“Eh…anak tu umur berapa tahun?”
“5 tahun.”
“Pandainya…baru 5 tahun sudah boleh membaca buku darjah 1.”
===
Membaca, adalah satu kemahiran yang diajarkan dalam subjek pembelajaran. Sama ada di tadika atau sekolah, membaca merupakan satu kemahiran yang wajib dikuasi selain daripada mengira dan menulis.
Dalam konteks ini, kemahiran menulis ialah membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat-ayat mudah. Kemahiran mengira pula, mengenal nombor tahu nilai dan boleh mengendalikan kiraan asas tambah dan tolak.
Kemahiran lain yang diajarkan melalui subjek termasuklah, matematik, bahasa (pelbagai jenis), geografi, sejarah dan seumpamanya.
.
Apakah kita mahu melahirkan anak-anak yang membina kemahiran melalui subjek?
Anak-anak yang dilatih dengan kemahiran berdasarkan subjek membesar dengan memikirkan apakah kaitan subjek itu dengan kehidupan sehariannya.
Samalah seperti seorang pelajar yang belajar matematik dan sehingga hari ini masih tidak dapat mengaitkan teori “theorem phytagoras” dalam hidupnya.
.
Apakah yang dikatakan sebagai ‘perkembangan’ anak-anak?
Perkembangan anak-anak adalah perkara yang berkisar kepada daya intelek, akhlak, sahsiah serta pembinaan karakter dan sahsiah. Perkembangan ini tidak difokus dan diajarkan melalui subjek khusus.
Pembangunan kebijaksaan sosial (social intelligences) pula melibatkan sikap (attitude). Ia boleh dipupuk, dipelajari dan dikukuhkan.
Penyusunan modul dan cara pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeluruh memerlukan satu bidaya kerja dan sistem sokongan yang kuat di setiap institusi pembelajaran.
Tidak kira apa juga falsafah dan kepercayaan yang dibawa, membangunkan satu generasi yang berkembang dan mempunyai kebijaksanaan sosial yang tinggi menjadi keperluan.
Ini membolehkan sebarang kemahiran ditekuni dengan baik melalui pelbagai subjek yang diperkenalkan.
Dengan erti kata lain, fokus yang diletakkan berasaskan kepada perkembangan dan pembangunan kebijaksanaan sosial menjadi asas kepada pencapaian sebenar anak-anak dalam kehidupan.
.