Saya pandang wajah Tuan Rudy dalam-dalam. “Apa situasi Tuan sebenarnya? Tuan perlukan wang tunaikah?”
Tuan Rudy diam. Saya pula rasa bersalah. Soalan saya seolah terus mematikan sebuah mentol yang menyala.
“Beginilah, Puan. Saya ikutlah nasihat, Puan. Cuma, apa caranya saya boleh masukkan hal ini dalam mesyuarat?”
Saya membetulkan kerusi. Menariknya sedikit ke hadapan, saya menyambung. “Beginilah Tuan. Memandangkan Tuan juga pemegang saham dan ALP dalam syarikat, Tuan boleh bercakap dengan ketua syarikat. Nyatakan situasi Tuan.”
Tuan Rudy masih diam. Saya lihat, pandangannya menembusi wajah saya. Kemudian dia menyambung, “Tapi, Puan. Kalau tak boleh juga macam mana?”
“Tuan cuba dulu. Belum buat kita belum tahun.”
Tuan Rudy angguk. Berasa sedikit bersalah, saya menyambung, “Tuan, untuk akan datang, kita mesti asingkan urusan bekerja iaitu HR dengan urusan persyarikatan.”
“Macam mana nak asingkan? Bukankah kita bekerja dalam syarikat yang kita sendiri jadi pemegang sahamnya?”
“Ya, betul. Namun, urusan dokumentasinya, persetujuannya, janji-janjinya… Semua itu mesti diurus dengan betul. Saya pula hanya memegang portfolio di bahagian HR. Bab-bab saham dan ekuiti ini, Tuan perlu bercakap dengan company secretary dan juga orang bahagian akaun.
Apa sahaja yang diakaunkan sebagai bayaran saham dan seumpamanya, mereka mesti rekodkan.”
Tuan Rudy menghela nafas panjang. “Saya faham Puan…”
Sambil menegakkan badan duduk di kerusi, Tuan Rudy bertanya, “Puan, macam mana saya nak pastikan nilai syarikat naik. Macam yang Puan cakap tadi?”
“Oh…itu.”
“Ya. Saya mahu tahu juga.”
“Ia bergantung kepada jenis bisnes syarikat Tuan. Memang hanya apabila syarikat ada nilai, barulah saham kita naik nilainya.
Ambil contoh sebuah syarikat ‘transport’. Salah satu cara nilai syarikat dinaikkan ialah apabila syarikat mempunyai aset. Mungkin kenderaan atau bangunan itu sendiri.
Sekiranya syarikat dapat memegang permit-permit tertentu juga, ia boleh naikkan nilai syarikat. Samalah dengan situasi apabila menerima kontrak-kontrak job.”
“Macam berat saja, Puan.”
“Berat, tapi boleh dibuat. Untuk syarikat yang berbentuk servis, macam ‘training & consulting’ juga sama. Mereka boleh membangunkan IP-IP baru. Modul yang sudah di daftarkan hak cikpta juga menjadi salah satu aset untuk syarikat.
IP dan modul yang dilesenkan juga dapat menjana wang. Aktiviti bisnes syarikat akan bertambah. Lama-kelamaan, nilai syarikat naik.”
“Entahlah Puan…tiba-tiba saya jadi ‘down’.
“Tuan ini…banyak sangatlah udang di sebalik mi!”
“Ha?”
….. bersambung.