KEMBARA 4 : Label atau tindakan?

“Entrepreneur aku biasa dengar. Intrapreneur ni…tak biasa. Cuba kau cerita.”

Seperti biasa, saya tidak dapat tidak tetap senyum. Saya menyambung, “Banyak situasi dalam bisnes yang saya sendiri baru pelajari. Rupa-rupanya, kita sangkakan kita ini entreprenuer. Sebenarnya kita intrapreneur.

Secara mudahnya entrepreneur ini ialah orang-orang yang selalu ke hadapan. Kalau bisnes, kita gelar mereka orang marketing. Ramai CEO syarikat macam ini.

Intrapreneur pula orang yang berlawanan. Mereka banyak diam-diam siapkan kerja yang entreprenuer buka atau mulakan.”

Rakan saya angguk-angguk. “Mana satu yang lebih baik?”

Spontan saya menjawab, “Tiada!”

Melihat rakan saya sedikit terkejut, saya menyambung, “Kedua-duanya mesti ada dalam syarikat bisnes. Malah intrapreneur mesti lebih ramai daripada entreprenuer dalam satu syarikat bisnes.”

“Nampak macam susah….”

“Tidak juga. Ianya sama macam kita mencari keseimbangan apabila main jongkang-jongket. Jadi, apabila ketua syarikat menyusun perjalanan syarikat, dia perlu tahu yang mana satu mahu dilonjakkan ke atas dan yang mana satu yang perlu ditekan.”

“Entreprenuer ini biasanya mereka yang boleh hidup dalam bisnes tanpa ada modal yang cukup. Intrapreneur tak akan tahan kalau situasi kerja tak cukup serba-serbi.”

Rakan saya diam. DIa seolah masih memikir. Saya menyambung, “Intrapreneur pula lebih sukakan perkara yang bersistem, berstruktur, ada SOP dan elok molek dokumennya. Entrepreneur mahu laju saja.”

“Kau rasa, aku ni apa? Entrepreneur atau intrapreneur?”

Saya senyum. Bimbang ‘diagnostik’ saya silap, saya berkata, “Yang pasti, saya memang intrapreneur. Kalau letak posisi entreprenuer , saya boleh. Tapi, saya tak tahan lama.”

Melihat wajahnya yang berkerut-kerut, saya menyambung. “Tak apa. Buat masa sekarang, jalan dulu. Sambil itu kita kenalpasti. Kita ini entre atau intra. Hah…jangan sampai kita asyik sibuk nak melabelkan diri sudah!”

Rakan saya terus menjawab, “Ha, kenapa pula?”

“Ya…Ada orang hanya sibuk mahu melabel, membuat analisa sama ada dia entre atau intra. Mereka lupa mahu jalankan kerja hakiki orang bisnes.”

 

Rakan saya diam. Saya menghabiskan sirap laici yang berbaki. Sambil menekan butang telefon bimbit berwarna  putih, saya menyambung, “Eh, saya perlu balik awal. Ada urusan yang perlu diselesaikan.

“Ha…ya lah! Aku lupa. Aku pun!”

.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.