RANIA 2 : Dia asyik kira harta orang!

Siri RANIA mengisahkan tentang perasaan dan emosi rakan kongsi dalam syarikat.

 

Petang itu selepas waktu makan tengahari, Puan Ju masuk ke pejabat saya. Dia tersenyum simpul.

Membalas senyumannya itu, saya bertanya, “Puan, apa khabar?”

Sambil menarik kerusi bersebelahan, dia menjawab, “Baik. Itulah, Puan. Saya nak cakap ni.”

Saya meletakkan beberapa keping kertas yang asalnya bersepah di atas meja ke tepi. Laptop yang masih belum saya buka say tolakkan juga.

Melihat Puan Ju, saya berkata, “Ha, boleh saja. Ok. Ada apa ni, Puan?”

Puan Ju meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Badannya ditegakkan. Dengan wajah agak serius dia berkata, “Puan, sebenarnya saya dah tak tahan.”

Saya diam. Saya pandang saja wajah Puan Ju. Dia menyambung, “Puan C partner saya itu, sekarang sudah tidak macam dulu.”

Saya mengerutkan dahi. Mahu mendapat penjelasan saya berkata, “Tak macam dulu…macam mana?”

Puan Ju menarik nafas panjang. Dia tunduk memandang meja lalu berkata, “Puan, saya tak selesa betul dengan dia. Dia asyik sibuk tanya tentang berapa saham saya ada, berapa elaun saya ambil, berapa gaji saya dapat.”

Apabila Puan Ju mengangkat muka dan memandang tepat kepada saya, saya lihat ada genangan air di keloak matanya. Saya diam.

Puan Ju menyambung. “Puan bayangkan. Dia boleh tanya kepada bahagian akaun. ‘Siapa lebih kaya? Saya atau dia?”

Saya diam. Kiranya, antara pemegang saham syarikat yang bekerja ini, ada macam-macam situasi juga.

Puan Ju menyambung, “Puan, saya tidak kisah jika dia mahu tahu semua itu. Tetapi, yang menjadikan saya tertekan ialah apabila dia tidak faham tentang kerja. Pembahagian saham sekalipun, kita masih perlu membayarnya. Malah dia sendiri tahu yang saya ada membawa masuk modal tunai. Sudah tentulah peratus saham saya lebih sedikit daripada dia.”

Tangan Puan Ju menerawang ke udara semasa dia bercakap. Saya angguk. Melihat saya masih diam, Puan Ju bertanya, “Puan faham maksud saya kan? Saya rimas betul dengan dia!”

Menarik nafas dalam-dalam, saya mengatur kata. “Jadi, perkara yang dia bangkitkan itu sajalah yang menyebabkan Puan tidak selesa?”

Puan Ju angguk. Saya menyambung, “Beginilah. Pembahagian kerja tidak ada masalah bukan?”

Puan Ju geleng. Sambil tersenyum saya menyambung, “Puan ada rasa yang sebenarnya dia hanya bergurau?”

“Bergurau apanya…Puan! Jika sampai saya rasa meluat.” Puan Ju mengalihkan pandangan. Beberapa staf lain mulai masuk pejabat setelah waktu rehat tamat.

“Puan, kalau Puan di tempat saya apa Puan buat?”

“Saya?”

“Ya. Kalau Puan ada partner yang asyik sibuk kira berapa harta puan, macam mana? Kemudian dia asyik sibuk memikirkan siapa lebih kaya. Kalau Puan, Puan  buat apa?”

 

…..bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.