BEKERJA DALAM KUMPULAN

BEKERJA DALAM KUMPULAN

Kemahiran yang menjadikan kita berbeza.

 

Menjalankan bisnes yang baik memerlukan satu tim yang kuat. Apabila kita sudah ada sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi atau pekerja, kita sudah dikategorikan sebagai satu tim.

 

Dalam satu kumpulan itu, mestilah ada ketua dan pengikutnya. Maka, kemahiran bekerja dalam kumpulan dengan keseimbangan tugas menjadi ketua dan pengikut menjadi salah satu faktor besar yang memberikan kesan kepada kelangsungan bisnes untuk jangka masa panjang.

 

Apakah jenis dan gaya pengurusan kita?

Apakah amalan lazim yang terbaik dalam industri yang kita ceburi?

Apakah yang membolehkan kita menjadi pilihan untuk orang lain turut serta dalam tim kita?

 

Soalan-soalan begini adalah antara yang kita boleh lontarkan kepad diri sendiri untuk ditinjau dan dirujuk semula. Berdasarkan perbezaan industri dan mdel bisnes yang kita pilih, ia membolehkan kita menyusun strategi dan mengatur langkah untuk bekerja dalam kumpulan dengan lebih baik.

 

Dalam setiap pengurusan syarikat bisnes ada beberapa kumpulan yang perlu wujud tanpa mengira bilangan ahli dalam setiap kumpulan.

  1. Kumpulan pemegang saham.
  2. Kumpulan ahli lembaga pengarah.
  3. Kumpulan pengurusan tertinggi
  4. Kumpulan ahli pelaksana.

 

Dalam amalan lazim untuk semua industri, setiap kumpulan mestilah mempunyai:

  1. Lantikan yang sah.
  2. Pengagihan dan penurunan kuasa yang jelas.
  3. Skop dan tanggungjawab yang jberbeza.
  4. Imbuhan yang sepadan.

 

Apabila kita bermula dengan kumpulan kecil, biasanya semua orang akan mempunyai bahagian dalam semua 4 perkara diatas. Apabila syarikat sudah mula menunjukkan pertumbuhan yang positif, setiap satu bahagian boleh dijalankan oleh grup individu yang berbeza.

 

Kumpulan kecil yang ada dalam semua bahagian dalam peringkat awal pembangunan syarikat ini biasanya dikenali sebagai ‘founding tim’.

 

Kesediaan untuk berubah dan bergerak secara ‘agile’ dalam konteks perjalanan dan susunan kerja mestilah difahami dengan jelas oleh ‘founding tim’ ini. Apabila perjalanan bisnes semakin berkembang, ada situasi yang akan memerlukan pertukaran, pengurangan atau pertambahan ‘founding tim’, penambahan modal dan peningkatan komitmen.

 

Adalah menjadi satu perkara biasa untuk sebuah ‘founding tim’ itu berubah. Ini memerlukan kemahiran pengurusan yang tinggi oleh ketua kumpulan dalam ‘founding tim’ itu.

 

Menguruskan perubahan biasanya melibatkan beberapa konflik. Pada peringkat awal, ia akan kelihatan seperti berselerak dan tidak teratur. Namun, hakikat berubah dan proses melalui perubahan itu sendiri merupakan langkah pembangunan yang mesti dilalui.

Apabila fasa ini berlalu, pendiri bisnes sudah boleh mengorak langkah sterusnya untuk melalui fasa pembangunan syarikat bisnes.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.