“Kalau buang ‘partner’ macam mana?”

Pengalaman menjadikan kita lebih bijaksana. Ilmu dan maklumat, kita boleh perolehi sama ada dengan mambaca atau mendengar kuliah-kuliah dalam topic dan bidang berkenaan.

 

Dalam salah satu sesi khidmat nasihat berkmpulan untuk pengurusan syarikat, seorang peserta yang hadir diam sahaja. Sejak rakan saya memulakan sesi menyampaikan modulnya, dia hanya memandang dan mendengar.

 

Apabila masuk topik menyusun tugas antara staf dan partner beliau mula duduk dengan tegak. Matanya tidak berkelip memandang kepada kami.

 

Dipertengahan penerangan sesi kedua, beliau tiba-tiba bertanya, “ Puan, macam mana kita nak buang ‘partner’ kita dalam syarikat? Kita jadi susah Puan. Kita perlu bergerak. Bisnes kena jalan. DIa tak mahu buat apa-apa.”

 

Saya yang baru sahaja menerangkan tentang jenis dan bentuk dokumen yang perlu dalam menguruskan tugas dan pembahagian sedikit terkejut dengan pertanyaan beliau. Maklumlah. Hampir 3 jam sesi berlangsung, beliau diam sahaja.

 

Kemudian saya berkata,“ Begini Tuan. Apakah partner yang Tuan maksudkan tadi pemegang saham sahaja atau pemegang saham yang bekerja?”

 

“Itulah. Kami syarikat baru mula. Sekarang projek dah banyak. Janjinya, semua masuk buka syarikat dan sama-sama kerja. Sekarang tinggal saya seorang yang kerja. Dua orang lagi entah kemana.” Jelasnya dengan nada sedikit tinggi.

 

Saya menganggukkan kepala. Kemudian saya menyambung, “Baik. Fahamlah saya. Begini. Untuk syarikat PLT, apabila kita memegang saham, ada disebutkan dalam perjanjian kerjasama. Di dalam perjanjian ada disebutkan tugas pemegang saham yang membawa masuk modal dan mereka yang bekerja.

 

Sekiranya pemegang modal hanya bawa masuk modal, kita tidak boleh ‘buang’ dia begitu sahaja. Mesti ada orang yang menawarkan kepadanya untuk membeli semula modalnya itu. Barulah dia boleh dikeluarkan. Itupun mestilah atas persetujuan.

 

Tetapi, jika ianya isu bekerja, dan dia tidak mahu kerja, boleh sahaja berhentikan dia mengikut Akta Kerja. Mesti ada surat lantikan, baru boleh berhentikan.” Saya diam sebentar. Panjang juga saya bercakap.

 

Saya teringat sesuatu lalu saya bertanya semula, “Berapa lama Tuan sudah buka syarikat?”

 

“Saya masih guna lesen ‘enterprise’ Puan.”

 

“Oh…jika begitu, tiada isu saham dan pegangan saham. Enterprise bukan syarikat.”

 

“Jadi, macam mana Puan?”

 

“Tuan boleh sahaja bawa mereka berbincang sama ada mahu meneruskan bisnes atau tidak. Jika ya, saya sarankan Tuan ajak mereka buka syarikat. Untuk yang baru berbisnes, bukalah PLT.

 

Semak dengan setiusaha syarikat atau boleh buat sendiri. Tuan boleh terus ke SSM tentang syarikat PLT. Tetapi, lebih mudah jika kita gunakan khidmat setiausaha syarikat. ”

 

Seolah tidak puas hati, Tuan itu bertanya lagi. “Puan, memang kalau dia sudah ada nama dalam syarikat tak boleh keluarkan ya?”

 

“Jika Tuan masih menggunakan lesen enterprise, rakan kongsi itu boleh pergi terus ke SSM. Isi borang dan keluarkan namanya sendiri. Mahu keluarkan nama, orangnya mesti hadir sendiri ke SSM. Tidak boleh buang begitu sahaja.

 

Jika syarikat PLT juga sama. Ada caranya untuk membuang nama pekongsi. Beginilah Tuan…. Jika Tuan membuka syarikat PLT sendiri, Tuan boleh lantik diri sendiri jadi pegawai pematuhan. Apabila Tuan merupakan pengawai pematuhan dalam syarikat PLT, Tuan boleh ambil tindakan.

 

Cuma, manusia ini Tuan…dipegang dengan janjinya. Semesa mahu membuka syarikat dahulu, apakah janji kita? ”

 

Tuan yang memakai baju kemeja hitam berlengan pendek itu diam. Tiada respon daripada beliau. Yang ada, hanya sepasang mata memandang saya, seolah tembus hingga ke bangunan hadapan.

 

 

Begitulah. Menguruskan syarikat, banyak juga bergantung kepada nilai pendiri syarikat itu. Apa yang ada padanya, akan mula diturunkan kepada prosedur dan proses menguruskan syarikat.

 

 

 

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

132 thoughts on ““Kalau buang ‘partner’ macam mana?””

    1. Dalam enterprise, ia sebenarnya ialah lesen menjalakan perniagaan.

      Jadi, senarai penama dalam sijil SSM adalah penama kepada bisnes yang dijalankan.
      Biasanya, semua penama akan ada dokumen perjanjian yang disediakan sendiri yang menyatakan pembahagian modal-ownership-perkongsian keuntungan dan semua terma yang terlibat.

      Maka, tiada nilaian ‘saham’ isu berkaitan saham.
      yang ada ialah isu ‘ownership’-modal-perkongsian keuntungan.

      1. Assalamualaikum puan. nak tnya under enterprise mcmna plk utk yg hnya mengeluarkn modal. contoh ya.. warung tu warung sya. perkja tu pun pkrja sya. yg menjalankn totally sya… Beliau hnya mengeluarkn modal je… mcmna dr segi share utk pengeluar modal tu???

        1. Wasalam.

          Jika begitu, semak dahulu beberapa perkara.

          1. Apakah ada perjanjian semasa menerima modal? Jika tiada, mesti sediakan.
          Apakah modal perlu dibayar semula? Adakah ada pembahagian keuntungan?

          2. Enterprise tiada saham. Apakah nama pemodal ada dalam lesen enterprise?
          Jika ya, statusnya adalah pemilik bersama.

          Dua perkara di atas, Cikpuan perlu buat semakan.
          bawa berbincang dengan pemodal.

          Semoga bermanfaat.

    1. Walaikumsalam.

      Puan, jika merujuk kepada proses yang biasa, semua penama mesti hadir ke SSM dan kena buat pertukaran di sana.
      Pegawai akan minta original IC setiap penama dalam enterprise.
      Ada borang kena isu.
      Sebaiknya, cek dulu dengan SSM terdekat.

  1. Assalamualaikum puan,

    Saya nak tanya, ada seorang jiran saya, dia nk guna nama saya sebagai nama syarikat utk bit projek technical sbb sy ada diploma mechanical, dia cakap dia akan bagi elaun jika dapat mana2 projek nanti, sy nk tanya puan, apakah risik yg sy perlu tanggung jika sy bagi nama sy kat dia. Harap puan dapat perjelaskan, segala jasa baik puan amatlah sy hargai.

    Terima Kasih

    1. Waalaikumsalam.

      Tuan perlu semak juga nama itu untuk apa?

      1. Jadi pengarah?
      2. Jadi pemegang saham?
      3. Jadi ….tukang sign untuk approve projek?

      Risikonya, Tuan perlu lihat sama ada 1, 2 atau 3.
      Secara ‘common’nya, Tuan boleh nampak risiko yang terlibat.

        1. Semua tugas dan tanggungjawab pengarah jadi liabiliti kita.

          Contoh:
          1. Pematuhan kepada akta syarikat
          2. Pematuhan kepada AKTA KWSP dan semua peraturan (termasuk SOCSO)
          3. Pematuhan kepada peraturan dan akta berkaitan termasuk LHDN
          4. Isu/situasi yang berkaitan dengan AKTA lain termasuk rasuah dan perundangan dalam industri.

          Boleh rujuk terus kepada COSEC – company secretary tentang hal ini.
          Pengarah maknanya lantikan dalam syarikat Sdn Bhd.

          Untuk konsultasi lanjut boleh rujuk slot di: bit.ly/PCPERTAMA

  2. Saya nak taya klu cm suami orng guna kan nama die untuk syarikat sdn bhd cm cam mn ye nak keluarkan sebb ape bantuan bsh semua xdpt. Sedangkan kami hdp susah. Oleh kerana nama suami ada dlm ssm terus xdpt bantuan.

    1. Untuk keluarkan nama.

      1. Buat surat kepada company secretary untuk maklumkan. Jika sebagai pemegang saham, maknanya ada proses menjual saham kepada partner lain. Ini melibatkan pemegang saham lain dalam syarikat. Perlu semak siapa dalam syarikat itu. Sebaiknya hubungi Managing Director atau CEO syarikat itu.

