KISAH KASIH 3: Ruang Imaginasi dan Keseimbangan dalam Realiti

KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.

 

RUANG IMAGINASI DAN KESEIMBANGAN DALAM REALITI

 

Apabila anak kita menceritakan sesuatu perkara yang berlaku di tadika, berikan peluang untuk mereka bercerita. Dengar dahulu. Biarkan anak kita selesai bercerita.

Anak-anak bercerita

Memang anak-anak tidak menipu. Namun, anak-anak kecil masih belum mempunyai ‘sense of time’ yang betul. Adakalanya, ‘exaggeration’ membawa kepada ‘imagination’.

 

Sebaiknya, apabila ada cerita yang agak mengelirukan atau kurang enak, diam sahaja. Ambil masa untuk menyemak. Ada baiknya semak terus dengan guru berkenaan.

 

Dalam situasi ini, kita sebagai ibu, ayah dan guru juga, perlu melihat banyak perkara. Untuk beberapa hal yang khusus, kita fokuskan kepada jalan penyelesaian.

 

Izinkan saya berkongsi tentang anak saya sendiri. Saya ada 6 orang anak (sehingga 2016).

Anak saya yang berumur 3 tahun sering menggunakan perkataan ‘tadi’ untuk merujuk kepada semalam. Anak saya yang berumur 5 tahun pula menggunakan ‘semalam’ untuk merujuk kepada minggu lepas dan bulan lepas.

 

Pernah satu ketika, saya diceritakan. Ada seorang anak bercerita kepada ibunya bahawa dia dikurung di dalam bilik bawah tanah oleh gurunya.  Keesokan harinya, apabila ibunya menyemak dengan guru sekolah, barulah beliau faham bahawa ‘bilik bawah tanah’ yang dimaksudkan ialah perpustakaan sekolah yang terletak di tingkat bawah bangunan sekolah.

 

Apabila anak-anak menceritakan perkara yang kurang baik, pendekatan rasional perlulah diambil segera.

1. Maklumkan kepada anak apa yang boleh dilakukan sekiranya perkara itu berlaku lagi.

Sekiranya situasi itu membahayakan keselamatan, segera beritahu, laporkan atau maklumkan kepada orang dewasa yang berdekatan.

2. Pastikan anak tahu nama guru kelas atau guru besar sekolah.

Ibu, ayah dan guru mesti sama-sama memastikan bahawa anak-anak faham bahawa guru dan ibu bapa adalah orang-orang yang akan sentiasa menyokong anak-anak dalam apa juga situasi.

.

Teks oleh : Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.