MENGATUR DARI AWAL
Bermula dengan memikirkan pengakhirannya.
Apabila baru sahaja memulakan bisnes, adalah menjadi kebiasaan untuk kita melakukan semua perkara. Daripada hal pemasaran hinggalah kepada urusan pembersihan pejabat, kita jugalah yang melakukannya.
Saya pernah menghadiri salah satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh kelab usahawan semasa saya masih belajar. Salah seorang panel yang dijemput telah menceritakan pengalaman beliau memulakan bisnes pusat tuisyen sehinggalah berkembang menjadi sebuah kolej ternama.
Antara yang masih saya ingat dengan jelas ialah tentang bagaimana beliau, pernah melakukan semua bidang kerja dalam bisnesnya itu termasuklah mencuci tandas di pusat tuisyen itu!
Kini kolej itu sudah mendapat taraf kolej universiti dan mempunyai 3 kampus pembelajaran di sekitar Kuala Lumpur.
Daripada sesi perkongsian beliau itu, dapatlah saya rumuskan beberapa perra asas apabila memulakan bisnes:
- Meskipun bermula sendirian susunkan tugas.
- Apabila mula mengambil pekerja atau rakan kongsi, bahagikan tugas sedia ada secara berfasa.
- Memulakan bisnes sendiri membolehkan kita mengalamai sebua bahagian kerja dan fungsi kerja dalam bisnes.
- Memulakan bisnes sendiri tanpa rakan kongsi mengambil masa yang lama untuk berkembang.
- Apabila memulakan bisnes, fikirkan arah tuju dan destinasi perkembangan bisnes.
Menghadiri sesi perkongsian orang bisnes membolehkan kita mendengar dan mengumpul maklumat tentang bagaimana mahu memulakan, menjalankan dan mengembangkan bisnes.
Namun, cara terbaik untuk belajar bisnes itu ialah dengan melakukannya. Hampir kesemua kelas bisnes menekankan pentingnya mengambil tindakan dan memulakan satu perkara yang kita rancang.
Cara untuk bermula itu juga ada banyak pilihan. Antara pilihan yang banyak dicadangkan ialah bermula dengan berkuli dengan mereka yang pakar dalam industri dan bisnes itu.
Kedua, rancangkan perjalanan dan tempoh masa berkuli dan bertukar kepada aktiviti bisnes sepenuh masa.
Ketiga, pilih bisnes pertama yang sesuai dengan orang yanga ada disekeliling kita atau yang kita kenal sebagai fokus pelanggan pertama.
Keempat, belajar cara yang terbaik menyusun bisnes yang biasanya dimulakan dengan fokus kepada pelanggan dan membuka chanel perniagaan.
Kelima, apabila kita sudah boleh menunjukkan komitmen dan kesungguhan semasa berkuli, akan ada pihak yang sudi menjadi rakan kongsi kita untuk menjalankan bisnes baru itu.
Selepas itu, fasa membina syarikat boleh bermula.