      2. Untuk mendapat bantuan kerajaan, ada cara lain boleh digunakan. Meskipun nama ada dalam SSM TIDAK SEMESTINYA kita ‘kaya’ dan tidak perlukan bantuan. Tunjukkan rekod peribadi yang menyokong status kewangan Puan dan Suami sekeluarga. Ada yang saya kenal masih menerima bantuan kerajaan termasuk zakat meskipun nama dalam SSM.

      Semoga membantu

      1. Salam puan..sy pun hadapi masalah yg sama.,company tu bekas mertua sy yg punya,sebelum nama sy diletak,diaorg letak nama bekas suami sy sbb kn dia ade buat hal mereka letak nama sy..smpai lah kami bercerai sekarang nama sy masih lg dlm company..untung job semua xde bg pd sy ckit pun cuma tolak epf socso je..bekas suami pun xbg nafkah pd ank2 jadi sy ingt dgn ade nye nama sy tu bole lah dpt ‘gaji’ dr mereka..sy xtau lah share sy dlm tu ade ke x ,sy nk tau ape keuntungan yg sy bole tuntut dr mereka..sbb sy minta mereka buang nama sy dlm company mcm2 alasan dorg bg..

  3. Salam puan, klu kes sy ni bos lame guna kn nama utk sdn bhd.. Tp sy mahu keluar dri syarikat.. Mcm mne? Dlm runsing..

    1. Boleh semak beberapa reply saya kepada komen terdahulu.

      Nama digunakan sebagai pengarah?
      Tulis surat kepada company secretary dan pengarah untuk letak jawatan.

      Dapatkan maklumat syarikat dari SSM jika tidak ada.

  4. Assalammualaikum Puan Noraminah..
    saya ingin bertanya.. dulu majikan sy ada pinjam nama saya sebagai director yg kedua.. sedangkan saya hanya staff bawahan sahaja.(syarikat sdn.bhd)

    akan tetapi…. sy sudah resign setahun yg lalu.. Nama pun sy mintak company itu clear kn.. company ada bagi dokumen yg menyatakan nama sy sudah proses tukar milik..

    berapa lama proses itu akan selesai ya??..

    saya tidak dapat bantuan bsh atas sebab status nama saya masih ada perkongsian dgn syarikat tersebut..

    dan.. bagaimana saya nak tahu bahawa nama saya betul2 sudah clear dari syarikat itu..

    sy jadi susah hati puan takut mereka salah guna maklumat sy .. harap dpt membantu..

    1. Waalaikumsalam Eika.

      Boleh alkukan yang berikut.

      1. Boleh tulis surat/emel kepada company secretary untuk memohon pengesahan pengeluaran nama sebagai pengarah. Peletakan jawatan mesti ada surat daripada pengarah kepada company secretary untuk mereka proses.

      2. Boleh beli maklumat syarikat dari SSM untuk semak nama tidak ada dalams enarai pengarah

  5. Saya adalah mangsa .di mana syarikat hanya menggunakan nama saya untuk jadikan saya pemegang saham. Saya langsung tidak tahu apa2 tentang ttg syarikat. Kalau saya ingin membubarkn nama saya tanpa d ketahui boleh ke?.. sebab syarikat sekarang masih beroperasi.. dan nama saya lansung x boleh d gunakan untuk meminta bantuan.. mohon pertolongan ataupun perjelasan yg lebih terperincin dr puan.. terima kasih

    1. Azura,

      1. Menjadi pemegang saham adalah merupakan satu kelebihan di mana Azura layak menerima sebarang dividen daripada keuntungan syarikat.
      Pemegang saham dalam syarikat Sdn Bhd atau PLT biasanya perlu memberikan salinan IC untuk dimasukkan nama dalam syarikat sebagai pemegang saham,
      juga mesti menandatangani beberapa dokumen ‘transfer of shares’ jika proses belian saham berlaku.

      Semak semula semua status ini.

      2. Pemegang saham tiada mempunyai tanggungjawab (liability) dalam syarikat. Pemegang saham ialah individu atau entiti yang membawa masuk sejumlah wang dan dengan it diberikan sejumlah nilai pegangan saham dalam syarikat. Boleh semak semula apakah saham itu hadiah atau memang Azura ada buat bayaran untuk membeli saham itu.

      3. Sekiranya tidak mahu jadi pemegang saham, boleh ‘jual saham’ itu semula kepada pemegang saham yang lain. Boleh tulis surat kepada Company Secretary dan juga pengarah dalam syarikat itu.

      Boleh semak maklumat syarikat dan nama setiausaha syarikat (company secretary) melalui SSM sekiranya ia syarikat Sdn Bhd atau PLT.

      1. Salam Puan,
        Katakan adik saya meletakkan nama saya sebagai pemegang saham minoriti dlm syarikatnya. Sdn.bhd. Dan saya ingin mengeluarkan nama tersebut. Bolehkah dibuat secara paksaan sekirany adik saya enggan utk mengeluarkan nama saya. Kemasukan nama beserta dgn aliran tunai sebanyak 120k utk pegangan sebanyak 10%. Bukan duit saya, duit dia sendiri. Cuma, masukkan nama sy bg permohonan pembiayaan.
        Cuma, nampak syarikat agak bermasalah & sy nak elak drpd terjerut leher di masa depan.
        Apakah solusi yg sy ada? Bolehkah permohonan dibuat terus ke company secretary jika adik sy enggan mengeluarkan nama sy? Terima kasih.

  6. Assalamualaikum puan.bagaimana pula jika salah seorang rakan perniagaan ssm saya tidak mahu bekerja sama.. Masalah menjual barang tanpa persetujuan 2 org lagi rakan kongsi. Dan tidak membuat Sebarang rekod jualan kepada kami berdua sebagai rakan kongsi..
    Adakah dia boleh Di keluarkan dari ssm atas sebab pecah amanah Dan tidak memberi kerja sama Dan mengambil semua barang2 niaga..
    Apakah tindakan selanjutnya untuk kami terminate nama sipolan tadi.. Kerana kami tiada unsur percaya lagi Dan ingin kan hak kami sebagai peneraju utama Dan sebagai org yg bertangungjwb penuh Di dalm perniagaan kami..
    Dan sekarang kami menanggung kerugian. Atas sebb barang2 berniaga tiada pada kami.
    Harap puan dapat bantu kami yg Di dalam
    Kesusahan atas tindakan tamak individu tersebut
    Terima kasih

    1. En Fakhri,

      Pertama sekali, rakan perniagaan ini saya ‘assume’ adalah pengarah syarikat.
      Jika lesen enterprise, lain situasinya tak sama.

      1. Bawa berbincang. Adakan mesyuarat. Mestia da perkara yang menjadikan berlakunya situasi ini. Apakah jualan dibuat atas nama syarikat atau peribadi? Apakah barang dibaawa masuk ke dalam syarikat dengan duit modal beliau sendiri atau duit syarikat?

      2. Sekiranya perlu mengeluarkan rakan kongsi itu, buatlah dalam keadaan yang harmoni.

      3. Buatlah pengurusan syarikat dengan betul mulai sekarang.
      a) Sediakan semula hala tuju syarikat
      b) sediakan dokumen yang sah sebagai pemegang saham dan lantikan pengarah
      c) uruskan hal operasi termasuk kewangan dan HR dengan cara yang standard.

      JIKA Lesen Enterprise, bawalah berbincang dahulu.
      Semua penama dalam lesen enterprise bertanggungjawab kepada semua jenis aktiviti yang dijalankan atas nama lesen itu.

  7. Assalam puan. Maaf nak bertanya bagi pihak kawan sy.

    Kawan sy sebelum ni abg ipar beliau minta kwn sy ni menjadi pengarah atas nama sahaja utk buka syarikat..dan selama buka tu mmg abg iparnya xpernah bg sesen apa pon kat kawan sy tu. Sehingga lah skrg. Hari tu kawan sy ni accident, putus tgn blah kanan. Bila nak minta bantuan apa2 semua xdpt, termasuklah bsh. Disebabkan rekod nama dy sebagai pengarah. Sedgkan itu hanya sekadar nama.

    Jd sy nak tanya puan apa option yg kawan sy ada. Sebab dy tanya sama ada boleh ke kalau dy nak minta bayaran per month dr syarikat tersebut atas kegunaan nama beliau @ lebih baik beliau keluarkan nama beliau as a director?

    Terima kasih puan.

    1. Wasalam.

      Sebagai Pengarah syarikat, ada tugasnya dan ia datang dengan imbuhan wajar atas persetujuan.

      Memandangkan ianya ada melibatkan isu keluarga, yang kita tidak tahu latar belakang persetujuan asalnya, maka tidak wajar untuk beri apa-apa pandangan atau nasihat khusus.

      Sebaiknya, biarlah rakan saudara selesaikan perkara itu dahulu.
      Boleh rujuk juga beberapa jawapan kepada soalan terdahulu.

      ======

      TAMBAHAN untuk ini, sekiranya untuk tujuan bantuan dalam hal kemalangan, jika ada insurans atau SOCSO, boleh buat semakan prosesnya terus.

