KEMBARA 1 : Mencari Kelainan

Dahinya berkerut.  Memesan sirap bandung cincau manis, rakan saya yang berbaju biru itu berkata, “Banyak sangat orang yang buat perkara yang sama.”

Sedikit hairan saya bertanya, “Buat apa? Apa yang sama”

“Yalah. Orang buat kelas memasak, banyaklah kelas memasak lain. Orang buat kelas menjahit, banyaklah kelas menjahit. Orang buat kelas jadi kaya, banyaklah kelas ajar macam mana nak kaya…..”

“Oh…”

“Kau tak rasa apa-apa?”

“Rasa apa?”

“Yalah. Penat. Asyik benda yang sama. Perkara berulang. Tiada kelainan. Cliche. Sama saja. Eh, kau kerja apa sekarang?”

Saya tergelak. Selepas penat rakan saya itu mengomel dan ‘bising’, barulah beliau mahu bertanya tentang apa yang saya sedang lakukan.

Pada kebanyakan masa, kita akan dapati apa yang kita buat ini sama sahaja dengan apa yang orang lain lakukan.

“Tidak juga. Memang ramai orang buka tadika. Tetapi tidak ramai yang menjalankan bisnes mengurus dan mengembangkan syarikat bisnes tadika.”

“Maknanya, apa yang kau buat sekarang tak sama ya dengan yang lain?”

Saya angguk. “Ya. Hakikatnya, syarikat yang saya uruskan tidak mempunyai tadika. Tetapi, hanya memiliki pegangan saham dalam syarikat yang menguruskan tadika.”

Matanya bulat memandang saya. “Macam mana tu?”

“Saya juga baru belajar. Tapi, setakat ini dengan bahasa mudah macam UBER juga.”

“Macam UBER?”

“Ya. Tak perlu ‘own’ kereta atau teksi untuk beri servis.”

Rakan saya itu angguk-angguk.

Sebenarnya, rakan saya ini juga seorang pendiri bisnes. Selepas masuk tahun keenam berbisnes, beliau merasakan kepenatan yang tidak tertanggung. Tambahan pula, suaminya yang bekerja di jabatan kerajaan sudah mendapat kenaikan yang tinggi.

Maka, suami beliau pun sudah mula meminta beliau ‘fokus’ kepada urusan anak-anak di rumah.

Saya sendiri tidak banyak cerita menarik yang mahu diceritakan. Tetapi, memandangkan hanya setahun sekali atau dua kali kami berjumpa, saya mesti meraikan momen bersama sahabat seperti ini.

Rupa-rupanya, masih banyak perkara yang berlaku dan yang kita lakukan, tidak mempunyai satu dorongan dan asas yang kuat. Jika ada sekalipun, kita menjadi lemah apabila kita perlu melakukannya sendirian.

Sebagai pendiri bisnes, terutamanya wanita, cabaran-cabaran yang khusus dalam bisnes itu pasti. Pada masa yang sama, ia bergantung kepada latar belakang dan cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita.

Apabila kita mahu meniru atau mencapai apa yang orang lain capai, tanpa ada satu strategi untuk mencapainya dengan betul, kita akan penat.

Adalah lumrah kepada pengusaha bisnes pada 3 tahun pertama untuk bertungkus –lumus, ikat perut.

Adalah biasa kita lihat adanya pengusaha bisnes yang punya banyak masa mengembara , berbelanja dan berkesperimentasi pada tempoh selepas 2 tahun pertama berbisnes.

Adalah tidak menghairankan adanya pengusaha bisnes mula membeli kenderaan dan aset-aset atas nama syarikat pada tahun ketiga berbisnes.

Tetapi, apabila kita melihat ramai orang melakukan perkara yang sama macam orang lain, tidak bermakna apa yang dilakukan itu betul. Orang nampak, semua orang bisnes sama sahaja. Buat jualan. Buat duit. Kumpul harta.

Dalam kebanyakan masa, mereka boleh melakukan satu perkara atas satu faktor tertentu. Kita tidak akan boleh melakukannya, kerana kita tidak dapat mengulangi kewujudan faktor itu dalam masa, usia dan lokasi kita.

Apa yang pasti, kita belajarlah ilmu dan kemahiran berbisnes. Belajar bekerjasama dalam kumpulan agar kita dapat mengerakan hasil. Kita belajar berkolaborasi agar kita cepat mengembangkan bisnes.
“Habis, kau tak kisah dengan keadaan sekarang?”

“Keadaan macam mana?”

“Yalah. Aku tengok kau macam kuli juga….mesti lagi penat! Aku macam kuli sekalipun, duit banyak masuk. Syarikat sendiri uruskan. Mudah.”

“Oh…tentang syarikat?”

“Ya, syarikat. Syarikat tu siapa punya? Bukan kau seorang kan?”

Saya angguk. Senyuman saya bertambah panjang.

 

…bersambung. 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.