CATATAN KHAS : 10 Jun 2016

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

 

Saya mencatat perkara yang saya suka tulis dalam blog saya di www.noraminahomar.com

 

Ada beberapa pengalaman peribadi dalam siri-siri tulisan berbentuk cerita yang dikategorikan dalam KEMBARA, CITRA dan RANIA. Kandungan posting yang agak kerap, saya susunkan agar tidak berselerak konten blog saya ini.

 

Maka yang terkini, sehingga 10 Jun 2016, susunan tulisan masih kekal. Setiap ISNIN dan KHAMIS, aka nada artikel yang berbentuk bisnes semasa. Tulisan saya mencatat pengalaman dan dapatan daripada perbincangan, mesyuarat dan pertemuan.

 

Baru-baru ini, saya tambah satu ruangan KISAH KASIH untuk siaran setiap petang AHAD.

 

Saya tidak banyak berkongsi gambar tentang mesyuarat-mesyuarat atau aktiviti yang menjurus kepada pertemuan bisnes, melainkan yang dikongsi oleh orang lain. Menjadi kebiasaan saya untuk lupa ambil gambar dan seumpamanya. Malaikat-malaikat sajalah yang menjadi pencatat setia di kiri dan kanan saya.

 

Dalam hal ini, saya masih belum memasukkan mana-mana kontan dan aulasan yang saya rujuk terus dari bahan bacaan. Saya memang berhajat untuk buat begitu. Namun, gaya penulisan untuk itu, mesti dibezakan.

 

Tugas saya bekerja. Ya. Meskipun pengalaman berbisnes sendiri masih saya kekalkan dalam blog lama di geniuspreschoolnote.blogspot.com, saya tidak membukanya lagi untuk bacaan umum. Hanya saya sahaja yang boleh membukanya.

 

Mulai tahun 2012, saya mula memasukkan dan menyusun konten baru, agar ia sejajar dengan apa yang sedang saya lakukan.

 

Benarlah. Pengalaman itu guru yang mengajar. Setiap manusia pernah melalui titik pahit dalam hidup. Juga, banyak detik manis dan indah. Saya mengambil nasihat yang positif. Kongsikan dan ceritakan yang baik dan indah. Sampaikan khabar gembira.

 

Tahun 2013, merupakan tahun yang memeritkan dan juga antara yang paling manis. Sedikit atau banyak, pastinya saya belajar untuk terus mengembara dalam hidup.

 

Tahun 2013 adalah tahun saya memulakan projek penulisan buku kanak-kanak dan pada tahun yang sama saya menjual bisnes saya yang pertama secara keseluruhan.

 

Berbalik tentang catatan, semuanya hanya berkisar tentang hidup seharian. Bersama dalam bisnes dan kehidupan sebagai manusia biasa. Manusia dijadikan untuk hidup, dan akan mati jua. Hakikat ini saya semat dalam jiwa. Untuk anak-anak dan keluarga, saya nyatakan perkara yang sama.

 

Biarlah orang tidak suka, asalkan yang benar itu kita terus lakukan.

Andai ada yang silap, teruskan dengan memperbaiki dan menjadi lebih baik.

Kelak ada yang membenci, itulah lumrah hidup.

Maka ada yang menyokong dan merai, inilah namanya rasa indah untuk diri.

 

Ramadhan tahun 2016, menjadi tahun rahmat seperti tahun-tahun sebelumnya. Allah berikan saya umur yang panjang, kesihatan yang baik.

Setiap tahun, ia adalah pengalaman yang unik.

Setiap tahun, ada kejutan-kejutan yang baik.

Alhamdulillah.

Antara tujuan setiap titipan tulisan dalam blog ini, diharap ia dapat menjadi sebahagian bahan yang kelak saya dapat rujuk kembali. Banyak yang masih saya perlu belajar. Belajar tentang kehidupan dan bersedia untuk satu kematian yang pasti.

 

Sesungguhnya, saya hanyalah sebahagian kecil daripada ciptaan Allah yang Maha Kaya.

Kepada-Nya lah kita memohon dan meminta.

Kepada-Nya lah kita berserah.

Atas kelemahan dan kekuatan diri yang ada, kepada Allah jualah kita kembali.

 

Gambar awal 2016

Noraminah Omar

www.noraminahomar.com

10 Jun 2016

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.