CITRA 1 : Menunaikan janji…

Waktu itu di meja pejabat, ada beberapa longgokan fail yang perlu dikemaskini. Maklumlah, syarikat baru. Tugas HR masih dibuat sendiri. Memang ada staf, tetapi kami berbagi kerja.

 

Dalam pejabat itu, dibahagian pentadbiran am, ada kami berdua sahaja.

“Puan, Tuan Rudy mahu berjumpa. Dia ada hantar emel kepada Puan.”

“Oh…boleh saja. Ada apa-apa hal yang spesifik?”

“Entah. Katanya tentang surat lantikan.”

“Baik. Boleh saja. Nanti saya jawab emel itu.”

Selesai sahaja menyusun dan mengemaskinikan fail staf, saya membuka laptop. Membuka beberpa folder. Selepas hampit 40 minit, baru saya saya teringat untuk membuka emel Tuan Rudy.

Ringkas saja jawapan saya. “Tuan, hari ini saya ada di pejabat seperti biasa. Datang saja. Kita bicara.”

Tiak sampai 5 minit, Tuan Rudy sudah terpacak di pintu pejabat. Maklumlah. Pejabat tidak sebesar mana. Ruang kerja Tuan Rudy, sebenarnya hanya berada di tingkat bawah ruang pejabat saya!

Tuan Rudy masuk tanpa senyum. Beliau berkata, “Puan, boleh kita bercakap?”

Memegang beberapa keping kertas, mata Tuan Rudy tajam memandang saya dari muka pintu. Saya senyum dan membalas, “Boleh. Sila Tuan.”

Hati saya sedikit berdebar dengan wajah Tuan Rudy yang masih serius. Tuan Rudy adalah antara staf yang dikenali sebagai orang muda yang ‘happy go lucky’. Jadi hari itu, saya jadi agak tidak selesa.

“Puan, saya nak tanya. Ini macam mana?” Beliau berkata sambil menuding kepada muka surat pertama kontrak kerja.

Perlahan saya menarik kepingan kertas itu. Saya perlu lebih jelas. “Sekejap. Tuan beri saya tengok.”

Melihat surat itu, saya terus berkata, “Sebentar Tuan.” Saya bangun dan membuka beberapa laci besi yang terletak di belakang tempat duduk. Saya membelek satu-persatu ‘folder’ yang ada. “RUDY HASAN”. Terus saja saya menarik fail itu keluar.

Hampir 5 minit berlalu Tuan Rudy berkata, “Puan, kalau dikira janji macam ini, saya nak tanya.”

Saya mengangkat muka. Beliau menyambung, “Puan, kalau saya pergi ke Jabatan buruh macam mana?”

Saya menghela nafas panjang. Ruan Rudy bukan staf biasa. Dia juga pemegang saham dalam syarikat. “Begini, Tuan. Jika dilihat, surat yang Tuan ada ini berkuatkuasa daripada tahun lepas dan berakhir bulan Disember tahun lepas. Untuk tahun ini, Tuan sudah menerima surat yang baru.”

“Ya, betul. Tapi yang surat sebelum itu menyatakan baki gaji sebagai hutang. Macam mana?”

“Begini Tuan. Mengikut kebiasaan, penyusunan struktur syarikat membolehkan adanya ‘movement of staff’ dan juga ‘movement of shares’. Jadi setakat yang saya maklum, pada ketika ini Tuan merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat.”

Tuan Rudy masih serius. “Betul, Puan. Tapi, kerja yang saya lakukan pada tahun lepas bukan dalam syarikat yang saya ada sahamnya. Saya diminta bekerja di dalam syarikat yang lain.”

Saya angguk. “Tuan ada dimaklumkan kenapa?”

“Sebab syarikat yang saya pegang saham itu tidak boleh gerak. Tak jalan. Jadi tak ada wang boleh bayar gaji kami.”

Saya memandang sahaja Tuan Rudy yang tunduk memandang  meja. Saya menghela nafas panjang.

Belum sempat saya menyambung, Tuan Rudy menngangkat muka dan berkata, “Tapi, Puan… Kalau ikut dalam surat tahun lalu ini, syarikat berhutang dengan saya sebanyak RM18,000. Macam mana? Kalau saya pergi ke Jabatan Buruh macam mana?”

 

Saya diam. Kali ini saya menarik  nafas lebih dalam. Menghelanya lebih lama.

 

 

….. bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.