KISAH KASIH 1 : Meraikan kejayaan kecil

KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.

 

MERAIKAN KEJAYAAN KECIL

 

Anak-anak sukakan perhatian. Mereka mahu dipuji. Bagi mereka penghargaan itu begitu. Dipuji bermakna dihargai.

 

Walaubagaimanapun, pujian itu pula perlulah dihalakan kepada bahagian yang betul. Memuji itu ada caranya. Seperti yang banyak dikongsikan dalam kelas-kelas mendorong anak gaya nabi, kita diberikan beberapa panduan untuk memuji.

  1. Puji hasil daripada tingkahlaku atau kerjanya yang baik itu.

Hasil daripada kerajinan anak membantu di rumah, meringankan kerja ibu dan menggembirakan hati ibu.

Hasil daripada menyiapkan tugasan sekolah dengan teliti, guru akan mudah menyemak dan kita gembira dengan hasil kerja yang kemas.

  1. Pujian diberikan serta merta. Apabila kejadian itu berlaku, terus memuji. Usah tunggu hingga balik rumah atau sebelum tidur atau keesokan harinya.
  1. Pujian diberikan di hadapan orang penting bagi anak-anak. Sekiranya anak-anak itu dipuji dihadapan ibu, bapa atau ahli keluarganya, ia memberikan kesan yang lebih.

 

Adakalanya, kita dapati agak sukar mencari perkara baik yang memberi impak. Nampak seperti anak-anak kita belum mencapai apa-apa kemajuan.

 

Sekecil tingkah laku rajin menyusun kasut dan tersenyum apabila balik dari tadika, itu juga sudah memadai untuk dipuji. Ia adalah satu kejayaan kecil yang kita boleh raikan.

Puji senyumannya yang menggembirakan kita. Puji kerajinan yang menjadikan ruang susunan kasut kemas dan selesa mata memandang.

 

Antara yang lain, kita juga boleh meraikan kejayaan perubahan postifi yang anak-anak kita tunjukkan. Kecil bagi kita, besar bagi anak-anak.

Apa yang kita boleh lakukan?
Perhatikan perubahan positif anak-anak selepas melalui 2 minggu awal persekolahan. Kemudian, perhatikan perubahannya secara berkala, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Antara 3 perkara yang boleh kita teliti secara amnya ialah perkembangan dan perubahan positif anak dari segi:

 

  1. Emosi


Perkembangan emosi anak-anak ini boleh dilihat dengan lebih jauh. Bukan sekadar gembira, sedih, dan suka semata-mata.

 

Salah satu perkara yang penting ialah “percaya diri”. Lihat perubahan anak-anak dari segi keberanian mereka:

  • Berkongsi dengan kita cerita di tadika
  • Menunjukkan kepada kita bahan atau buku atau hasil kerja di tadika
  • Berkongsi lagu atau apa-apa perkataan baru atau cerita yang mereka dapat di tadika

Anak-anak yang emosinya diberikan ruang secara positif di tadika akan dapat melakukan 3 perkara di atas dengan mudah dan yakin apabila berada di rumah.

 

Ini merupakan satu lagi kejayaan yang kita harus raikan. Sama ada dengan pujian, atau dorongan lain dengan meminta mereka bercerita dan lebih berkongsi, anak-anak akan faham bahawa kita meraikan dengan memberikan persetujuan.

Perkembangan inilah yang akan menjadi asas kepada keyakinan diri untuk anak kita terus memahami dan menyertai aktiviti di tadika dengan lebih baik.

Walaubagaiamanapun, biasanya anak lelaki mempunyai tempoh perkembangan emosi yang berbeza dengan anak perempuan.

Selagi mana ianya tidak membimbangkan, dan perubahan positif sentiasa ada, kita bantulah anak kita itu melalui fasa perkembangan emosi dengan lebih baik.

 

“Anak yang bersedia emosinya akan dapat menerima apa juga input yang diberikan dengan baik.”

 

2. Komunikasi


 

Kita juga boleh memerhatikan gaya serta cara anak kita berkomunikasi. Apakah ada sebarang perubahan baik dari segi nada, gaya dan kosa kata bahasa yang digunakan?

 

Seandainya ya, bermakna kita sudah ada perkara yang boleh diraikan bersama.

 

Anak-anak kita yang mula menggunakan ayat-ayat permohonan dan meminta izin juga merupakan satu tanda kemahiran komunikasi yang bertambah.

 

Anak-anak kita yang mula menggunakan kata soal yang sopan dan teratus apabila bercakap juga menjadi satu kejayaan.

 

Apabila anak-anak kita mula faham adab dan tatacara memberi salam, mengucapkan salam, berterima kasih dan bertanya khabar kepada saudara mara, itu juga merupakan satu kejayaan.

 

Perubahan cara komunikasi ini ada banyak kaitannya dengan konsep “percaya diri” yang tinggi. Ini juga memberikan kesan kepada cara anak-anak membina kemahiran sosial.

 

3. Sosial

 

Kemahran bersosial memerlukan masa untuk dibina. Anak-anak perlukan ruang yang kondusif dan selamat untuk belajar berkawan, menerima dan diterima oleh orang sekeliling.

 

Mereka juga belajar akan perbezaan budaya dan cara di tempat lain selain daripada di rumah. Cara mereka bersosial di tadika berbeza dengan cara mereka bersosial di rumah sendiri atau di rumah saudara mara.

Di tadika, anak-anak akan faham akan adanya untdang-undang dan peraturan. Adanya rutin dan jadual bersama guru sebagai ketua dan rakan-rakan yang lain untuk bermasyarakat.

Secara ringkas, anak-anak punya banyak kejayaan yang boleh kita raikan setiap hari. Ia Nampak kecil di mata kita, namun ia merupakan satu langkah awal kepada pembangunan karakter anak-anak untuk jangka masa panjang.

Ini semua adalah antara langkah awal kepada proses ‘behaviour modification’ yang berlaku secara berterusan tanpa kita sedari.

 

Kesimpulannya;

  • Apabila anak mula menunjukkan perubahan positif dari segi tutur kata, berikan perhatian.
  • Apabila anak mula menyanyikan lagu, beri ‘telinga’ untuk mendengar.
  • Puji tingkah lakunya dan nyatakan kesan baik hasil daripada tingkah laku itu.
  • Bagi anak-anak ini satu kejayaan. Raikannya agar mereka membina asas kepada keyakinan diri.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.