CITRA 2 : Janji itu dipersetujui.

Tuan Rudy masih memandang saya. Tanpa sedikit pun senyuman.

“Tuan. Tuan maklum bahawa gaji Tuan adalah gaji pengurus yang melebihi nilai RM1500 sebulan.”

“Ya, betul.”

“Apabila situasinya begitu, saya sarankan Tuan berbincang terus dengan pengurusan syarikat sekarang. Memandangkan perubahan kedudukan kita bekerja berubah daripada satu syarikat induk kepada anak syarikat lain, ia melibatkan beberapa tahap perbincangan.”

“Tapi, Puan. Surat lantikan yang saya terima pada masa itu dari syarikat A. Sekarang saya bekerja di syarikat B. Sepatutnya, saya mestilah menuntut semua ini dari syarikat A, betul?”

“Betul. Situasinya, Tuan memegang saham dalam syarikat B. Syarikat B adalah anak syarikat A. Jadi, situasi hutang gaji syarikat kepada Tuan adalah situasi unik di mana ianya boleh dinilaikan menjadi pegangan saham.”

Tuan Rudy diam. Nampaknya, dia sudah sedikit tenang. Tuan Rudy merupakan antara bekas pelajar cemerlang di universiti. Beliau tidak tahan lama belajar dan terus membuat keputusan bekerja membina start-up baru.

Dalam fasa start-up yang mull berkembang, menjadi kebiasaan bagi founding tim mengalami situasi pengesahan akaun syarikat, pegangan saham dan jumlah ekuiti.

Melihat beliau diam, saya menyambung. “Bagaiman Tuan? Bolehkah Tuan pertimbangkan untuk bawa hal ini dalam mesyuarat ALP syarikat Tuan? Daripada situ, Tuan cadangkan satu resolusi. Surat ini pun, Tuan yang tandatangan setuju. ”

“Puan…saya nak tanya. Kalau Puan dalam situasi saya macam mana?”

“Ish…Apa yang saya fikir tak sama dengan apa yang Tuan fikir!”

“Saya tahulah, Puan. Saya tanya sahaja.”

Saya menelan air liur. Secara relatifnya, saya memang lebih tua daripada Tuan Rudy. Saya tahu. Beliau cuma mahu mendapat idea untuk menyelesaikan situasi yang beliau hadapi.

“Beginilah Tuan. Saya biasanya menggunakan pendekatan berbincang. Tetapi, kita mesti ada solusinya. Jika caangan kita ditolak, pihak yang satu lagi mesti ad aalternatif. Saya cadangkan begini saja.

Memang biasa bagi pemegang saham syarikat start-up untuk bersetuju menjadikan gajinya sebahagian daripada hutan. Kemudian, ditukarkan menjadi saham.

Ini dibolehkan dengan syarat di mana gaji yang kita tetapkan itu setimpal dengan kerja kita. Bermakna, jika gaji kita ambil hanya RM2000 dan gaji yang syarikat hutang ialah RM1500, kita mestilah membawa nilai kerja sebanyak RM3500 sebulan!”

Tuan Rudy angguk-angguk. Saya yakin beliau juga sedang mencongak, mengira dan cuba memahami penerangan saya. Memandangkan beliau terus diam, saya menyambung.

“Tuan boleh sahaja memohon agar dinilaikan semula gaji tertangguh dengan nilaian semula dan dijadikan pegangan saham dalam syarikat baru. Syarikat B yang Tuan bekerja sekarang.”

Tuan Rudy masih diam. “Tuan tahu nilai saham syarikat sekarang?”

Beliau menggelengkan kepala. “Tuan, begini saja. Apa pun dan berapa pun nilai ringgit yang kita bawa ke dalam syarikat, sekarang ia belum bernilai.”

Tuan Rudy memandang saya, Matanya bulat. “Apa maksud Puan?”

“Tuan, saham syarikat hanya akan bernilai apabila syarikat itu mempunyai nilai. Sekarang, apa nilai syarikat start-up Tuan ini?”

Tuan Rudy diam. Kertas yang di bawanya tadi, sudah bergulung-gulung. “Tak tahulah Puan. Kami masih baru. Job yang ada pun internal sahaja. Tahun lepas kami banyak buat kerja lain. Tahun ini baru nak mula.”

Saya pula yang angguk-angguk. Tuan Rudy mula bersandar. Kertas yang digulung-gulung itu masih dimain-mainkan antara tangan tangan dan kirinya.

Dengan nada yang sedikit perlahan, beliau berkata, “Puan, memang saya tak bolehlah claim duit yang syarikat hutang kepada saya?”

Saya mula cuak. Nampaknya ada perkara yang tersembunyi. Nampaknya, ini bukan isu hutang dan saham syarikat.

Oh, saya tidak boleh ‘jump into a conclusion’!

 

….. bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.