  8. Assalam puan,

    Sy merupakan salah satu share partner dlm syarikat saya. Ade mengeluarkan wang ketika kami sama2 membuka syarikat yg kini sudah 8 tahun dan saya juga bekerja di dalam syarikat tersebut. Pemegang terbesar adalah seorg cina dan dia juga director kepada syarikat saya. Selama saya bekerja,tidak pernah mendapat profit sharing seperti yg dicanang ketika mula2 membuka syarikat. Soalannya disini,saya ingin berhenti dr bekerja dgn syarikat dan ingin mengambil keuntungan selama saya bersama syarikat. Jika syarikat tidak mahu membayar semula share dan memberi keuntungan,adakah terdapat saluran utk saya gunakan dlm mengambil kembali hak saya?

    1. Wasalam.

      Tuan.

      1. Semak semula sijil saham yang sah. Boleh dapatkan dahulu nasihat daripada company secretary. Namun, sekiranya company secretary juga tidak dapat memberikan maklumat yang betul, boleh rujuk kepada ‘governance body’. Jika di Malaysia, ada SSM.

      2. Profit sharing bermakna hanya apabila ad aprofit, ianya dikongsikan. Memandangkan Tuan juga bekerja dalam syarikat, cuba semak semula dengan semua terma perjanjian yang Tuan ada tandatangan dan persetujui. Surat lantikan dan apa-apa dokumen berkenaan perjanjian yang menyatakan ‘profit sharing’ jika ada.

      3. Menjual semula saham syarikata dalah normal. Ada prosedurnya dan boleh semak dengan company secretary. Secara umumnya,

      a. Semak dokumen yang menyatakan jumlah pegangan saham Tuan dalam syarikat secara sah
      b. Nilai saham perlu dilakukan untuk mengira nilai semasa, jika mahu dijual.
      c. Proses menjual saham perlu merujuk kepada perjanjian. Sekiranya ada terma menyatakan mesti dijual kepada ‘pemegang saham’ yang ada dahulu, mesti ikut peraturan itu.

      BERDASARKAN MAKLUMAT yang UMUM begini, ini sahaja yang saboleh respond. Semua ini MESTI merujuk kepada dokumen perjanjian ATAU persetujuan verbal yang boleh dirujuk.

      Semoga membantu.

  9. Assalamualaikum
    1)Saya nak tanya jika nama saya ada dlm plt tapi biz plt dah lama xde bisnes.jadi bagaimana caranya saya ingin menarik diri dari company plt?masih ada ahli lain dalam plt tue
    2)bagaimana jika nama kita ada pada ssm enterprise tapi company dah lama tak xrenew maknanya dah expired betul tak?jadi macam nak buang terus nama dan company tue pada ssm?
    3)bagaimana kita nak buat jika nama kita ada orang gunekan tanpa pengetahuan kita die letak dalam sesebuah syarikat?apa perlu buat?
    4) bagaimana nak semak dengan ssm nama kita yang pernah ada syarikat dalam ssm?

    1. Waalaikumsalam.

      Fidi…

      1)Saya nak tanya jika nama saya ada dlm plt tapi biz plt dah lama xde bisnes.jadi bagaimana caranya saya ingin menarik diri dari company plt?masih ada ahli lain dalam plt tue

      DALAM PLT, semak dulu siapa ‘compliance officer’?
      Hantar surat ‘tarik diri sebagai pekongsi’.
      Compliance officer akan buat submission. Akana da kos untuk keluarkan nama.
      Sebaiknya, bincanglah dengan semua nama dalam PLT itu.

      2)bagaimana jika nama kita ada pada ssm enterprise tapi company dah lama tak xrenew maknanya dah expired betul tak?jadi macam nak buang terus nama dan company tue pada ssm?

      Sijil SSM Enterprise akan mati dengan sendiri jika tak ‘renew’.
      Sebaiknya, terus pergi SSM untuk semakan jika perlu.

      3)bagaimana kita nak buat jika nama kita ada orang gunekan tanpa pengetahuan kita die letak dalam sesebuah syarikat?apa perlu buat?

      Tidak boleh gunakan nama tanpa pengetahuan kerana ia melibatkan mereka minta salinan IC kita dan tandatangan kita. Saya tidak pasti apa yang dikatakan tanpa pengetahuan. Apakah salinan IC dicuri dan tandatangan ditiru?
      a) Jika syarikat SDN BHD, mesti ada company secretary.
      b) Jika PLT mestia ada ‘compliance officer’.

      Semak semula apa yang dimaksudkan dengan ‘tanpa pengetahuan saya ‘ itu.

      4) bagaimana nak semak dengan ssm nama kita yang pernah ada syarikat dalam ssm?

      Bawalah IC, pergilah ke kaunter SSM.
      Buat semakan.

  10. assalamualaikum puan.
    soalan :
    1) apa kah risiko yang perlu dihadapi jika kita memberi pinjam kelayakn akademik.a.k.a rakan kongsi nominal(guna nama).tiada suntik modal.

    2)adakah terlibat dgn liabiliti tidak terhad.bgaimana nak lindungi diri dari tanggung sebrg kerugian/bangkrp dari syarikat tersebut seandainya berlaku

    1. 1) apa kah risiko yang perlu dihadapi jika kita memberi pinjam kelayakn akademik.a.k.a rakan kongsi nominal(guna nama).tiada suntik modal.
      ======

      Berbanding dengan risiko, perlu Cikpuan tanya dahulu.
      Apa yang Cikpuan mahu?

      Kemudian, meminjam nama itu, apakah sebagai Pemagang Saham ATAU Pengarah?
      Jika pemegang saham, semak perjanjian yang disediakan. Apakah termanya?
      Pemegang saham, rendah risikonya.

      Jika pengarah, semak terma lantikannya. Apakah termanya?
      Pengarah syarikat ada ‘responsibilities’ dan tertakluk kepada pematuhan AKTA SYARIKAT.

      2)adakah terlibat dgn liabiliti tidak terhad.bgaimana nak lindungi diri dari tanggung sebrg kerugian/bangkrp dari syarikat tersebut seandainya berlaku
      =======

      Jika mahu lindungi diri, JANGAN terlibat langsung dalam syarikat itu.
      Sekiranya masih mahu terlibat, semak dahulu perkara yang disebutkan dalam hal (1)

  11. assalamualaikum puan saya nak tamya neberapa soalan.. 1- apakah yg di maksudkan dgan ENTERPRISE? ada beza tak kalau yang jnis regis company by consultancy dgan resource?..
    2- kalau saya nama seorang tapi nak buka sdn bhd boleh ke?

    1. Wasalam.

      1. Dalam konteks SSM, ia adalah pendaftaran syarikat bawah kategori ‘lesen enterprise’ . Ada dua. Jika 1 nama, sole proprietor. Jika lebih, partnership.

      Consultancy dan resources itu hanya nama yang digunakan. Biasanya pihak SSM mahu pastikan nama itu sejajar dengan jenis perkhidmatan atau perniagaan yang ditawarkan.

      2. Boleh. Rujuklah maklumat dalam website SSM. Disana maklumat yang ada juga komprehensif.

  12. salam,saya ada slah seorng pengarh syarkat sdn bhd. masalh yang kami hadai sekarang ialah kami ingin mengeluarkan sama salah seorng pemegang saham didalam syarikat ini.tetapi yang menjadi masalahnye sekarang indivdu tersebut tidak dpt dikesan.jd bagaiman cara utk kami keluarkan share tersebut.
    1)dia bukan pengarah,hanya pemegang saham yang tidak mengeluarkan sebarang modal didalam syarikat
    2)sykt ini menjalankan perniagaan security yg mana individu tersebut adalah bekas polis dimana suatu masa dulu dia bersetuju utk mendapatkan lesen security utk syarikat ini,tetapi kami ditipu.
    3)bt pengetahuan pn,utk mendptkan lesen sekurity perlu ada bekas anggota polis yg mana dia perlu memegang saham sekurang kurangya 20% ke 30%
    4)disini sekali lg saya maklumkan bahawa individu ini tidak mengeluarkan walau sesen utk saham tersebut,hanya di atas paper pembahagian saham itu.

    masalahnye sekarang kami ingin memohon lesen n meletakan nama individu lain didalam syrkt.kami tidak menjejaki individu ini sejak 5thn yg lalu.dan pada thn 2018 kami dapati beliau terlibat dgn kes rasuah n siapapun tidak dpr menghubungi beliau.
    jadi bagaimana cara utk sya keluarkan nama dia sebagai pemegang saham didalam syrkt kami.
    proses perlu dilakukan segera kerana kami ingin memohon lesen atas syarikat kami
    sekian teria kasih

  13. Wasalam Cikpuan/Tuan,

    Dengan sedikit info ini, ini saranannya.

    1. Sudahkah berbincang dan semak dengan company secretary? Jika belum, jumpa mereka dan minta panduan untuk mengeluarkan nama pemegang saham ini.

    2. Sekiranya inidividu ini tidak dapat dikesan, buatlah satu laporan polis dan nyatakan semua point penting yang menyebabkan pihak syarikat buat laporan. Maklumkan kepada pegawai polis yang menerima report, tujuan report, untuk mengambil tindakan lanjut atas salah laku pada tahun 2018 yang melibatkan perniagaan syarikat.

