syarikat mahu ‘scale-up’, strategi bisnes memerlukan keberanian dan ilmu yang betul dalam menyusun posisi entreprenuer dan intrapreneur dalam syarikat.
.

.
