MENGUMPUL DAN MENAPIS MAKLUMAT

MENGUMPUL DAN MENAPIS MAKLUMAT

Memainkan fungsi seperti membran. Memisahkan dan mengawal penembusan.

 

 

Sebagai orang yang baru menceburi bisnes, kita biasanya berusaha sedaya upaya untuk belajar banyak perkara dari ramai orang. Sebolehnya, lagi banyak maklumat yang terkumpul, kita yakin kita akan bertambah bagus.

 

Secara logiknya, lebih banyak kita bercakap dengan orang bisnes yang lain dan mereka yang lebih berpengalaman, lebih bagus cara kita membuat keputusan.

 

Semasa belajar di tingkatan 4, saya masih ingat dengan jelas subjek Biologi yang diajarkan oleh cikgu di sekolah. Cikgu Biologi saya pada waktu itu merupakan antara cikgu yang paling cantik yang pernah saya temui.

Antara topic dalam subjek itu yang saya ingat ialah tentang uniknya fungsi membran sel. Ia merupakan antara bahagian yang penting untuk memastikan apa yang masuk ditapis dengan baik.

Ada setengah membrane yang bersifat membenarkan penembusan dan ada yang bersifat penembusan separa. Bermakna, is ada fungsi ‘penapis’.

 

Konsep ini, saya lihat menjadi penting kepada seorang usahawan baru dan mereka yang baru memulakan sebarang bisnes. Maklumat yang diterima mestilah diasingkan dengan baik.

Ada maklumat yang berbentuk hikayat dan ada yang berbentuk fakta. Ada maklumat yang boleh digunakan sebagai panduan da nada maklumat yang hanya bersifat rujukan tanpa sumber dan fakta yang jelas.

 

Minum Kopi Bisnes
Sesi minum-minum santai juga memberikan kita banyak input. Semuanya perlu ditapis. Asingkan antara maklumat dan pendapat.

 

Kebolehan kita menapis dan mengasingkan maklumat ini juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari.
Apakah cara terbaik untuk memastikan maklumat itu merupakan perkara yang boleh digunapakai?

Maklumat yang boleh digunakan ialah yang bersifat:

  1. Baru dan berdasarkan situasi terkini.
  2. Datang dari sumber yang sah.
  3. Tidak bercanggah dengan amalan lazim dalam industri.
  4. Sejajar dengan apa yang ada dalam buku-buku bisnes.

 

Adakalanya, limpahan maklumat menyebabkan kita hanyut dalam lautan maklumat dan tanpa sedar kita tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya. Saya suka dengan konsep ‘less is more’. Biar sedikit, tetapi bermanfaat.

 

Tidak salah untuk kita berjumpa dengan ramai orang dan mendengar semua perkongsian yang berbeza. Memang digalakkan untuk kita membaca banyak buku dan mengumpulkan sebanyak yang boleh panduan untuk kegunaan semasa.

 

Hakikatnya, kita memerlukan maklumat yang membantu kita menyelesaikan situasi dan meneruskan perjalanan sedia ada. Maklumat tanpa disandarkan dengan nombor dan data tidak membolehkan kita membuat keputusan yang betul.

Sebagai contoh, kita perlu sekurang-kurangnya 20 maklumbalas daripada pelanggan untuk memastikan servis yang diberikan menepati kehendak mereka. Hanya mendangar maklumbalas daripada seorang yang tidak puas hati, tidak bermakna semua pelanggan kita tidak gembira dengan apa yang ditawarkan.

Daripada minima 20 data, analisa ringkas sudah boleh dibuat dengan seimbang.

 

Mengumpul maklumat adalah lebih mudah daripada mengaplikasikan maklumat yang betul untuk hasil yang kita mahukan.

 

Teks oleh: Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.