    3. Rujuk kepada peguam jika perlu ada tindakan perundangan yang sah yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan nama pemegang saham secara sah.

    4. Sekiranya dapat, carilah ahli keluarga yang ada dinamakan dalam borang penama. Itupun jika ada. Biasanya, dalam syarikat yang disusun baik, semua pemegang saham mesti mengisi satu borang maklumat perwarisan, supaya nama waris dihubungi sekiranya ada situasi kematian dan seumpamanya.

    Semoga saranan ini membantu sedikit sebanyak.
    Selamat maju jaya Cikpuan!

  14. Saya ingin bertanya,saya adalah minoriti dalam syarikat dan berkongsi denga 3 beradik saudara sy, akan tetapi selepas 4 bulan saya mendapati ada kes pecah amanah didalam syarikat bila sy bersuars tentang itu ini, mereka bersepakat untuk membuang saya, bagaimana saya ingin membela diri saya berserta investor yang telah melabur atas nama saya.

    1. En Hafiz,

      1. Apakah status/jenis syarikat yang Tuan maksudkan? Sdn Bhd atau PLT?
      2. Apakah En Hafiz berada dalam syarikat sebagai pengarah atau bekerja?
      3. Apakah kes pecah amanah yang dimaksudkan itu memang termasuk dalam kategory ‘jenayah komersial’ dengan ada bukti atau rekod yang sah?
      4. Apakah ada dokumen yang menyatakan hak Tuan dan investor yang melabur atas nama Tuan itu? Adalah ia sebagai modal pegangan saham, atau pinjaman yang perlu dikembalikan (dibayar semula)? Apakah terma-termanya?

      Dengan maklumat yang ada, dan dengan maklumat yang tidak diketahui, ini saranannya:

      1. Buatkan permohonan rasmi untuk berbincang. Sekiranya Tuan adalah Pengarah, boleh minta adakan mesyuarat Pengarah.
      2. Hubungi Setiausaha syarikat untuk urusan komunikasi dan panggilan mesyuarat.
      3. Memandangkan ianya adalah syarikat adik-beradik saudara, maka rujuk semula semua persetujuan dan perjanjian asal kepada penubuhan syarikat perniagaan. Sebaiknya, selesaikan di luar mahkamah.
      4. Sekiranya perlu, dapatkan orang ketiga seperti peguam atau penasihat perniagaan untuk duduk bersama dalam mesyuarat.

      NOTA:
      Dalam kebanyakan kes syarikat keluarga, situasi ‘pecah amanah’ ini sukar untuk dibuktikan dengan jelas tanpa ada dokumentasi atau bukti yang boleh dirujuk dan disabitkan sebagai kes. Adakalanya, ia BUKAN kes pecah amanah, tetapi merupakan kegagalan menjalankan fungsi dalam syarikat akibat ‘incompetencies’ dan ketidaklayakan orang itu untuk jawatan atau tugas tertentu.

      Sebuah syarikat yang TIDAK diuruskan dengan pematuhan dari awal penubuhan, terdorong untuk terjerumus ke dalam isu seperti ini.

      Paling penting, TANPA adanya dokumen rujukan, penyelesaian atas budi bicara dan perbincangan adalah yang paling sesuai dan paling sukar.

  15. Saya mahu tahu, saya adalah patner dalm sebuah syarikat plt, baru2 ini saya mendapat wang syarikat dipecah oleh 2 orang patner didalam syarikat yang mengunakan disyarikat yg lain dan personal. Setelah sy ingin mengambil tindakan tentang perkara ,mereka bersepakat membuang saya secara bertulis dan membuat penopun bertulis bersama pematuh yg dipilih.

    Ada saya dikira telah dibuang, dan adakah saya boleh menegak kebenearan undang undang dlm situasi ini, company memilikinhutang yang terlampau tinggi akibat dari sikap mereka

    1. En Hafiz,

      Mohon baca juga komen di: https://www.noraminahomar.com/2016/04/11/kalau-buang-partner-macam-mana/#comment-65672

      1. Apakah Tuan partner (pekongsi dalam PLT) dan bekerja? Atau hanya sebagai Pengarah? Atau hanya sebagai pekongsi sahaja?
      2. Apakah ada perjanjian pekongsi yang sudah ditandatangan? Jika tidak, maka semua peraturan tertakluk kepada AKTA syarikat PLT.

      3. Dalam hal pengurusan syarikat, apakah sudah ada laporan kewangan yang dikeluarkan dan dibentangkan? Jika sebagai individu yang terlibat dalam operasi syarikat, akan ada laporan kewangan bulanan yang mesti disemak. Jika sebagai pekongsi, akan ada laporan tahunan yang mesti diterima.

      UNTUK nama dikeluarkan dalam syarikat PLT, mesti ada surat penarikan diri sebagai pekongsi. Jadi, semak dahulu status ini.

      Penyelesaian bagi syarikat PLT dengan situasi seumpama ini boleh diselesaikan, asalkan sahaja mahu mematuhi peraturan. Dengan maklumat yang terhad, ini saranan saya:

      1. Sekiranya Tuan pekongsi, mohonlah diadakan mesyuarat pemegang saham. Sekiranya Tuan pengarah, buatlah panggilan mesyuarat pengarah.

      2. Rujuklah kepada ‘compliance officer’ yang dilantik dalam PLT. Dalam hal ini, perbincangan dan kemahiran ‘negotiation’ penting sekali.

      3. Semak semula kepentingan Tuan dalam syarikat. Sekiranya kecil, tiada memasukkan modal tunai, dan tidak mahu terlibat menanggung liabiliti hutang, Tuan boleh sahaja menarik diri daripada menjadi pekongsi syarikat PLT itu.
      Semua ini, bergantung juga kepada apa yang Tuan mahu daripada syarikat dan perniagaan ini. Apakah mahu membangunkannya bersama dengan partner lain? Apakah tujuan asal penubuhan syarikat?

      Semoga urusan Tuan dipermudahkan.

  16. 1. Apakah Tuan partner (pekongsi dalam PLT) dan bekerja? Atau hanya sebagai Pengarah? Atau hanya sebagai pekongsi sahaja?

    Jawapan : Iya saya adalah patner (dalam PLT) merangkap kepada pengarah,dan saya adalah orang yang bekerja untuk menyiapkan project(iaitu restoran) dan semua idea dan perancangan dibuat oleh saya

    2. Apakah ada perjanjian pekongsi yang sudah ditandatangan? Jika tidak, maka semua peraturan tertakluk kepada AKTA syarikat
    PLT.
    Jawapan : kami telah bersetuju untuk menjalankan dahulu project dan akan membuat perkongsian share mengikut modal yang dikeluarkan masing2,akan tetapi semua ini tidak dibuat,kerana saya mendapati jumlah (verbal yang diberitahu adalah tidak seperti yang dijanjikan.

    3. Dalam hal pengurusan syarikat, apakah sudah ada laporan kewangan yang dikeluarkan dan dibentangkan? Jika sebagai individu yang terlibat dalam operasi syarikat, akan ada laporan kewangan bulanan yang mesti disemak. Jika sebagai pekongsi, akan ada laporan tahunan yang mesti diterima.

    Jawapan : sudah saya melihat bank staement bersama juru audit bertauliah dan memang ada pecah amanah.

    UNTUK nama dikeluarkan dalam syarikat PLT, mesti ada surat penarikan diri sebagai pekongsi. Jadi, semak dahulu status ini.

    Penyelesaian bagi syarikat PLT dengan situasi seumpama ini boleh diselesaikan, asalkan sahaja mahu mematuhi peraturan. Dengan maklumat yang terhad, ini saranan saya:

    1. Sekiranya Tuan pekongsi, mohonlah diadakan mesyuarat pemegang saham. Sekiranya Tuan pengarah, buatlah panggilan mesyuarat pengarah.
    Jawapan : Sudah dibuat oelh kerana 3 adik beradik ini mempunyai kuasa majoriti,mereka mengambil kesempatan untuk tidak berbincang mengenai pekara ini dan mengambil tindakan membuang saya.

    2. Rujuklah kepada ‘compliance officer’ yang dilantik dalam PLT. Dalam hal ini, perbincangan dan kemahiran ‘negotiation’ penting sekali.
    Jawapan: saya sudah melaporkan ke pematuh bahawa semua ini adalah salah,kerana saya telah melihat bank statement,mereka mengeluarkan wang atanpa pengetahuan saya berjumlah hampir 70 ribu dan semua ke acc persendirian masing masing,dan modal yang dijanjikan 140 ribu untuk modal mereka adalah sebenarnya 30 ribu shaja.

    3. Semak semula kepentingan Tuan dalam syarikat. Sekiranya kecil, tiada memasukkan modal tunai, dan tidak mahu terlibat menanggung liabiliti hutang, Tuan boleh sahaja menarik diri daripada menjadi pekongsi syarikat PLT itu.
    Semua ini, bergantung juga kepada apa yang Tuan mahu daripada syarikat dan perniagaan ini. Apakah mahu membangunkannya bersama dengan partner lain? Apakah tujuan asal penubuhan syarikat?

