Tuan Rudy membulatkan matanya. “Apa maksud Puan ada udang di sebalik mi?”
“Yalah, tuan ini datang jumpa saya atas hal lain. ‘Underlying issue’ nya lain!”
Tuan Rudy sengih. Lega juga saya melihat beliau mula senyum.
“Betullah Puan… Sebeanarnya, saya risau tentang masa depan. Rasa penat pula bawa syarikat start-up ini.”
Perasaan lega saya tadi bertukar menjadi bimbang. “Beginilah Tuan. Dunia ini memang tempat semua orang berpenat-lelah, tempat kita bercucuk tanam.
Orang sangka, masa menuai ialah apabila syarikat untung dan buat duit. Itu memang menuai. Tetapi, masa menuai yang sebenar ialah di syurga kelak. Kita berusaha dan berdoalah.
Supaya apa-apa sahaja kebaikan yang kita buat ini, boleh menjadi sebab kita masuk syurga.”
“Itulah Puan…”
Tuan Rudy diam. Melihat beliau yang sudah mula bertenang itu, saya kira saya perlu tamatkan saja perbualan. Lebih lama, banyak pula kisah emosi yang dibicarakan. “Tuan, sebenarnya saya ada perjumpaan lain selepas ini.”
“Ok lah, Puan. Terima kasih ya.”
Saya senyum. Saya berdiri dan berjalan mengiringi beliau ke muka pintu.
“Tak apa Puan. Saya keluar sendiri.”
“Eh, saya tahu. Saya nak keluar ke tandas…”
Tuan Rudy ketawa kecil. Sebenarnya, kami sama-sama ketawa.
.