KEMBARA 3 : Perjuangan dalam bisnes? Biar betul?

Saya memesan segelas sirap laici. Bertambah dahaga pula melayan rakan saya ini. Beliau senyum. “Kau nak minum apa, order saja. Aku belanja.”

Saya ketawa kecil. Kemudian saya menyambung, “Betul mahu tahu tentang belian saham syarikat?”

Rakan saya angguk-angguk.

“Sepanjang pengalaman yang ada, saya pun tidak pernah menyangka yang saham syarikat boleh membawa banyak perkara lain.”

“Perkara macam mana?”

“Saya sangkakan, jualan dan belian saham ini perkara biasa. Yalah. Kita berikan sejumlah wang kepada syarikat. Kemudian, dinilaikan sebagai sejumlah pegangan saham. Hujung tahun, kita tunggu laporan pembayaran dividen.”

“Ha..memang senang nampaknya. Pegang saham…tunggu dividen.” Rakan saya memberikan komen spontan.

“Tetapi, selain daripada itu ada juga risikonya.”

Rakan saya mendongak. Dia memandang tepat pada saya, sambil berkata, “Kalau ada risiko, kenapa orang masih mahu beli saham syarikat PLT dan SDN BHD?”

Saya senyum. Dengan lebih yakin saya menjawab, “Sebenarnya, ia bukan sekadar passive income. Ianya satu perjuangan.”

“Aku ni pelik juga. Selalunya kau kan fikirkan bisnes. Ini perjuangan apa pula?”

“Betul. Bisnes ini satu perjuangan juga. Dalam hal membeli saham syarikat PLT dan SDN BHD, sebenarnya kita membantu sistem ekonomi berjalan tanpa mereka perlu meminjam wang dari bank.”

Rakan saya diam. Melihatnya masih menunggu makalumat dari saya, saya menyambung. “Mula-mula dulu, kita sama-sama berjuang untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang membangunkan ekonomi.  Kita buka syarikat. Buat bisnes. Bayar zakat dan bayar cukai.”

“Ya, betul. Aku pun ingat kita ada bincang perkara ni. Yalah, dengan apa yang kita ada, kemahiran yang ada, dengan sokongan suami dan keluarga, kita boleh menyumbang melalui syarikat bisnes. Ya, aku ingat semua tu.”

Mendengar rakan saya menjawab, saya menarik nafas lega. Baguslah, tidaklah saya keseorangan dalam perbualan.

Kemudian saya menyambung, “Dalam konteks sekarang, perjuangan itu bukan sahaja memberi peluang pekerjaan. Tetapi, memberikan peluang bakat-bakat yang tidur untuk dibangunkan!

“Oh…bukankah kita beri orang bekerja itu sudah kira beri peluang bakat dibangunkan?”

“Bakat yang saya perkatakan sekarang ialah bakat entrepreneur dan intrapreneur. Bukan setakat pekerja yang bekerja.”

Mata rakan saya mula bulat semula. “Eh…menarik. Macam mana tu?”

Saya senyum.

 

….bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.