    Jawapan : saya telah berkerja selama 5 bulan (ditipu mengenai gaji,dan bersama sama dengan semua pekerja) dan saya telah mengeluarkan modal bahan mentah dan saya telah memasukkan perjanjian modal yang saya telah janjikan.

    Semoga urusan Tuan dipermudahkan.

  17. Salam, ingin meminta penjelasan puan/tuan….situasi saya adalah uncle saya meminjam nama saya sebagai Director syarikat (sdn bhd) saya xpsti sama ada sy pemegang saham di dalam syarikat atau sekadar nama sahaja, dan saya ingin meletakkan jawatan di syarikat tersebut disebabkan saya mohon BSH xlulus, sdgkn pendapatan sy sebulan bawah dari Rm2000, untuk lulus BSH syaratnya mestilah saya keluar dahulu dari syarikat tersebut, untuk pengetahuan puan syarikat tersebut sudah tidak beroperasi selama 4 tahun, manakala uncle sy berhutang dengan Company secretary. Pihak sana tidak akan membuat sebarang pertukaran nama selagi uncle saya tidak membuat apa2 bayaran. Saya sudah refer kepada uncle, tapi tiada apa2 tindakan dari dia. Apa yang perlu saya lakukan sekarang???

    1. Wasalam. Puan.

      Ini lebih kaitannya dengan urusan keluarga. Tetapi dengan maklumat yang sedikit, ini saranan saya.

      1. Sekiranya syarikat berstatus Sdn Bhd – belilah maklumat syarikat penuh dari SSM. Semak status Cikpuan. Pengarah sahaja ATAU pemegang saham sahaja. Semak bilangan pengarah dan bilangan pemegang saham. Jika bilangan pengarah ganjil, atau ada nama pengarah lain, cuba hubungi mereka untuk dapat kerjasama persetujuan proses pengubahan nama.

      2. Dapatkan pengesahan COSEC akan status syarikat ‘dormant’ yang tidak ada operasi dan juga nilai invois tertunggak semenjak tarikh itu.

      3. Gunakan semua dokumen itu untuk buat rayuan kepada pihak berkenaan.

      Input ini hanya berdasarkan maklumat yang Cikpuan berikan.

  18. Assalammualaikum Puan.,

    Saya nak bertanya. Syarikat kami adalah Enterprise. Family business. Terdahulunya nama dalam syarikat adalah rakan kongsi (suami saya dan menantu) kemudiannya nama menantu saya dikeluarkan kerana dia membuka business lain bawah syarikat kami juga.
    Masalahnya saya perlukan pencerahan dimana masa membuka current account syarikat 2 penandatangan (iaitu suami dan menantu) tetapi bila nama menantu dikeluarkan ada masalah ke nanti untuk membuat bayaran keluar? Tetapi menantu saya itu masih sebagai penasihat didalam syarikat kami.

    Harap dapat membantu tentang perkara ini. Sekian. Terima Kasih Puan.

  19. Assalamualaikum puan,sy nak tanya,dulu sy ada berkerja dgn 1 company.company tu sudah sdn bhd.dia gunakan nama saya dalam ssm dan sy sudah resign dr company tersebut.mcm mana cara sy untuk padam nama sy dlm ssm tersebut?disebabkan itu,sy susah mendapat bantuan,padahal sy tidak mempunyai syarikat dan tidak berkerja buat masa sekarang.mohon pandangannya puan..trma ksh.

  20. Assalamualaikum puan..maaf bertanya..bagaimana proses utk saya keluarkan nama saya dari syarikat enterprise yang dahulunya saya dan kawan saya daftar bersama..saya ingin keluarkan nama saya kerana saya sudah tidak mahu berniaga bersama dia lagi..adakah perlu saya bawa dia bersama ke ssm atau saya seorang sudah cukup?

  21. Norsheila Ghazali

    Assalamualaikum puan

    Kakak saya gunakan nama saya sebagai rakan kongsi untuk buka syarikat sdn. bhd. Dalam hal ni saya cuma sign form saja untuk bolehkan dia buka daftar ssm dan saya langsung tidak keluarkan segala jenis modal untuk buka syarikat. Dan mengenai saham jugak saya tidak tahu menahu. Syarikat tersebut jugak masih belum punya akaun untuk urusan keluar masuk wang.

    Disebabkan itu nama saya tidak layak untuk mendapat bantuan kerana berdaftar dengan ssm.

    Untuk pengetahuan puan juga saya cuma surirumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja sebagai operator kilang.

    Apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk buang nama saya dari syarikat tersebut? Harap puan dapat membantu saya. Terima kasih.

  22. Assalammualaikum puan,
    Saya disini ingin bertanya TERLAMPAU banyak soalan Saya ingin ajukan kepada puan ..salah satunya, apa yang dimaksudkan dengan maindate? .. sefaham Saya .. Kita beri kuasa dekat orang lain untuk uruskan syarikat Kita ? Dari account sampai ke semua ka? Kita sebagai pemerhati SAHAJA? Keputusan apa pown kita kena ikut ke? .. adakah itu satu risiko? . Selaku salah satu pengarah dalam syarikat , Saya berhakkan untuk mengetahui perjalanan syarikat Saya ..? Dan soalan seterusnya , adakah orang yang Kita beri kuasa itu mampu membuang nama Kita dari syarikat Tanpa pengetahuan Kita?

  23. assalamualaikum puan… sy nk bertanya..sy memiliki pusat refleksology pd tahun 2008.pd tahun 2012 sy mula mghadapi mslh pejerja dan sy telah mjual kedai reflexology sy dgn seorg mualaf…. dia mmggunakn lesen perniagaan sy untuk menyambung perniagaan… ssm ats nma sy. ats nsihat sy memasukkn nama seorg mualaf dan seorg tkg urut… so company tu ada 3 penama…. bbrapa thun kemudian sy dpt tahu dia mjual peniagaan itu dan dsmbung oleh seorg peniaga cina… baru2 ni sy dpt tau.. dia mggunakn kedai itu untuk perkhidmatan rumah urut… sy dh pnh pegi ssm untuk kluarkn nama tp kata officer yg incharge mesti bwk lgi 2 rkn kongsi. sdgkn sy xdpt kesan 2 lgi rkn kongsi tu….apa yg harus sy buat…. tqsm

      1. Assalamualaikum puan..saya Ada beberapa soalan nak tnya.saya Ada membuka 2 syarikat enterprise bersama rakan kongsi,pada mulanye semua berjalan lancar,tapi bila ada masalah rakan kongsi meletakkan jawatan,soalan saya:
        1) setelah letak jawatan dalam syarikat,dia tuntut semua modal,sedangkan syarikat alami kerugian Dan Ada beberapa pending payment.boleh ke dia tuntut share setelah dia letak jawatan.
        2) dia Ada keluarkan duit sebanyak 7000,kemudian syarikat membayar duit tu sebulan 230,adakah Itu dikira modal dlm syarikat atau pinjaman?,adakah dia layak utk claim modal tu balik?
        3) dalam waktu syarikat beroperasi,saya yang buat semua kerja dari dealing job proses, management worker,operation(saya jugak bekerja),sehinggala handover Dan kerjar payment.sedangkan dia hanya buat marketing,documentation sikit,tapi pembahagian profit 50/50.boleh ke saya tuntut lebih dari dia?
        4) rakan kongsi saya dia uruskan account,dalam acc dia maker saya checker,setiap pembayaran mmg dia Ada inform,terapi bila saya x setuju dgn satu² perkara,dia paksa saya utk approve payment tu.makna saya approve dlm x rela.kemuadian dia gunakan duit syarikat B utk modal buat office,beli barang,sehinggakan gaji pekerja tertunggak.sekarang dia dah resign saya yg kene tanggung gaji tertunggak tu..dan dia tuntut semua termasuk profit,modal dia..adakah saya perlu layan tuntutan dia?untuk pengetahuan puan,dia kasih berkhidmat dgn perkhidmatan awam.

  24. Nama bapa saya ada dlm ssm. Bila minta bantuan BPN baru2 ini tak dapat sbb itu. Rupa2nya bapa hanyalah pemilik saham sebyk 1000 unit shj sejak dari tahun 70an. Sykt yg dimaksudkan adalah sykt subsidiari kpd sykt yg tersenarai di BSKL. Tapi sykt ni masih aktif, walau tak pernah untung. Apa yg boleh bapa saya buat supaya namanya tak tersenarai dlm ssm? Pemegang saham walau sedikit akan tersenarai juga ke?

  25. Salam puan
    Abg pertama saya menggunakan nama abg kedua saya utk ssm sehinggakan bsh dan bpn pun xlulus.. abg kedua saya tu plak kerja sendiri.. pendapatan sangat sedikit.. adakah penama layak menerima duit setiap bulan atau menerima wang dari setiap projek.. berapa yang layak dapat?.. adakah salah jika tidak memberi wang hasil dari projek kepada penama ssm.

