Siri RANIA mengisahkan tentang perasaan dan emosi rakan kongsi dalam syarikat.
.
Selepas saya membaca beberapa emel, WASAP di telefon berbunyi. Seperti biasa, saya jarang membuka mesej semasa kerja.
Namun, pada minggu itu, memandangkan saya kekurangan pembantu, nombor telefon saya sendiri digunakan untuk pendaftaran program.
.
Maka, setiap kali berbunyi, maka saya akan membacanya. Jujukan WASAP hari itu begini…
“Puan, boleh saya tanya?”
“Ya, ada apa?”
“Saya rasa tak selesa.”
“?”
“Puan tahu Puan C partner saya dalam Syarikat ROSE PLT kan?”
“Ok. Ada apa?”
“Saya rasa dia jeles dengan saya lah….dia buat perangai. Saya tak tahan…”
“?”
“Tak tahulah…”
“Apabila Puan lapang, datanglah ke pejabat. Kita bincang.”
.
Saya menamatkan sahaja perbualan yang begini. Tentang perbualan yang membawa situasi ’emosi’ begini, agak sukar andainya dilayan melalui komunikasi online.
Dalam banyak situasi, apabila kita ada mengalami situasi emosi yang menekan, kita mestilah melihat situasi secara objektif.
+ apakah situasi itu melibatkan tidak puas hati?
+ apakah tidak puas hati itu atas keputusan bisnes?
+ apakah perkara itu satu masalah yang perlu diselesaikan atau satu masalah yang tidak perlu penyelesaian?
.
Apabila ada situasi, dan ianya diluahkan hanya untuk memuaskan perasaan, itu bukanlah satu perkara yang memerlukan penyelesaian.
Inilah antara masalah yang tidak perlu kita sibuk-sibuk mahu selesaikan.
Tetapi, apabila situasi yang berlaku memberi kesan kepada hasil atas objektif yang ditetapkan, ia mestilah ada solusi. Sama ada ianya mesti dilakukan segera atau kemudian, itu soal kedua.
.
Saya menutup Telefon dan beralih kepada fail yang masih terbuka di atas meja.
… bersambung.
.