MENCARI RAKAN KONGSI

MENCARI RAKAN KONGSI

Diri kita umpama magnet. Hanya menarik kutub yang berbeza.

 

 

Bisnes sudah tentu sesuatu yang kita rancang untuk dikembangkan. Semua pendiri bisnes memang mahu mengembangkan bisnes. Ada yang melihat pengembangan bisnes itu sebagai pertumbuhan nombor dan angka jualan.

 

Ada pula yang melihat penambahan bilangan pekerja sebagai kayu ukur kepada perkembangan syarikat. Tidak kurang juga yang melihat pertumbuhan syarikat dengan meningkatnya nilai modal berebayar dalam syarikat.

 

Apa juga kayu ukur yang digunakan, semua pendiri bisnes mahukan bisnyanya itu berkembang.

 

Antara salah satu cara yang membolehkan bisnes berkembang dengan stabil dan berpanjangan ialah dengan adanya rakan kongsi bisnes yang betul. Pendiri bisnes akan memulakan bisnes dengan entiti yang sah untuk memastikan kelangsungan bisnes. Entiti ini dipanggil sebagai ‘syarikat’.

 

Dalam pengurusan sebuah syarikat, minima rakan kongsi yang mesti wujud ialah 2 orang. Maka, sudah pasti kita akan memerlukan rakan kongsi untuk berjaya menggerakkan syarikat ini. Merujuk kepada keperluan dan amalan lazim dalam pensyarikatan, minima rakan kongsi yang dinasihatkan ada dalam sebuah syarikat ialah 3 orang.

 

Bermakna, kita perlu mancari 2 orang rakan kongsi dalam sebuah syarikat. Bagaimanakah kita memilih rakan kongsi? Kunci utamanya ialah mencari individu yang tidak sama dengan kita.

 

 

  1. Seandainya kita lelaki, cari perempuan.
  2. Seandainya kita pakar dalam pemasaran, cari yang pakar dalam pengurusan dan pentadbiran.
  3. Seandainya kita tiada modal, cari yang ada modal.
  4. Seandainya kita masih muda, cari yang agak berumur dan matang.

 

Apakah cara terbaik untuk kita mengurangkan risiko kesilapan memilih rakan kongsi?

 

Apabila kita melihat beberapa prosedur am yang digunakan oleh syarikat besar, kita akan dapat lihat satu konsep yang disebut sebagai ‘introducer’ atau ‘referral’.

 

Contohnya, apabila kita mahu membuka akaun baru untuk syarikat , kita akan diminta untuk mempunyai seorang ‘introducer’ yang diisikan namanya dalam borang permohonan. Saya juga dimaklumkan bahawa banyak lagi syarikat bisnes lain termasuklah syarikat pengurusan teksi yang menggunakan konsep ini untuk menerima penyewa teksi di syarikat mereka.

Dalam konteks mencari rakan kongsi juga, konsep ‘diperkenalkan’ ini menjadi salah satu cara mengurangkan risiko kesilapan.

 

Kedua, carian rekod juga menjadi salah satu cara untuk mengurus risiko ini. Bank-bank juga melakukan perkara yang sama kepada semua permohonan pembukaan akauan syarikat yang baru.

 

Semakan rekod kewangan individu yang ada namanya dalam senarai itu diperiksa. Ini termasuklah tingkahlaku dan komitmen dalam menguruskan hutang dan akaun kewangan.

Secara amnya, rancangan untuk mencari rakan kongsi yang betul ialah antara cara untuk kita memastikan bisnes berkembang seperti yang dirancang.

 

Kuncinya, kita sendiri. Kita mesti jadi umpama magnet. Ia perlu kutub yang berbeza untuk menarik antara satu sama lain dengan kuat.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.