  26. saya ingin membuka bisnes restoran perkongsian 50/50 nak mula sebagai enterprise dahulu. sebelum memulakan perniagaan perkongsian ini, apa yg perlu saya buat? what kind of agreement yang kena wujud? macammana pembahagian tugas dan keuntungan? harap puan boleh berikan pecerahan. terima kasih….

  27. hi, macam mana kalau share partner tersebut dah lost contact for more then 5 yrs and hilang tampa di kesan tapi kami henda mehapuskan nama beliau atas sebab tak ada fungsi utk syarikat atau mendatangkan modal utk syarikat dan beliau mendapat share tersebut atas sebab love and affection before this.

    seperti yg di nyatakan di atas saya perlu membawa share partner tersebut utk mendapat persetujuan ..
    tapi dalam case ni that person missing without action, then how?

      1. Assalamualaikum puan,
        Saya ada kemusykilan berkenaan dgn nama sya digunakan utk menjadi pengarah lantikan syarikat sdn bhd yg baru ditubuhkan di Sabah.
        1. Apakah risiko kepada saya dikemudian hari jika tidak lagi bekerja di syarikat tersebut?

        2. Adakah saya mempunyai hak untuk mempeoleh imbuhan jika nama saya digunakan utk menjadi pengarah lantikan?

        Mohon puan dpat memberikan penjelasan. Terima Kasih.

        1. Wasalam.

          1. Apakah risiko kepada saya dikemudian hari jika tidak lagi bekerja di syarikat tersebut?

          Respon:
          Semua risiko dan tanggugjawab yang tertakluk ke atas Pengarah adalah menjadi tanggungan . Boleh semak semua tanggungjawan Pengarah. Maklumat ini Puan boleh dapatkan dari SSM.

          2. Adakah saya mempunyai hak untuk mempeoleh imbuhan jika nama saya digunakan utk menjadi pengarah lantikan?

          Respon:
          Ya, asalkan atas persetujuan semua pihak. Lantikan, Puan boleh tolak jika Puan tidak mahu dan tidak berpuas hati. Mesti jelas dengan skop kerja sebagai Pengarah yang dilantik oleh syarikat itu.

          Jika sekadar ‘guna/pinjam nama’, Puan semak semula sama ada sanggup tanggung risiko atau tidak.

          Puan perlu banyak buat research untuk tujuan ini.

  28. Salam Puan… Sy nk bertanyakan soalan… Bagai mana kita nk membuang rakan kongsi enterprise… Sudah 4 tahun saya x dapat menghubunginya melalui call/whatapps/email… Tmpat tggal dia pon sudah berpindah dan x dpt dikesan.. Saya buntu… Sayang kan company yg sudah 19 tahun terbina… Mulanya sy masukkan dia utk Sama2 mencari kerja dlm syarikat…. Selepas itu dia menghilangkan diri dan x dpt dikesan sehingga sekarang…

  29. Salam puan sy nak tanya,sy ada buat ssm sdn bhd dgn 3 rakan kongsi.tp yg pergi daftar syarikat dgn setiausaha tu sorg shj,jd kami yg lain hanya bg ic copy shj,namun kami belum pernah sign apa2 agreement tentang share masing2.tp rakan yg berurusan dgn setiausaha tu dh upload kt group whatsapp mcm butiran lengkap ssm cthnya no ssm list share dan ada lampiran2 lain seolah2 daftar syarikat tu dh siap.tp sy belum turun kan tandatangan apa2.jd sy nk tnya adakah ssm sdn bhd itu legit atau belum sah sbb semua belum turun kan tandatangan.boleh ke sy didakwa atas apa2 berkaitam syarikat tu yg masih belum diturunkan tandatangan tu?sbb lesen perniagaan pun belum ada.

  30. Puan. Sy na bertanya. Perluka kita pulang kan duit partner kita yang dia labur bersama setela dia undur diri atau tak perlu?

    1. Tentang pemulangan wang modal.

      1. Semak semula persetujuan asal semasa menjalankan perniagaan. Modal yang dibawa masuk ke dalam syarikat, adalah dengan tujuan membangunkan perniagaan. Bermakna modal itu boleh jadi sudah dibelanjakan dalam pelbagai bentuk.

      Jika ada perjanjian pulangkan modal, pulangkan.
      Jika tidak ada, berikut adalah saranannya.

      2. Ada beberapa situasi.

      a. Jika enterprise.

      b. Jika PLT atau Sdn Bhd.

      Bagi tujuan maklumat terkini yang lebih terperinci, untuk syarikat, boleh hubungi akauntan yang menyediakan laporan kewangan untuk membuat penialauan atau COSEC yang menguruskan dokumentasi.

      Jika perlukan satu sesi runding cara, boleh hubungi terus emel: noraminah.lifetract@gmail.com

  31. Salam puan,

    Saya ada beberapa soalan..
    Suami saya ada syarikat enterprise.. tetapi lebih banyak menguruskan syarikat bersama ahli keluarga (sdn bhd) persolannya :

    1. Adakah suami masih layak di masukkan nama sebagai salah seorang pengarah dlm perniagaan keluarga?

    2. Apakah kesan terhadap syarikat enterprise suami saya?

    Terima kasih

  32. Salam puan. Saya ada buat perkongsian enterprise dengan 2 rakan saya.

    Ni dah tahun ke 3, tapi kami tak sign apa-apa agreement dulu.

    Sekarang saya nak keluar dari perkongsian, boleh ke saya ambil 1/3 dari aset & hasil perniagaan?

  33. Slm puan, saya ingin mohon pencerahan puan apa yang perlu saya lakukan skrg.

    1) Saya adalah pengarah utk sebuah syarikat Sdn. Bhd. yg mana hanya digunakan nama sahaja. Saya tak mahu jadi pengarah lagi, saya perlu mula dari mana ya? Org2 yg menguruskan penggunaan nama saya dahulu tak dapat dikesan lagi. Saya tak tahu syarikat itu masih beroperasi ke tidak & syarikat itu menjalankan bisnes apa.

    2) Adakah saya berhak utk pergi ke bank dan meminta penyata?

    Mohon pencerahan. Tq.

    1. Wasalam.

      Mohon semak sekiranya ada emel dari saya terdahulu.

      Untuk situasi ini, cari dahulu maklumat syarikat dan hubungi company secretary.
      Mesti tahu nama syarikat dan nombornya.

  34. ALEK AWANG KONOLON

    assalamualaikum puan , sekiranya syarikat saya sdn bhd mempunyai 3 pemegang syer 33,33,34 manakala saya memegang 33 syer dimana 2 pemegang syer ingin mengeluarkan saya daripada syarikat melalui undian dalam extraordinary general meeting yang akan diadakan.Adakah saya perlu menjual syer saya atau mencadangkan untuk winding up syarikat yang sedia ada supaya semua harta dapat dibahagi bersama.

  35. Puan ada email saya ke? Tiada terima apa2 email dari puan.. saya buntu tidak tahu siapa yg harus dihubungi, baik secretary mahupun akauntan. Amat dihargai jika Puan sudi respon saya melalui email.

  36. Nama suami saya ada dlm ssm. Bila minta bantuan BPN baru2 ini tak dapat sbb itu. Rupa2nya suami hanyalah pemilik saham sebyk rm375000 shj sejak dari tahun 2007. Saya ada beli maklumat dari ssm.Tapi sykt ni masih aktif, walau tak pernah untung. Apa yg boleh suami saya buat supaya namanya tak tersenarai dlm ssm? Pemegang saham walau sedikit akan tersenarai juga ke?

  37. Assalamualaikum..
    Harap puan perasan dan dpt memberi respon atas pertanyaan saya ini.

    Saya ingin bertanya. Saya baru bermula bisnes brsama rakan saya. Kami membuat persetujuan bersama untuk menjadi share partner. Akan tetapi, skrg segala dokumen2 syarikat dan kedai itu, semua atas nama dia seorg shja. Termasuk account company. Dan pembahagian kerja juga, kebnyakkan saya yg uruskan. Seolah2 saya seorg pekerja dan dia adalah bos.

    Secara jujur, iyaa betul, mmg dia yg banyak keluarkan modal pernigaan. Tetapi, mengikut perjanjian, semua modal akan dibahagi 2 dan saya juga akan membayar setiap bulan. Kiranya, saya berhutang modal dgn dia. Tetapi, kami tidak ada apa2 agreement sprti surat hitam putih yg menandakan kami share partner. Dan SSM kami juga bukan rakan kongsi. Kami buat asing. Tetapi, lesen kedai, account kedai semua atas nama dia seorg.

    Saya ingin mengambil keputusan untuk mengundur diri dari menjadi share partner dia. Tapi saya masih sayangkan nama kedai itu. Kerana saya yg menaikkan nama kedai itu. Saya ingin meminta pendapat puan, apakah tindakan yg sewajarnya harus saya buat?

    Saya risau juga jika, rakan saya ada meminta sedikit duit sbgai ganti rugi syarikat jika saya mengundur diri.

    Saya harap puan dpt menjelaskan masalah saya ini.
    Terima kasih.

  38. Salam Puan,

    Saya ade buat perkongsian Enterprise dgn 1 rakan partner saya, skrg dia dah lama x active berniaga..

