“Saya anak Mak nombor 2.”

Menjalankan bisnes merupakan satu aktiviti yang ada bersamanya objektif dan tujuan tertentu. Majoriti orang bisnes yang saya termui, mahukan bisnesnya dapat diwarisi. Tidak kiralah apa fasa dan saiz bisnesnya sekarang.

 

Dalam salah satu kelas bisnes, saya didatangi oleh seorang peserta. Dia berkata, “Puan, saya nak tanya.”

 

Saya memandangnya, senyum lalu menjawab, “Ya, ada apa Cikpuan?”

 

“Begini. Saya sebenarnya membuka syarikat denagn ayah saya. Saya buat bisnes menjual produk kecantikan. Tahun ini, syarikat sudah mula buat duit.”

 

Saya masih diam dang angguk-angguk. Dia menyambung, “ Situasinya, ayah saya ada dua isteri. Saya anak isteri kedua. Isteri pertama dan anak-anak bukan orang bisnes. Bisnes yang ini memang ayah saya yang modalkan. Jadi, macam mana Puan? Saham ayah saya dalam syarikat saya ini, tentulah anak-anak mak nombor satu pun boleh tuntuk bukan?”

 

Saya diam. Ya. Ini hal persyarikatan. Saya pula bukan peguam yang menguruskan harta dan pusaka. Malah, tidak ada kelulusan pun. Saya menelan air liur.

 

Sambil berfikir, saya menjawab. “Dalam syarikat yang ini, pemegang sahamnya hanya Cikpuan dan ayah?”

 

DIa mengangguk. “Tapi, ayah saya memang ada buka satu syarikat lain. Dalam syarikat itu nama kami semua anak-anak dia ada.”

 

Spontan saya berkata, “ Oh… berapa ramai adik-beradik semuanya?”

 

“12 orang Puan. Tapi, syarikat yang ini saja yang memang ‘solely’ saya dan ayah saya pegang saham. Itulah. Saya nak tahu macam mana. SAya kalau boleh tak mahulah ada tuntutan yang bukan-bukan nanti. Ayah saya pun umurnya sudah masuk 80an.”

 

Saya tahu dia mahu dengar jawapan dari saya. “ Beginilah Cikpuan. Cikpuan buat semakan dahulu.

 

  1. Berapa nilai pegangan saham antara Cikpuan dan ayah.
  2. Berapa pula nilai saham yang sudah berbayar? Yang Cikpuan bayar dan yang ayah bayar.
  3. Apabila jumlah saham berbayar ayah lebih banyak, tawarkan kepada ayah untuk Cikpuan beli saham-saham beliau dalam syarikat.

 

Selepas siap, pastikan yang Cikpuan memegang saham majoriti dalam syarikat.

Seterusnya, pastikan Cikpuan tuliskan wasiat.

 

Pesan juga kepada ayah untuk tulis wasiat. Ambil khidmat peguam, yurannya sekitar RM700 sahaja. Jika tidak, semuanya akan diproses mengikut faraid.”

 

Saya berhenti. Sempat saya menarik nafas apabila dia berkata, “ Itulah Puan. Bisnes produk kecantikan ini memang saya yang usahakan. Memanglah modal adripada ayah. Saya bukan apa. Saya tak mahu ada tuntutan yang bukan-bukan pada masa akan datang dari adik-beradik yang lain.”

 

Dia kelihatan serius. Kemudian dia menyambung. “Sekarang saya sudah faham sedikit. Jadi senanglah saya nak uruskan ayah sebagai pemegang saham dan ALP saja. Tidak perlu dia bekerja.”

 

Sedikit letih berdiri lama, saya bergerak sedikit ke kiri dan ke kanan agar kaki saya tidak kejang. Melihat saya mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata, “ Sebenarnya, saya ada banyak lagi nak tanya. Tapi, nantilah saya emel Puan ya…”

 

Sambil senyum, dia membetulkan beg tangannya and menghulurkan tangan bersalam dengan saya. Saya mengucapkan terima kasih dan menghantarnya hingga ke pintu keluar kelas.

 

Malam itu, saya masih terbayang-bayang dua buah keluarga. Sebuah keluarga berlatarbelakangkan ‘pegawai kerajaan’ dan sebuah lagi ‘orang bisnes’.

 

Entah bila dan bagaimana, semua bayang-bayang bertukar menjadi anak-anak kucing comel yang mengiau-ngiau manja mahu dibelai.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.