KEMBARA 2 : Rancang Apa yang Kita Mahu Tanam

“Betul mahu tahu?”

Rakan saya membetulkan tempat duduknya. Ditariknya kerusi sedikit kehadapan. “Kau cuba terangkan. Syarikat kongsi ramai-ramai itu macam mana?”

“Sebenarnya, saya pun baru juga. Banyak perkara sedang dipelajari. Ringkasnya begini saja. Jika syarikat itu kita punya seorang bermakna 100% kita pegang sahamnya, bukan?”

“Ya, betul.” laju rakan saya itu mengangguk. “Biasanya, aku bagilah partner aku sikit. Dalam 10% macam tu. Jadi, syarikat tu, kira masih aku punyalah…”

Saya angguk dan menyambung, “Ya. Apa yang saya lalui sekarang, kami ada banyak pemegang saham dalan satu syarikat. Syarikat pula diasingkan. Syarikat pelaburan, tugasnya melabur saja. Syarikat yang menjalankan operasi, buat kerja operasi saja. ”

Rakan saya itu diam. Melihatnya begitu, saya berkata, “Jadi, syarikat yang memang ada ramai ‘tuan punya’ ini, dapat menjalankan banyak aktiviti. Aktiviti pelaburan yang banyak. Aktiviti operasi yang banyak. Mengikut jenis bisnes syarikat masing-masing.”

“Aku belum faham.”

“Ok. Apabila aktiviti syarikat ini banyak, sudah tentu pendapatannya juga banyak. Revenuenya tinggi. Meskipun kita memegang hanya 10%, pendapatan syarikat ini 10 kali ganda daripada syarikat yang kita miliki 100%.”

“Ok…macam faham.”

“Begini saja. Daripada sebuah syarikat yang kita pegang 100%, tetapi jualan hanya RM100K setahun, lebih berbaloi kita pegang 10% sahaja dalam sebuah syarikat yang jualannya RM1.5 juta setahun.”

Rakan saya masih diam. Menyandarkan badannya ke kerusi, dia bertanya, “Macam mana kau boleh pasti syarikat tu boleh berjalan macam tu? Buat revenue banyak tu?”

“Ada banyak cara. Jadilah pemegang saham yang betul. Mesti dapat laporan setahun sekali. Atau, jika kita ada kapasiti, tawarkanlah diri jadi ALP syarikat. Paling tidak, kita boleh sahaja bekerja dahulu dalam syarikat.”

Melihat rakan saya diam, saya mula ragu. Apakah yang saya katakan itu salah?

Belum sempat saya menyambung, dia berkata, “Aku bab-bab mengurus saham, ALP bagai….ini yang pening. Tapi, kau rasa, memang kau dapat apa yang kau nak sekarang?”

Saya senyum. “Tidak juga. Sebenarnya belum.”

“Apa yang kau nak sebenarnya?” tanyanya kembali.

Kali ini saya betul-betul tergelak besar. Rakan saya pula terpinga-pinga. Beberapa orang lain yang duduk dalam restoran itu memandang kami. Saya cepat-cepat membetulkan semula tempat duduk dan bertenang.

“Bagi syarikat start-up, baru bermula, belumlah dapat apa yang dimahukan. Selepas masuk tahun kedua, mencecah hayat tahun ketiga, mesti sudah susunkan perancangan.”

“Perancangan apa?”

Growth of the company. Disitulah kita boleh merealisasikan apa yang kita mahu.”

Rakan saya masih tidak puas hati. DIa bertanya lagi, “Kau belum jawab. Apa yang kau mahu join pegang saham ramai-ramai dalam banyak syarikat ni?”

“Mudah saja. Passive income.”

“Ala…kan banyak lagi cara lain? Kau boleh beli hartanah. Unit trust pun bagus. Kenapa masih nak pegang saham dalam syarikat start-up?  Eh, aku dengar saham syarikat PLT pun ada orang nak ya?”

Saya senyum. Sambil mengangguk, saya berkata, “Ya. Semua itu pilihan.”

“Eh, kenapa orang nak passive income macam itu?”

 

…. bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.