KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.
MEMINDAHKAN KEMAHIRAN SECARA SEMULAJADI
Biarkan aliran pembelajaran berlaku secara semulajadi. Ia membantu anak-anak memahami konsep baru tanpa tekanan.
Ini berlaku tidak kira sama ada situasinya berbentuk formal dalam kumpulan dan kelas, mahupun di dapur rumah.Proses pembelajaran yang berlaku secara semulajadi ini biasanya memberikan ruang kepada anak-anak belajar tanpa sedar mereka belajar.
Elakkan memulakan mana-mana sesi atau situasi pembelajaran dengan ayat formal dan berbunyi pengumuman. Bagi kita yang berada di rumah atau persekitaran yang bukan berstatus sekolah, adakalanya ianya menjadi lebih mencabar.
Anak-anak yang biasa berada di rumah, tidak mudah untuk kita berikan input baru dengan cara pembelajaran seperti di sekolah.
Oleh itu, beberapa cara dan gaya yang kreatif juga memerlukan kita sebagai ibu, ayah dan guru berinovasi dalam usaha untuk memastikan anak-anak mempelajari perkara dan kemahiran baru tanpa perlu rasa tertekan.
Contoh suasana biasa dalam pembelajaran berstruktur:
‘Sekarang kita akan belajar membaca.’ ’Anak-anak, hari ini kita akan belajar nombor 1.’
Lakukan begini:
Teruskan sahaja bercakap dan memberi input dengan konten tanpa sedar.
‘Adik, mari lihat ini. Ada gambar ayam.’ ~ teruskan dengan aktiviti membaca.
‘Anak-anak, di tangan Cikgu ada sebatang pensel. Satu sahaja.’ ~ teruskan dengan konten pembelajaran tentang nombor 1.
.
Apabila menyidai pakaian di rumah:
“Abang, mari bantu Ibu. Ambil pakaian yang kecil, sepitkan di bahagian ini.” ~ teruskan dengan memberikan contoh. Tunjukkan bagaimana caranya.
Dalam situasi ini, anak-anak belajar untuk mengelaskan pakaian yang besar da kecil. PAda masa yang sama anak-anak perlu melakukan aktiviti yang memerlukan fokus apabila mereka perlu mengambit pakaian yang kecil dan mengepitnya pada penyepit baju.
.