    Skrg saya nak keluar dari perkongsian,
    Boleh ke saya pegi berkeseorangan dkt SSM office utk keluarkan nama saya dri partner perkongsian? Atau apa langkah2 yg perlu saya buat? Terima kasih puan..

  39. Assalamualaikum..

    Kawan saya mahukan jadikan saya sebagai seorang pengarah dan nama syarikat (Sdn Bhd) akan ada hanya nama saya seorang. Saya ingin dapatkan maklumat dari sudut percukaian (berapa setahun sebelum tolak tex exempted items, etc), kos selenggara syarikat sdn bhd (yuran setiausaha, audit, etc) Untuk makluman saya juga berkerja dengan majikan lain.

    Secara kasarnya, berapa percent atau amount yang saya perlu minta dari rakan saya sediakan untuk setahun bagi menjelaskan kos2 penyelenggaraan sdn bhd sekiranya syarikat dijangka menjalankan transaksi perniagaan sebanyak RM300k setahun

  40. Salam puan, saya ada seorang partner dan bersetuju hemdak keluar dari kedai(enterprise). Dan beliau minta bahagian hak kedai . Perlu saya bagi ke puan? Kedai masih melangsungkan perniagaan.

  41. Assalamualaikum Pn Noraminah Omar…

    Situasi: Saya pernah memohon LLP beberapa tahun lalu ( 2013 ) sbg salah satu syarat untuk melayakkan permohonan saya untuk membina sebuah kafe di salah sebuah tapak di kawasan lapangan terbang. Namun, lesen tersebut tidak pernah beroperasi sama sekali kerana permohonan kafe tersebut tidak berjaya dan kebetulan tidak ada bisnes pada masa itu. Pembaharuan lesen juga tidak pernah dibuat ( 2013 – 2020 ).

    Soalan: Permasalahan sekarang apakah saya boleh membatal atau menutup akaun/ lesen LLP tersebut kerana salah seorang penama dalam lesen tersebut adalah adik saya yang sebelum ini penerima BSH. Kini, permohonannya untuk BSH telah ditolak sebanyak 2x dengan alasan namanya tersenarai dalam lesen LLP saya. Saya amat memerlukan tunjuk ajar serta nasihat daripada pihak Tuan/Puan untuk proses tersebut.

    Sekian, Terima Kasih.

    Iramayati Hamzah
    Tawau, Sabah

  42. Salam puan
    Sya nk tanya nama sya suami masukn dlm compny dia ..sdn bhd..
    Boleh kah sya buat syrikat interprise bersama adik sya mknanya dua nama la..sdgkn nama sya ada didlm compnya suami..sbg partner. Adakah boleh untuk sya mohon projek kerajaan. Terima kasih

  43. Assalam puan. Bulan 7 saya ada buka satu bisnes baru dan hanya daftar enterprise. Selepas tu, bulan 10 baru2 ni, atas nasihat mentor dia suruh saya buka sdn bhd dan masukkan nama anaknya sebagai partner. Saya bersetuju sebab nak buka sdn bhd kena ada 2 nama dan saya nak kembangkan bisnes saya lagi jauh.

    Yang menjadi masalah sekarang, bisnes partner saya tak ada pengalaman dalam bisnes dan saya nampak dia tak faham struktur syarikat macam mana. Macam mana nak jelaskan pada bisnes partner yang saya adalah decision maker dalam syarikat dan apa2 benefits syarikat (Gaji, dan lain2) tak sama pembahagian antara saya dengan dia? Sebab baru2 ni saya ajak dia bincang tentang gaji masing2 dan dia seolah olah nak gaji sama macam saya.

  44. Assalamualaikum Puan,

    Saya adalah salah seorg pemegang saham dan juga pengarah syrkt bersama2 dua org lagi yang mane pembahagian share kami semua sama…tahun ni kami mendapat kerja dari kerajaan dan selepas tolak kos semua didalam acc company ade 2juta. Masalah sy sekarang sy ingin keluar dari company. Jadi sy nak pengiraan pembahagian dan process itu adakah akan mengambil masa. Sy ingin keluar sebelum company sy membuat pinjaman pembelian dari pihak bank kerana salah seorg dari kami bercadang utk membeli kereta atas nama syrkt dgn alasan utk kegunaan syrkt. Jadi adakah pembahagian kami itu diambil kira dari 2juta td.

  45. Assalamualaikum puan

    Bismillahiramahnirahim, sya doakan puan dalam keadaan sihat walafiat, puan disini saya nak ajukan 2 soalan .

    1- Puan, saya mempunyai saudara yang ingin menjual perniagaan beliau jenis enterprise kepada saya, jadi apakah tindakan yang perlu proses yang saya buat, sedangkan nama di dalam daftar perniagaan tiada namanya, namun kami sedia maklum bahawa beliau merupakan pengeluar modal syarikat tersebut dari segi pembaikan dan segala hal?

    2- apakah proses yang betul perlu dilalui untuk tukar nama syarikat enterprise..

    terima kasih puan .

  46. Assalamualaikum Puan,

    Sekadar bertanya. Untuk pendaftaran PLT (LLP) memerlukan at least 2 org. di mana ada Compliance Officer untuk menyerah simpan apa2 shj dokumen yang berkaitan. Sekiranya Compliance Officer itu sendiri yang ingin menarik diri, jadi perlukah persetujuan yang lain untuk penarikan diri atau bagaimana untuk melantik perkongsian yang baru. Ada apa2 dokumen sokongan perlu dilampirkan seperti sdn. bhd. Atau pada masa yang sama perlu mencari pengganti?

    1. Wasalam.

      Compliance Officer (CO) boleh jadi semua nama pekongsi. Biasanya, salah seorang akan jadi CO.
      Jika CO ialah salah seorang pekongsi dan dia tarik diri, mesti pastikan pekongsi minima ada 2 orang.
      Kalau 3 orang, seorang tarik diri, lantik saja pekongsi lain sebagai CO.

      Bab penarikan diri keluar, melibatkan perubahan nama dalam pekongsi,
      kena update dalam sistem SSM, CO yang kena buat. Tidak seketat Sdn Bhd. Cukup dengan surat.

      Update sahaja dalam sistem. Surat dan rekod penarikan diri dan kemasukan nama baru dalam simpanan syarikat sahaja
      CO uruskan.

      Semoga membantu.

      Boleh terus support blog saya dengan mendapatkan salah satu ebook di:
      https://www.noraminahomar.com/shop-ebook

  47. Assalamualaikum, Puan.

    Izinkan saya mengajukan satu soalan berkenaan bagaimana caranya untuk remove nama rakan kongsi yang sudah tiga tahun hilang dan tidak dapat dikesan dalam perniagaan enterprise. Kegagalan rakan kongsi tersebut untuk hadir mengendalikan dan aktif dalam perniagaan telah menyebabkan banyak masalah, antaranya terdapat isu untuk membaharui lesen, membuka akaun perniagaan dan lain-lain lagi.

    Terima kasih, Puan.

    1. Wasalam.

      Jika LESEN ENTERPRISE, cara keluarkan nama adalah memerlukan semua penama ke SSM untuk urusan itu. Dalam tempoh COVID ini, mesti rujuk SSM dahulu tentang SOPnya.

      Jika beliau tak bekerjasama,tak bolah buat apa.
      3 tahun hilang – semak keluarga beliau. Jika perlu buat laporan polis, tujuan cari beliau.

      ATAU, buka lesen enterprise lain untuk teruskan bisnes, itupun jika boleh.

  48. Salam, saya nak tanya. dalam portal myLLP. Boleh ke saya nak tukar user profile ke nama orang lain? Company sekarang jenis LLP. ade dua orang partner. saya ingin tukar dua dua orang partner ke nama orang yang baru. boleh ke? dan saya jugak mahu tukar compliance officer yang stated dalam myLLP kepada orang lain. dan apabila ingin buat pembukaan akaun. perlu ke dua dua orang partner baru dan lama hadir ke bank?

    1. Wasalam.
      Perkara bab penggunaan sistem LLP berbentuk teknikal.
      Compliance Officer perlu semak sendiri di SSM.
      Maknanya, Cik Alya perlu semak terus dengan SSM perkara yang melibatkan LLP.
      Masuk dalam sistem dan baca semua peruntukan LLP untuk tukar nama.

      Untuk buka akaun, perlu semak dengan bank.
      Tempoh COVID ini, boleh buka online dahulu, dan pergi ke bank untuk pengesahan.
      Semak terus dengan bank di cawangan pilihan.

      Selamat maju jaya dalam bisnes!

  49. Assalamualaikum Puan,

    Saya dalam proses untuk membuka syarikat Sdn Bhd. Pertanyaan saya :

    1)skrg sudah boleh kan untuk setup sdn bhd hanya satu nama shj, maksud hanya saya shj sebagai pemilik syarikat Sdn Bhd?

    2)untuk akaun syarikat – boleh ke saya transfer duit amount yg besar ke akaun peribadi ? i.e utk lunaskan hutang2 personal yg ada?

