“Ayah minta saya belajar uruskan syarikat.”

Seorang gadis sekitar 20-an mendekati saya selepas kelas tamat. Dia berkata, “Puan, saya nak tanya. Boleh?”

 

Saya senyum. “Boleh saja. Ada apa?”

 

Dia memandang tepat wajah saya dan berkata. “Saya ni, baru balik belajar dari luar negara. Saya memang tak tau apa-apa tentang syarikat dan berniaga. Saya datang ni, ayah suruh. Saya wakilkan dia.”

 

Saya angguk-angguk dan menunggu maklumat seterusnya. “ Itulah….tadi Puan ada sebuat tentang tugas pemegang saham, ALP dan yang bekerja. Semua ada dokumennya. Macam mana saya nak terangkan kepada ayah saya? Saya lihat syarikat yang ada sekarang tidak ada semua itu.”

 

Saya menarik nafas dalam. Seperti biasa, soalan-soalan begini agak menyesakkan. Saya bertanya, “ Apa jawatan Cikpuan dan bidang tugas dalam syarikat sekarang?”

 

“Itulah..Puan. Ayah saya suruh saya belajar. Macam ini. Saya jadi ‘admin executive’ saja. Ayah buka syarikat dengan dua orang rakan kongsi. Jadi ada 3 orang. Kemudian, rakan kongsi yang pegang saham paling sedikit 10% inilah yang menguruskan syarikat sekarang. Semua dokumen dan komunikasi dengan setiausaha syarikat dia yang uruskan. Jadi saya memang tidak tahu apa-apa.”

 

Saya angguk-angguk. Saya kira setakat itu saja yang saya boleh buat. Mendengar. Dia menyambung. “Jadi kalau macam suart-surat tu, saya bekerja pun tiada surat lantikan. Macam mana Puan?”

 

Saya menarik nafas lagi. “Untuk bahagian kerja itu, semak semula. Jika memang tujuannya Cikpuan ‘berkuli’ mungkin memang tiada surat tawaran kerja.”

 

“Tapi, ayah saya kata saya bekerja di sana suapaya saya boleh menguruskan syarikat itu dengan ‘partner’nya. Tapi, saya tak tahu macam mana saya nak kerja di sana.” Dia menyambung dengan panjang lebar.

 

Dalam banyak hal memberikan nasihat dan pandangan, ada sesetangah situasi (sebenarnya banyak), saya membuat keputusan untuk mengelakkan sebarang ‘association’ dengan yang bertanya.

 

Seumpama situasi begini. Kita sendiri sudah dapat melihat dan menghidu cara pengurusan syarikat. Saya diam sementara otak ligat berfikir ayat akhir yang saya boleh berikan sebagai penutup.

 

Belum sempat saya berkata, dia menyambung. “Lagi satu Puan, ayah saya baru saja buka syarikat tu. Dia terus buka syarikat Berhad.”

 

Saya jadi lebih bimbang. Lalu saya berkata, “Beginilah Cikpuan. Saya cadangkan Cikpuan berbicang dahulu dengan ayah. Semak dengan beliau apa sebenarnya tujuan syarikat, aktiviti bisnesnya dan juga perancangan 3-5 tahun yang sudah dipersetujui. Daripada situ, Cikpuan buat keputusan. Sama ada mahu terus bekerja dan belajar sebagai staf, ‘admin executive’. Kemudian, Cikpuan semak tentang status perlantikan ALP dalam syarikat. Cikpuan tawarkanlah diri menjadi ALP dalam syarikat jika perlu bagi mewakili ayah.”

 

Saya berhenti sebentar. Tiba-tiba, saya teringat sesuatu. Kemudian saya menyambung. “ Apabila menguruskan syarikat, sebaiknya kita mesti ada pengalaman bekerja dalam syarikat lain dahulu. Atau, kita mempunyai mentor yang sudah pernah menguruskan syarikat seperti ini. Cikpuan baru habis belajar bukan?”

 

Mengangguk dia menjawab, “Ya, saya baru balik dari Australia.”

 

Saya mengangguk. “Hmmmm….begitulah, Cikpuan.” Saya meletakkan sepenuh kuasa kepada CIkpuan itu membuat keputusan dan berfikir panjang.

 

Entah mengapa, saya teringat tentang lawatan yang saya ikuti anjuran SMECorp ke Tokyo pada bulan Mei tahun 2013. Di sana, mereka ada universiti yang dikenali sebagai “SME University”.

 

Semua anak-anak dan ahli keluarga yang bakal mewarisi bisnes, belajar di sana. Bukan bisnes besar. Bisnes biasa-biasa. Termasuklah bisnes kelas memandu dan bisnes syarikat mengeluarkan skru televisyen untuk satu jenama model tempatan sahaja.

 

Di Malaysia, di manakah agaknya individu seperti Cikpuan ini harus pergi untuk belajar sambil dia bekerja di syarikat ayahnya itu?

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.