  50. assalamualaikum puan….saya nak bertanya

    saya bekerja dengan dengan (suami kepada adik perempuan saya dia bukan warganegara) dengan gaji rm1500 sebulan dan nama saya digunakan sebagai salah satu majikan di syarikat tersebut (syarikat enterprise) dan segala urusan berkaitan syarikat digunakan atas nama saya… dan keuntungan syarikat saya x pernah ambil kecuali gaji rm1500 sebulan sahaja disebabkan saya bekerja dengan mereka…di dalam nie saya nk beritahu yang rakan kongsi bg syarikat ini adalah adik saya tetapi nama dia juga digunakan sebagai pengarah syarikat…keuntungan 100% diambil suami kepada adik perempuan saya yang bukan warganegara malaysia.

    jika suatu hari nanti jika terdapat masalah contoh nya dia hendak membuang saya bekerja (kerana ada pertikaian antara kami)bolehkah saya meminta hak saya sebagai penama perkonsian perniagaan (enterprise). ini disebakan kemungkinan badan2 kerajaan spt ,lhdn,socso,kwsp dan lain2 akan mencari saya berbanding (suami kepada adik perempuan saya yang bukan warganegara malaysia. )

  51. Assalamualaikum puan,

    Saya ada soalan ingin bertanya mengenai syarikat sdn bhd..saya salah seorang investor dalam company serta bekerja dalam company yg sama. Tetapi melalui rujukan saya di SSM syarikat didaftarkan atas nama seorang director sahaja serta nama-nama shareholder lain tiada didalam list SSM.

    1.Jika syarikat didaftarkan sdn bhd perlu atau tidak nama2 shareholder didalam SSM?
    2.adakah investor agreement boleh digunakan jika ada apa-apa masalah kemudian hari walaupun nama saya tiada didalam SSM(shareholder)

      1. Salam Pn.,
        saya da daftar SSM ( enterprise ) dgn nama abg dan kak ipar,
        masalahnya skrg abg saya terlibat dalam kes polis, menghilangkan diri, kami dah buat laporan polis.
        skrg ni daud nak buang nama abg dr enterprise tu cam mana yek, sebab daud pun x tau dia kat mana dan tengah buat apa.

        minta pendapat yek Pn.

      2. Salam puan..partner telah membuang saya dari ssm enterprise..kerana saya ada masalah dengan dia kerana dia menggunakk duit syarikat untuk peribadi beli kerete cth nye dan akaun.bank hanya dia saja yang boleh keluarka. Duit dan sign cek..tp sekrang saya terima surat saman dari kwsp kerana dia tidak membayar kwsp pekerja.adkah saya akan di kene kn tindakkan undang2 kerana nama sudah tiada dalam ssm..dan nama saya hnye diguna kn sahaja dan sy sebagai pekerja.dan alasan dia yang mengeluarkan semua modal.mcm.mne ye puan..

        1. Wasalam.

          1. Sekiranya Tuan masih terima surat saman atau yang berkaitan nama dalam lesen enterprise,
          maknanya nama Tuan masih ada dalam lesen enterprise itu. Semak semula.

          2. Sekiranya masih bekerja di situ, bawalah berbincang dengan partner. Lihat sama ada masih sesuai bekerja di situ
          dengan keadaan ini.

          3. Jika tiada perjanjian berpartner, dan nama sudah tiada dalam lesen SSM, memang maknanya, tiada urusan
          lain yang Tuan perlu buat. JIka bekerja, bekerja sahajalah.

          Semoga urusan dipermudahkan dan keputusan Tuan membawa kepada kebaikan.

  52. Assalamualaikum puan,
    sebelum ni ayah sy pernah join syarikat sdn.bhd bersama kawan2 dia la.. sy pendekkan cerita, ayah sy jatuh sakit dan jual semua aset utk satu syarikat ayah *bukan sdn bhd diatas* dan bercadang utk berehat.. ayah sy tidak layak utk sebarang bantuan kerajaan.. bila sy semak di lhdn, syrkt sdn bhd masih lagi aktif wlupun telah difaftarkan lebih 10thn.. bagaimana puan ayah sy nak cari alamat syrikat dan gugurkan nama ayah drpd sdn bhd?

  53. Salam Pn,

    Sy nak tanya kalau sy ada beberapa partner tapi enteprise company (ssm) hanya nama sy sorang sahaja, boleh ke sy keluarkan partner-partner yang tidak senarai itu dengan begitu sahaja. Kerana nak keluarkan sebab partner tersebut tidak membuat kerja-kerja seperti yang sepatutnya dan hanya sy sorang sahaja yang membangunkan company. Ada buat perjanjian tetapi perjanjian tersebut tidak pasti valid atau tidak, sebab perjanjian dibuat dengan sendiri dan sangat ringkas dan generic.

    1. Wasalam.

      1. Maknanya nama ‘partner’ TIADA dalam lesen enterprise. Ini berdasarkan ayat Tuan.
      Jika mahu ‘dikeluarkan’, maknanya tiada kaitan dengan dokumentasi, lebih kepada persetujuan
      yang ada sahaja.

      2. Meskipun tiada perjanjian rasmi, namun apa sahaja yang sudeh dipersetujui sama ada bertulis atau lisan,
      sebaiknya dihormati. ‘Honor your promises.’

      Sebaiknya, dalam hal ini bawalah berbincang.

      Semoga urusan Tuan dipermudahkan.

  54. Assalamualaikum puan,
    Pihak syarikat menggunakan nama sy sebagai share holder syarikat sdn bhd lain. Ini menyebabkan sy tidak boleh apply cidb & mof untuk syarikat enterprise sy sendiri. Hampir 6 bulan sy memohon kepada bos untuk pertukaran share holder. Tetapi hingga sekarang masih cari orang untuk ganti saya. sedangkan sy tidak dapat benefit dari syarikat tersebut. Apa tindakan yang boleh saya lakukkan.

    1. Wasalam.

      Pertukaran share holder lebih sukar daripada meletak jawatan sebagai pengarah.

      1. Apabila mahu keluarkan nama sebagai pemegang saham, mesti ada orang yang membeli saham kita itu.
      Jika tiada yang mahu beli, maka kita tidak boleh jual saham, dan tidaklah nama kita boleh dikeluarkan.

      2. Jika pemegang saham lain dalam syarikat mahu beli, lebih mudah.
      Bincanglah dengan pemegang saham lain atau pengarah yang ada, untuk ambil/beli saham Tuan itu.

      3. Semua proses ini, hanya boleh dilakukan apabila rekod dan laporan kewangan tahunan diserahkan ke SSM
      secara semasa. Maknanya, tak ada tunggakan serahan laporan kewangan syarikat ke SSM dan LHDN.
      Jika ada isu, pertukaran nama pegangan saham pun tak boleh dibuat.

      4. Menjadi pemegang saham, benefitnya adalah mendapat dividen. Apabila syarikat untung, baru ada dividen.
      jika tak untung, memanglah tiada dividen itu.

      Maka, untuk hal ini, bawalah berjumpa dengan Bos dan fahami mengapa ada isu ini. Hubungi COSEC untuk pengesahan.
      Bawa berbincang dengan cara baik.

      Akan datang, tidak lagi perlu buat keputusan untuk jadi mana-mana pemegang saham syarikat tanpa ada persediaan dan
      pengetahuan.

      Semoga urusan Tuan dipermudahkan.

  55. assalamualaikum puan,

    Saya sedikit buntu dan perlukan pencerahan daripada pihak puan.
    Saya mempunyai bisnes enterprise dan ada seorang rakan kongsi. Pada mulanya, kedua2 nama telah didaftarkan di ssm. Kemudian, atas persetujuan bersama disebabkan katanya untuk memudahkan segala urusan dalam penubuhan syarikat ini, hanya nama saya yang ada dalam ssm. Namanya dikeluarkan, pembahagian kerja beratnya pada saya, modal pula berkira untuk melaburkan, tapi pembahagian keuntungan nak sama rata. Pada mulanya saya ok, tapi lama kelamaan saya merasakan ada ketidakadilan di situ. Dari segi loan, socso dan sebagainya.

    Berikut merupakan soalan saya:
    1. Dari segi ownership bagaimana? Bolehkah dia claim partnership walau tiada nama di ssm?
    2. Apakah cadangan daripada pihak puan terhadap situasi saya? Sebab sy khuatir apabila berlaku perkara yang tak diingini, semua tanggungjawab atas saya dan dia taknak ambil tanggungjawab atas alasan namanya tiada dalam ssm.

    Mohon pencerahan.

    1. Wasalam.

      1. Semak semula apa perjanjian dan persetujuan semasa membuka lesen enterprise itu.
      Ini banyak bergantung kepada jenis dan industri bisnes yang Tuan masuk. Clain partnershi memang tiada,
      melainkan apa yang ada dijanjikan.

      2. Jika sudah tidak ada persefahaman, selepas berbincang pun tidak selesai
      Tuan boleh sahaja keluar daripada hubungan bisnes jika mahu. Benar, risiko ditanggung oleh nama yang ada
      dalam lesen enterprise itu secara sah.

      Semoga urusan Tuan dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk buat keputusan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.